Friday, August 19, 2016

#Anak# - Perlukah Merancang Anak






Kemain tajuk. baru pas beranak, nak merancang-rancang. kahkahkah
sebenarnya saja je ajak sama-sama berfikir perlukah merancang jumlah anak.
sebab tadi masa balik rehat, kat rancangan WHI ada tajuk ni.
so aku rasa macam eh eh boleh buat tajuk entri blog ni.
kalo tak lagi bersawang. kahhhhhh!!!


so, perlu ke tak merancang jumlah anak? nak kuantiti ke kualiti?
pada aku, perlu.
cara? pepandai le korang. zaman sekarang macam-macam ada.
yang natural takkan nak aku ajar? mbahahahaha
yang tu takde masuk dalam entri kali ni. tu gi website 18sx ;p



Lepas beranak nuqman, aku rasa macam cukuplah dua ketul. malas pulak aku nak beranak lagi.
tapi uncle d nak lagi at least sorang la. dia cakap macam sikit pulak 2. hahaha
dan ada pulak orang yang cakap kat aku, ehhhhh... belum ada baby girl. kena usaha lagi ni sampai dapat.
kalau aku usaha pastu kuar lagi baby boy, ko nak suh aku beranak lagi?
kuar lagi baby boy, beranak lagi?
bila drama ni nak abis daaa......
keluar anak, muka sepattern laki aku. rimas lak aku tengok. bwahahahahahahaha



beranak ramai takde masalah. tapi aku yang rasa tak berkemampuan untuk jadik mak yang baik.
contoh, macam sekarang ni. beza uwais dan nuqman 2 tahun. aku mengandungkan nuqman masa uwais masih menyusu badan. setahun 3 bulan.
bila nuqman da keluar, uwais masih lagi belum puas bermanja.
aku bekerja. balik kerja, masa nak layan nuqman, uwais pun sama sekali nak perhatian.
aku yang terkejar-kejar.
bila nuqman dah tidur, baru aku mengadap uwais.
tapi otak aku ingat anak yang tidur tadi. nak belai-belai. sian anak kecik aku.
macam tu jugak uncle d.
balik kerja da pukul 7 lebih, kalau nuqman meragam tak tidur, dengan dia-dia sekali la mengelek anak.
kalau nuqman tidur, dapat la dia makan sambil melayan uwais.
tu pun selalu aku tengok dia dengan game. anak tu dibiarkan main sorang-sorang. sesekali dia menyelit main dengan anak.  sadis tak?



so bila uncle d kata nak anak lagi, aku tanya dia, mampu tak dia jaga anak?
bukan setakat jaga dari segi makan pakai, tapi dari segi kasih sayang dan perhatian...
kalau balik kerja pun dah penat, pastu anak nak bermanja dengan kita, salah cara karang kita yang beremosi... mampu tak dia?
dari segi kewangan, boleh tak kita support anak kita sampai dia belajar capai cita-cita dia?
kita masuk u pun sampai meminjam PTPTN, da beranak pinak pun hutang tak habis bayar lagi.
apa yang mampu kita bekalkan anak kita supaya tak susah kemudian hari?
banyak benda la kena pikir....




aku tau bila aku cakap macam ni, akan ada cakap-cakap,"setiap anak ada rezekinya."
ya. aku setuju. tapi sape yang carik rezeki?
pernah tengok rancangan BERSAMAMU?
dulu aku kalo tengok, beria menangis. kalau banyak duit, memang aku tolong sengsorang.
tapi sampai satu tahap, aku jadik bosan.
anak 7 orang, laki lumpuh terengsot berjalan. sekali pandang bini, baru abis pantang.
aku macam, what???
anak yang lain ada tak sekolah, ko pegi tambah anak lagi?
dapur pun kadang-kadang berasap....
kaki tak leh gerak, yang 'tut' jalan plak?
aku kesian kot ngan anak-anak lain.....





kalau ada pun anak ramai, nanti akan cakap pulak, "saya anak 5. semua makan pakai cukup je. da besor-besor da budak nya."
kang kalau aku tanya anak-anak ko, ada tak yang terasa hati dengan ko, ko terperanjat pulak.
time tu baru tau yang anak rasa sedih, kesal.
pergi sekolah kena sekat perut.
masuk asrama ikat perut.
masuk universiti punnn ikat gak
sadis hokeyyhhhhhh




buat masa ni, memang 2 la untuk aku.
tak tau la kalau gatal nak beranak 3 tahun lagi.
maybe pastu tutup buku.
tak pun kalau ada bajet, mungkin tambah lagi sorang.
sian pulak no 3 takde kawan. ecehhhh
kahkahkahkah



apa pun, semuanya atas kita.
kita yang buat anak, kita yang nak anak, kita lah yang jaga.
jangan pandang serong kalau ada yang merancang.
itu hak masing-masing. dia je yang tau ekonomi dia, kemampuan dia.



cuma yang kesian nya kat orang perempuan.
takut mengandung, macam-macam kena telan. kena suntik.
rancang sendiri takut terlajak (ni pun aku seram gak.hahaha)
patut pasni orang laki yang kena amik suntik.
suntikan maut JANGAN SENTUH BINI NANTI 'MENJADI'....
mbahahaha















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)