Thursday, February 25, 2016

TIPS Persiapan Bersalin Kali Kedua





ecececehhhh
tup tup bagi tips.
tu laaa... orang da cakap jangan merancang sendiri. mesti terbabas punya. hahahaha
tak pe la. da rezeki. syukur...




ok.
dulu masa bersalinkan uwais, memang takde pengalaman. pengalaman berpantang pun adeh aii. hahaha.
bila teringat balik, rasa cam takut pulak nak beranak kali ni. tapi nak tak nak kena kuarkan gak baby ni. takkan nak simpan ye dak?
kahkah




untuk 2nd pregnancy ni, tak banyak barang aku beli.

1) baju - wajib beli. ambik saiz besar banyak-banyak. haha
2) baby carseat - tak payah. pakai yang lama. uwais dulu 8 bulan je duk dalam tu. pastu suh orang pangku. da satu keja ulang alik ambik dia sambil pangku n drive. uwaaaaa
3) tilam bantal - beli tilam biasa je satu untuk tinggalkan rumah babysitter. yang tebal, pakai uwais punya. tukar sarung je. bantal mak aku buatkan, rezeki mak noks. kalo tak, nak beli da. hahahaha
4) botol susu - kenaaaa beli. brand sama ngan uwais. pigeon. tapi aku akan ambik yang thin nipple tuh. tak mau dah pakai yang besar sikit. susah nak carik puting botol kat kluang ni. tambah lagi budak makin besar, digigit-gigit nya puting tu. asik laaaa nak tukar. duit terbang satu hal, bila bancuh susu, terpercik ke muka. sob sob sob
5) towel -  yes. kena beli. towel, sapu tangan kecik-kecik tuh....
6) wet tissue -  time dalam pantang. ni memang cepat habis. berstok-stok kena beli. aku suka brand pureen. kaler biru.
7) bedak lotion - beli yang kecik je. travel kit. sebab biasa kan ehem ehem kita kan dapat hamper dari kawan-kawan sedara mara ehem ehem. so, nanti tak habis pakai. hahaha
8) barut, bedung - aku pakai barut uwais yang lama je. ingat nak carik kain, bukak balik jahitan tali barut tu, mintak orang jahitkan. kain bedung? dulu masa uwais aku pakaikan napkin tu je. sekali tak muat daaaaaa..... hahahahhaa. ingat kali ni nak gi beli kain sendiri. upah orang jahit. sekali rezeki baby, kawan aku bagi dia punya. ada dalam 7-8 helai kain cotton tuh. tinggal nak basuh je. ngeeeee
9) bengkung  jamu- haaa.... yang ni untuk aku. bukan untuk budak. masa beranak uwais, aku ingat leh normal. iye-iye la tak standby bengkung moden ni. sekali czer. da tak berbengkung. kali ni, aku terus beli bengkung moden. ni nanti aku akan share lepas pakai. tengok testimonial semua kata bagus. jamu pulak ingat nak try Jamu Mak Dara. duit memang dah bajet. hari tu uncle d buat aku hangin. bila aku cakap nak kena beli bengkung, jamu, dia cakap, pakai la yang masa beranak uwais tu. ko ghase....??? aku pun apa lagi.. silat kuntau kan la dia....bwahahahahaha
10) wallker - pakai abang uwais punya ye dikkkk.... hahahaha. alah. walker ni dulu uwais pakai dalam 2 bulan. dari umur dia 6 bulan sampai 8 bulan. pastu da tak nak duduk dalam walker. kaki tu dah kuat pegang sofa, bangun duduk. haha


hmmm.... ni jelah yang aku ingat.
yang aku tau, aku kena pergi cuci baju-barut-bedung segala tok mak nenek untuk baby.... huargghhhhh


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)