Friday, May 13, 2016

#Layan Tekak# - Makan di Prime City Hotel Kluang





he he.
makan-makan dengan kawan-kawan kat prime city hotel. ni bulan lepas punya citer ni. saja duk campak dalam blog ni. bior la banyak citer sikit dalam blog aku ni. takde la asik citer anak, tips dekor rumah *yang tak sesiap pun pastu tak masuk dalam majalah HAHAHA*
biasa memang akan keluar makan sebulan sekali. kadang tak jugak. tengok masa laaa...
masa bulan januari ari tuh, shidah belanja kat Barneys. Pastu kak ina belanja kat SDS. So kali ni aku lak yang belanja. kebetulan dapat insentif. cam segan la plak asik orang je belanja kita ye dak?



pas bincang-bincang dengan kak zana, kitorang plan nak gi makan kat sini.
mula-mula aku called budak kat situ tanya bajet.
untuk 3-4 orang makan, dalam rm100.



budak ni siap wasap lagi bagi aku menu. HAHAHA
lepas tengok menu, kalau tambah ikan, kena dalam rm150. aku pulak emmang dah bajet banyak tu. so terus layan menu tu. mintak budak tu book 1 meja untuk kitorang.



tengahari tu, tepat kul 12 cabut.... kihkih
semua tahan tak makan dari pagi.
sebab nak melantak punya pasal.
sampai sana, order, servis pun cepat.terusssss   ~





tunggu makan. bagusnya kat prime city hotel ni, tempat dia tenang. nak sembang pun syok. 
dalam banyak-banyak tempat makan kat kluang ni, jangan le ajak aku gi railway.
sesak nafas aku kalo gi sana. makanan dia ok nak -nak roti bakar dia tapi environment tak. aku rasa cam pasar je railway tu. bising, panas. haihhhh. kalau budak-budak kilang ni ada pergi sana, aku kirim je roti bakar. nak pergi join makan memang tak. HAHAHA






Khusyuk pilih menu. 




total harga RM150. puas makan weh. rojak dia best. aku ingat nak celebrate birthday uwais kat sini la. tengok macam mana. he he he









mak ni malas nak gambo-gambo. lagi-lagi tengah 'mengembang' ni. haih. tu yang duk belakang tu. biar orang cover perut aku ni. agagagaga








peace T_T




P/s: aku makan sedap-sedap tengahari tu. laki aku makan ayam masak kicap je. ekekeke. sian laki ku. this month mak belanja la pulak. ayah tetiap bulan belanja kitorang (walaupun tempat yang sama je. BWAHAHAHA). 











No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)