Tuesday, April 26, 2016

#deko rumah # - Cat Dinding Dapur Guna Tape





Lama jugak tak hapdet blog haaa.
sian blog mak ni. harap sebelum beranak ni, sempat le hapdet seketul dua.
ekekekeke



ok la. kali ni nak share pasal cat dinding. sejak pindah rumah setahun lepas, tak banyak progress pun projek deko-deko rumah ni. sebab bajet menciput. muahahahahaha
idea ada, tapi nak melaksanakan tu yang slow. alasan : duit, masa, pregnant -_-


untuk entri ni, antara projek terbaru laki bini buat adalah mengecat dinding kat dapur and bilik anak. yes. for my babies. ihiks. bilik anak nanti dulu lah. ada lagi tak setel. yang boleh tunjuk adalah dinding dapur.


Lepas kira-kira bajet, biasalah, orang makan gaji. ada lebih insentif tu, aku terus beli cat. siap dengan batang, roller sume tu. kasik uncle d semangat nak mengecat. balik tengahari tu, aku tape kna siap-siap. tapi dapat bahagian bawah je la. mak ni rendah noksss....
so bila uncle d  balik rumah maghrib tu, dia terperanjat. nak buat apa dia tanya? aku cakap aku nak design gini. nanti tolong sambung tape kan.



esok pagi, aku dapat wasap. dia hantar gambar lepas dia tape. tanya betul ke tak?
aku cam.... wah....pandai gak laki aku sambung. kira berseni gak la laki aku ni. hahahahaha
memang rasa cam sehati sejiwa la time tu. ekekeke





ni pakai tape putih. tapi kalau korang nak cantik, pakai tape biru ke or yang lebih baik. yang ni bila dah cat, dia macam tak 'tajam' tau. 








pastu cat terus.....sian laki aku. bersungguh-sungguh mengecat. melayankan bini dia. hahahaha







after.... hikhikhik




aku sebenarnya nak beli frame kanvas. nak buat sendiri la design dia and gantung kat sini. tapi tu lah. tunggu  bajet and masa. rasanya lepas beranak la kot. skang ni memang tak daya. kalau dah siap nanti, mak hapdet le lagi. ekekekekeke












No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)