Thursday, March 24, 2016

RESEPI SOTO MUDAH DAN SEDAPPPP





yeayyyyyy
Johor cuti hari ni. i loikeeeeee.....
so hari ni plan masak soto je. sebab malas nak masak lauk-lauk ya.
maka menu dari pagi sampai malam - melantak la soto. bwahahahaha





Nasi Impit

aku buat sendiri. umur da 30 taon anak nak masuk dua baru belajar buat nasi impit sendiri. selama ni jadik tukang cucuk plastik pakai lidi sate je bila mak buat nasi impit. bwahahahahahahaha

bahan:-

1) plastik 5'' x 8''
2) beras (ikut ko lah nak pakai beras pape pun asalkan jgn beras basmathi.ekeke)
3) cawan (aku pakai cup ricecooker)

cara:

1) basuh beras dan toskan sampai kering.
2) masukkan beras dalam plastik 5'' x 8 '' tuh. 1 cup ricecooker tu untuk 1 plastik. isi penuh-penuh weh.
3) staplerkan laaaaa hujung nya tuh. aku buat 3 kali lipat. nak buat 2 kali lipat pun boleh. ok. mesti korang cam eh besar mana lipatan tuh? ok. senang je. lepas isi beras tu, ko try lipat dua plastik  (bahagikan dua). plastik yang lebih tu la ko kena staple kan. paham tak? paham takkkkkk????





Sup

Alahhh...sup kot.. takkan tak reti-reti? ekekeke.

bahan:

1) ayam ( aku beli bahagian dada - 1, rangka - 1. untuk dua makhluk allah je yang makan. yang kecik tu sambil-sambil aje.ahahaha)
2) sup bunjut
3) daun bawang, daun sup
4) bawang merah, bawang putih, halia (blend)
5) jintan manis, jintan putih (1sb setiap satu - blend kering)
6) serbuk lada putih (kalau ko nak pakai lada putih yang berbijik-bijik tuh pun boleh. blend sekali dengan jintan manis and jintan putih tadi)
7) kiub pati ayam knorr (tambahan sesedap rasa)


cara:

1) tumis bawang merah, bawang putih, halia jejintan yang dah siap blend sampai naik bau.
2) masukkan ayam dan air.
3) bubuhla daun sup daun bawang, kiub pati ayam n garam sikit.
4) tunggu sampai mendidih.


Begedil


bahan:

1) kentang (aku pakai 8 bijik - dapatlah buat begedil cecomel dalam 25-26 bijik)
2) bawang goreng
3) udang kering
3) ketumbar, jintan  manis, jintan putih
4) telur
5) daun bawang (tambahan)



cara :

1) kentang tu boleh direbus pastu lecek. tapi aku goreng dulu. pastu tumbuk dalam lesung batu. biasalah nak cepat.
2) tumbuk udang kering, jintan-jintan tadi tu.
3) campurjan dengan kentang yang dah siap tumbuk, letak bawang goreng dan garam sikit. gaulkan semua. pastu bentukkan la.
4) celup dengan telur, goreng, siap untuk dimakan.


























No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)