Friday, June 17, 2016

#Anak# - Pengalaman Bersalin Normal dan Caesarean




Hai.
update blog  sekejap. ihiks
saja nak share pengalaman bersalinkan nuqman secara normal since uwais dulu emergency czer.



memang pengalaman itu sangat mahal harganya.
aku ni tiap kali pregnant, takde masalah tapi bila minggu 35, macam-macam dugaan
kali ni doktor cakap anak aku melintang. so diorang nak operate 25hb.



nak dijadikan cerita, sehari sebelum masuk wad, diorang scan, ehhhh....baby dah turun bawah da. position sume ok. so u boleh try beranak normal. mak aku terus bawak balik seremban. kahkahkah. walhal sebelum tu da plan nak berpantang kat kluang je. sebab nak jimat annual leave. biasalah. time pregnant, annual leave tu macam air. laju  je amik. huhuuuuuu



da balik seremban, tunggu tanda nak beranak lak. aku ada keluar air kat bawah tu 2-3 kali. bila adik ipar cakap baik gi hospital sebab takut leaking, takut ada infection. sampai hospital, masuk wad.
nak dekat seminggu jugak duk wad. doktor nak induced tapi lepas seminggu dari due date aku. lepas 2-3 hari due date, aku request mintak induce je la. based on pengalaman aku duk wad masa uwais dulu, doktor memang nak kita sakit bersalin naturally. diorang akan bagi tempoh 1-2 minggu selepas due date. masalahnya rata-rata yang aku tengok, lepas je induced, sakit beranak datang, masa tu lah air ketuban pecah, anak da berak lah...anak da makan taik lah.... macam-macam.




sebab takut, aku mintak induced awal. tak payah nak tunggu sampai lepas seminggu.
tapi tu la.
orang kalo  berlagak sangat nak kena induced, 'mendapat' lah jawabnya... hahaha
doktor masukkan tiub or belon kul 8 pagi. aku sejak duk wad memang rajin berjalan. siap buat ketuk ketampi curik-curik depan stor. kahkah. punyalah nak bagi jalan bukak. ye la da ada contraction, bila check, bukaknya 2cm je. sampai doktor cakap, lepas induced, jalan tak bukak, terus czer. aku ok kan je. asal anak aku kuar sebab aku da tak larat duk wad lelama.




lepas masuk belon, contraction aku on off. tapi sekali datang, wow.... terangkat bontot nak layan contraction. kahkah. tunggu punya tunggu, belon tak jatuh. sebenarnya bila belon tu jatuh, jalan da buka 4 cm ke atas. so diorang akan terus tolak ko masuk ke labour room. dalam pukul 2 pagi, aku da tak boleh tidur. sebab contraction da makin kerap and kuat. tapi bila raba-raba kat bawah tu, belon tak turun lagi.




tak leh tahan dengan contraction, aku gi mandi. masa tu dah pikir, kalau kata jalan tak bukak, operate. tak kisah la win, janji jumpa anak da. huhuhu. punyalah positifkan diri. dalam mempositifkan diri, contraction makin kuat. sampai aku rasa nak meletup perut aku ni sebab tegang gila. sempat gak aku bebel dalam bilik air," cimpret nye belon ni. sakit kemain kuat tapi ko tak jatuh-jatuh lak" kahkahkahkah



dalam kul 5.30 camtu staff nurse nampak aku da lain macam. ye ar. duduk tak kena. berdiri tak kena. aku sempat jumpa dr pelatih and bagitau dia yang contraction aku tahap 4-5 minit. dia tanya, belon da jatuh lum? aku cakap belum. dia suh tunggu doktor datang pagi nanti. perasaan aku time tu, cibek hang. tau dak aku rasa nak teran je da ni!!!!



aku sabarkan diri. takpe. tak lama dah ni.
dalam sejam dua je lagi.
uhuhuhu


tapi staff nurse yang nampak aku tu suh aku tunggu. dia mintak dr pelatih tu check bukaan aku. die cakap, takut jalan da bukak, tapi belon sangkut. aku cam...ahhhhh...ko keluarkan le menatang belon ni. rimas aku benda ni melekat kat bawah ni. hahahaha



pagi tu, kawan adik ipar aku, shasha yang keluarkan belon tu. pastu dr pelatih tu check. eh. da bukak 5 cm. aku cam...??? akhirnya ko bukak gak. aku da tak tahan sangat da ni nak keluarkan baby ni. tolonglah antor aku secepatnya.



kul 7.30 pagi, diorang antar aku gi labour room.
maka bermula lah drama nak beranak pulak..wahahahaha



datang dr pelatih nak amik darah lah, nak pecahkan air ketuban. aku dengar dr tu cakap, ok its clear lepas ada air panas keluar dari bawah. maknanya anak aku tak berak lagi. syukur.
ingatkan dah ok da. tapi lepas air ketuban pecah, tak sampai 20 min aku rasa macam ada benda nak keluar sangat. and aku pun nak terannnnnn sangat....

kebetulan time tu ada specialist datang. dr pareeda (dengar dr pelatih panggil dia.nyempat siottt.hahaha) dan time tu jugak lah aku da tak boleh nak bertahan lagi. terus terkeluar ayat...


"ya allahhhhhh......"

dr pareeda terus cakap, "puan ada rasa nak berak ke?"

"tak. rasa ada benda nak kuar. saya nak teran je ni."

dia terus check. "ok puan. rileks. da fully da ni. boleh teran."


maka dengan sepenuh daya and berkat baca tips kat fb cara meneran, aku teran sekuat-kuat hati. kahkahkah. semua puji aku teran cun. 3-4 kali teran (dalam hati duk bisik, hai nak. da banyak kali mak teran, awat tak kuar lagi ni?), semua panik sebab baby sangkut bahu. aku dengar dr pareeda tu syh standby vacuum, forceps kejadah. last dia cakap kat aku, "puan. kita tolong ya. anak puan sangkut ni. baby puan besar. first dulu berapa kg?"


*sambil hembus nafas layan contraction *

"3,85."

"ada kencing manis?"

"ada dr."

"yang ni?"

"tak adaaaaa......arghhhhhh....tolong saya ya semua...sakit sangat ni"



"ya pua.kita tolong."


ramai2 duk kra 1,2,3 push...sekali aku teran, dorang terus angkat bontot aku. terus ilang sakit sebab nuqman dah kuar.

masa tu, rasa lega,,,and,,, "mampus koyak banyak." bwahahahaha


3,78 kg berat nuqman. ok. mak da selamat beranak.


......................................................................................................................................................


tu pengalaman beranakkan nuqman.
memang berbeza normal dan czer.


czer, memang tak rasa sakit sebab dah bius. tapi azabnya selepas habis bius. bukan senang nak susukan anak, nak bangun, nak duduk....

normal, pun azab gak. contraction and jahit kat bawah tu hidup-hidup.


aku dah rasa dua-dua.
jangan la cakap beranak salah satu cara ni senang.
ada pro n cons dia.
setiap anak ada kisah dia sendiri semasa nak dilahirkan.
allah yang tentukan semua nya.
ada orang jalan da bukak 10 cm da, kalau allah kata tak boleh normal, tetap tak boleh normal.
baik normal or czer, yang penting kita dan anak selamat.
peace :)





p/s : aku cakap kat uncle d, pasni jangan buat anak ngan aku.kahkahkah. sebab aku trauma nak beranak. doktor sound aku sebab anak aku besar2 masa lahir. aku dah jaga makan baik giler kali ni. pun besar gak. salah aku ke? huhuhuhuhu


1 comment:

  1. betul sis, normal ke czer ke dua2 ade bahagian masing2..sakit tu toksah ckplaa kan..hee..alhamdulillah..baby slamat..moga jadi anak yg soleh solehah semuanya ye :)

    jemput ke blog sy
    https://ninafarhanawm.blogspot.my/

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)