Thursday, November 17, 2016

Tips Supaya Tidak Terbeban Seorang Diri Dengan Hal Rumahtangga




Cewah.
tajuk tak boleh blah.
lama gila tak menulis kat blog ni. mak-mak kan. busy je la jawabnya T_T


Semalam terbaca kat newsfeed fb. nak carik balik, dah tak jumpa.
kisahnya perempuan ni confess yang dia stress selepas kahwin.
bekerja, dua anak. baik hal urus rumahtangga, kebajikan anak, belanja rumah, sume atas bahu dia.
suami dia?
buat tak reti.
or aku rasa buat tak nampak.
duit belanja untuk rumah, cakap tak ada. tapi beli seluar jeans harga rm200.
so perempuan ni rasa macam terseksa sangat and tak tahu nak buat apa.


aku tak salahkan yang suami.
wife dia pun salah jugak.
terlalu memanjakan laki dia sampai jadik macam tu.
meh sini makwin ajar camne nak handle suami gini.
memang makwin kahwin baru 4 tahun, tapi nak bagi tips ni tak perlukan pengalaman.
ni adalah skil. HA HA HA


1) Terus terang dengan suami

yup. kena keluar berdua ke, tulis whatsapp panjang2 ke, surat ke...apa2 je la yang kau rasa sesuai untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. macam aku, nak cakap face to face, nanti aku menangis. menangis ni bukan sebab aku sedih. tapi sebab terlampau sakit hati. kalau tak menangis, aku takut aku 'serang' laki aku. tu je. kahkahkah.
so dalam kes ni, wife dia kena cakap yang die rasa terbeban nak mampus menguruskan segala-galanya.


2) Orang Tengah

kalau dah meluahkan perasaan tak jalan, leh dapatkan kaunseling or guna orang tengah contoh mak bapak. tapi tengok mak bapak jenis camna. biasa mak bapak ni jenis back up anak sendiri. anak dia je la yang good-good. menantu not good. sebab bukan senang mak bapak nak paham dan hadam kelakuan anak dia. pasai depan depa anak dia thorbaikkkk.
so cara ni tak digalakkan. kang jadik lain isu lak. menambahkan permasalahan yang sedia ada. reject kaedah orang tengah ni. melainkan kau pakai Tok Adi Tanah Kubur untuk nasihatkan laki kau. ni mungkin laju sikit laki kau berubah. kahkah


3) Ajar dalam diam

wahhh..gitchhuuuu.... kemain ajar dalam diam. dalam hal ni, yang wife ni boleh bukak mulut and cakap dia akan bayar duit pengasuh anak saja. lain-lain, campak kat bahu suami. biar suami dia tau. aku rasa perempuan ni tak reti nak mintak2. ajak laki pergi beli barang dapur setiap bulan or minggu. suruh dia cucuk duit siap-siap or pergi atm sesama. pastu zaassss pergi shopping. suh dia bayar. baju berlonggok tak berbasuh, ko hambik kain baju ko dan anak2 je kasik setel. baju dia biar masam kepam. memang kesian, tak sampai hati. tapi nak buat macam mana? dah laki jenis tak nak membantu. ingat bini robot tak payah berehat.


aku rasa semua perempuan akan mengalami masalah macam ni.
5 tahun pertama kahwin, ko bukan je kena adjust diri yang status dah lain. tapi ko nak kena hadap perangai suami, selera suami dan entah macam lagi.
ada masalah, kena bincang. kes yang ni sebab dia memendam.
orang yang memendam ni bahaya.
tau2 je jadik barah dalam rumahtangga.


yang suami dia pulak aku tak tau nak cakap macam mana.
maybe rasa diri tu macam zaman bujang.
bini tu bekerja sebab nak support kewangan ko yang tak berapa nak kukuh tuh. pastu duk balun bini sampai bini tu dah macam kuli pulak.
pasal dia tak reti nak bagi duit belanja rumah, tu ko kena mintak. wajib mintak.
ko mintak sampai die nak beli spender baru pun tak mampu. haaa gitcchuuuuu
kahkahkah


pastu yang wife ni cakap, dia penat nak mintak tolong sebab tiap kali pun nak kena cakap.
ye. yang ni memang ko kena bercakap.
pasal orang laki ni dia bangga bagitau akal dia 9 nafsu dia 1.
tapi aku tak paham mana pergi akal dia yang banyak tu bila bab-bab uruskan rumah ni...? :p
kawna aku yang dah 18 tahun kahwin pun still lagi berdepan masalah yang sama.
so, memang kena buat list yer kalau nak mintak tolong suami.
kalau kau tak cakap, memang sampai kuar air mata darah pun, diorang tak bergerak.
ada laki yang jenis cepat tangan pegang penyapu, cuci pinggan mangkuk etc..memang ada.
tapi sama ada 0 @ 1 dari 10 lelaki ya.
dan yang satu tu laa....
yang satu tu laaa...
bukan LAKI KITA.
ha ha ha ha ha



so, aku harap wife ni tadi dapat bertindak lah.
aku tak rasa suami dia jahat. sebab suami dia tak pernah pukul ke hape.
mungkin suami dia tak HADAM lagi kot TANGGUNGJAWAB SUAMI.
gitchhuuuu


kalau dah tak boleh gak nak selamatkan, sila up kan je la pangkat laki kau.
up jadik DUDA  ~ lalala










No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)