Friday, May 27, 2016

#Anak# - Perbezaan Mengandung Anak Pertama dan Kedua




Hai.
Menghitung   hari tunggu tarikh beranak ni menyebabkan aku tak boleh tidur.
Komfem terjaga jam 1-2 pagi.
saja lah pakai laptop uncle d up entry jap.
hihihii



okeylah. kali ni nak share pengalaman mengandung anak yang no 2.
mana tau, akan datang terlupa. lehhhh bukak blog sambil mengingati  kenangan ini. ececeh


pregnant kali ni aku mabuk tak teruk. loya mual pening biasa. muntah selepas gosok gigi kadang-kadang. tapi tempoh mabuk tu lebih lama dari masa uwais. uwais dulu sebulan je ting tong gitu. hahaha. yang ni dalam 2-3 bulan. lepas tu, masa uwais dulu, hari-hari aku mabuk. hari-hari kepala aku berat masa nak bangun. yang ni bukan hari-hari. seminggu adalah 2-3 kali mabuk gitu.




kedua, aktif. aku tetap aktif. masa uwais dulu aku dalam QA Dept. boleh berjalan, kayuh basikal dari ofis sampai lah kat body preparation. lasaknya tu sampai7-8 bulan. sampai masa minggu 35 doktor detect aku nya uri kat bawah. placenta praevia type 1. dahhhh masuk wad lepas tu.



kali ni, ada lah isu sikit kat dept aku. mak is malas nak story. nanti story, mak naik hangin. hahaha. yang penting, mak dapat duduk dept baru. store dept. memang rezeki lah dapat store. kerja lebih relaks, tenang, tak delah stress nak ngadap stupid bos yang gila naik pangkat. kerja aku more to planner.plan raw material yang production akan pakai. order barang-barang tu. nampak macam senang. stress tu ada tapi bukan sestress duk dept yang lama. syukurrrr. ok. stop cite pasal keja.



da tak berapa stress, ingat boleh la beranak normal. memang dari awal pregnant sampai la minggu 36, lepas da signed surat prefer beranak normal, tup tup masa check up kat klinik kesihatan, position baby oblique. aku terussssss nak pitam. jumpa dr, OMG!!!! transverse. uwaaaaaaa
nape adik buat mak macam ni? sob sob sob



paling tahap tak boleh terima tu bila Dr Harleen cakap kena electif czer. maknanya diorang bagi tarikh la untuk operate aku. gagal mengawal emosi, mak melalak depan doktor. kahkahkah.pastu aku cakap aku nak beranak kat seremban. doktor suh decide cepat, dia boleh buat surat. tapi hari tu gak kena pergi. sebab booking tarikh. aku cam.... hmmmm....mak dah lah kerja, annual leave tinggal tak sampai 10 hari. pas beranak, laaaagi nak pakai cuti. huhuhu. so aku terus plan beranak kat kluang je la mak kena redha. tsk tsk




ok. beza pregnantkan adik compare uwais adalah tahap keaktifan mereka. uwais dulu sampai aku tak boleh tidur. sebab betapa aktifnya dia dalam perut. adik? aku boleh lagi lelap mata. pastu boleh mengiring lagi. uwais dulu tak boleh weh. asal pusing kanan ke, kiri ke, konfem die punya kick ntah penumbuk bertubi-tubi. terpaksa mak ni tido terlentang. adik kira baik lagi la, harap ler.... hahahahaha




masa uwais, emergency czer. so aku cam bodoh-bodoh sikit. bila elektif ni, kita pulak dah tau tarikh, ibarat nak serah diri. rasa berdebar dia lain. but someone told me, pikir nak jumpa baby je. jangan pikir yang bukan-bukan. huhuhu



oklah. nanti aku share tips berpantang pulak. target kali ni, nak kurangkan 30 kg. KAHKAHKAH





No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)