Tuesday, May 3, 2016

#Jaga Anak # - Sembelit dan Jarang Buang Air Besar (BAB)







Nak je tulis berak, tapi cam tak senonoh lak. HAHAHA


OK. uwais jenis yang jarang BAB. Masa dalam pantang, hari-hari membuang. sampai maknya pening. dari brand  mamypoko terus tukar huggies. kihkih. lepas abis pantang, da start da jarang. 2-3 ari sekali, baru membuang. pernah sampai 9 hari hokeyhhh. sampai aku ngan uncle d bawak gi klinik masuk ubat ikut bontot. sedih kot time tu.



doktor suggest minum susu enfalac + dengan susu badan. aku pun okey laki bini. pastu dia membuang takde masalah. memang jenis 2-3 hari baru membuang. genap setahun., aku tukar susu dutch lady. sebab bajet ler. HAHA. masa minum susu ni, dia okey. pun membuang 2-3 hari. sampai la 3-4 bulan terakhir ni, dia sembelit.



yes. sembelit.
aku tak pernah membayangkan anak aku sembelit.
sampai nangis-nangis keresahan masa membuang -_- sob sob



Tips? macam-macam dah try. Nanti aku buatkan list. manalah tahu ada parents yang mengalami masalah gini. selesai masalah sembelit, anak aku tetap jarang BAB. seminggu 2-3 kali. memang dah jenis jarang membuang. makan tapi jadik daging. ekekeke. tak kisah la janji ko berak nakkkkk.....




Ok. macam mana nak tau anak ko sembelit? tengok time dia berak. resah, ke hulu ke hilir, menangis, meraung.... tu sume tanda-tanda sembelit. tolong check najis anak. kalau jenis keras, sah lah sembelit.


apa punca sembelit?

macam-macam. lagi kalau anak dah pandai makan. jangan terus tukar susu. cuba dulu alternatif lain. tak semestinya berpunca dari susu.


1) bagi anak minum air masak. memang budak liat nak minum. tapi kita kena selalu offer dia. standby siap-siap botol air dia. budak umur 1-3 tahun perlukan 1.3 liter air termasuk susu. so ko kira berapa kali anak ko menyusu. lebih tu air masak la jawabnya + sup ke hape.


2) kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat. so gantikan nasi, kentang dengan oat. sebab oat banyak serat. punca sembelit ialah kurang air, kurang serat. masukkan buah-buahan dalam oat. uwais kurang makan buah kalau ko bagi sebijik-sebijik gitu. tapi bila dah campur dengan oat, aku tengok dia makan je. buah untuk sembelit ialah betik. ko bagi la betik yang memang dah masak kaw-kaw punya. tak lama lepas tu membuang la dia dengan lancar. HAHAHA. sekarang aku memang standby betik. setiap kali bagi nasi, aku selang selikan dengan betik.


3) Jus buah. Yes. bagi anak minum jus. Yakult pun bagus. tapi kau tak bagi hari-hari. 2-3 hari baru bagi dia minum. yang aku buat sekarang bagi dia minum jus prun lepas makan. alhamdulillah membantu.


4) tepung ubi. mesti cam tak caya kan. aku campurkan hujung sudu tepung ubi dalam susu. memang kurang sembelit lah anak ko. bila mebuang tu., dia macam berlendir gitu.


5) ada yang bagi ubat. lactul kalo tak silap. aku ada beli. tapi last-last tak bagi, sebab sembelit dia dah ok. dah tak menangis da kalau nak berak.


6) tukar susu. ni pun aku buat lepas aku rasa susu yang buat dia sembelit. aku tukar kan susu uwais pada dugro. susu yang 1-3 taon tu.  peket kuning. ada 13 buah, sayur ke hape. HAHAHA. Memang susu ni mahal sikit lah dari dutch lady. tapi takpe lah nak. janji mu sihat. kerana dirimu begitu berharga ;)



                                                        



lepas dah tukar susu and jaga/pantau makan anak, uwais dah tak sembelit da. memang dah jenis jarang berak. seminggu 2-3 kali. pastu jenis najis besor-besor. masa nak kuarkan tu, memang take time la. kena bawak pegi bilik air, teman dia, pujuk dia. biasalah noks. budak. ekekeke


sekarang laki bini dah tau masa anak berak. so agak-agak kalau nak jalan jauh, standby air paip berbotol2 kat dalam keta. anytime hokeyyhhhh anak aku berak. da berapa kali gak la berhenti tepi jalan cebok bontot anak. agagagagagagaga.



aku puji la uncle d. masa baru-baru kena handle uwais berak, memang dia hilang sabar. aku pulak yang cool.  sekarang die pun dah cool dah. da tak panik. anak nak masuk dua kalau tak terer lagi, tak tau la. kahkahkah



ok la. tu je la yang mampu ditulis oleh aku. mana tau ada mak ayah yang dapat anak pesen jarang berak. pastu mungkin ada yang kes sembelit. leh try sume tips tu :)




           gambar masa join family day uncle d. suka pic yang ni sebab geli hati tengok perangai uwais. penuh ke'chegu'an.  T_T




No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)