Thursday, February 11, 2016

Cukup-cukuplah ....





Bangun pagi tadi, bukak facebook, baca tang ni.
letihhhhh ~
dah la memang letih sebab raya cina ni join family day uncle d.pastu balik semban. semalam kul 2.45 camtu baru sampai umah. punnnn aku rasa letih gak. sebab memikirkan eh eh lauk lum beli lagi baju kotor nak kena cuci uwais nak makan ape ek.. serius banyak gila nak pikir. kof kof






aku rasa cukup-cukup la membandingkan dan menghentam orang.
dari kisah pasal susu badan vs susu formula, sampai la tanggungjawab suami vs isteri.
dulu pasal susu badan. aku memang alhamdulillah lah ada rezeki susu tu untuk anak. yang takde rezeki? yang jenis kalau ko lenyek habis pun breast die memang takde langsung susu keluar. ko nak cakap camne?
minum la air lobak putih berjag-jag, kalau allah tak bagi rezeki gak, memang takde.



aku pun pam jugak susu untuk uwais kat tempat kerja. tapi tak de la tahap selang 2 jam pegi pam. nasib la kan. aku keja kat kilang tiles. keluar masuk production. camne nak gi pam selang 2 jam? memang topup pakai susu formula la. janji anak aku sihat.



masa anak kecik plak, ada yang cakap, jangannnnn selalu pegang. nanti susah orang nak jaga anak ngko.... lahhhh... dah anak nangis, takkan nak dibiarkan. aku dah la jenis tak suka budak melalak. kahkah. pada aku,
lain lah kalau ko jenis yang melekappppp kat anak sampai nak gi berak kencing tak sempat pastu duk tahan-tahan sampai naik sendat pundi kencing. yang jenis ni mungkin akan menyusahkan orang lain yang nak jaga anak dia nanti bila start keja.




pastu bila hantar anak kat umah orang and kita pegi bekerja, kata tak dapat tengok anak membesar. aku mengaku masa awal-awal uwais boleh golekkan badan meniarap, aku bukan la orang pertama yang tengok. nenek yang jaga uwais tu yang jadik orang first. jauh dalam lubuk hati aku, memang aku sedih. sebak jugak duhhh. tapi lepas tu aku set otak aku balik, tak pe la.  bukan rezeki aku jadik orang first. tak kisah lah sape yang dapat tengok dulu. janji aku tau perkembangan anak aku. keesokan hari nya, aku laki bini dapat tengok. ok je pastu. hahahahahahaha. siap rekod lagi. kahkahkah.



bila aku pikir balik, kalau aku jadik full time housewife pun, akan ada kelebihan and kekurangan. aku tengok orang kat company aku. ada anak yang 'menjadik', ada yang 'kurang'. aku tanya mak-mak yang ada anak 'menjadi' tadi, apa yang diorang buat since diorang pun bekerja. mana yang baik, kita ikut. yang kita rasa macam kena adjust, tak sesuai nak bawak kat dalam family kita, kita tapis. mana abang-abang yang keja and wife dia full time duk umah pun aku tanya. pun ada gak anak yang 'menjadi' and ada yang 'kurang'. maksudnya sama je. tak semestinya duk rumah, semua anak kita pandai. tau itu ini. dan tak semestinya kalau kita mak-mak ni bekerja, anak jadik kurang ajar, tak pandai. so aku tak nampak reason kenapa kena condemn kalo ibu yang bekerja, kalo ibu yang tak bekerja. dua-dua ada pro and cons.
so aku nak semua kawan-kawan yang memilih untuk bekerja/ tak bekerja, please be happy dengan decision korang. jangan men-stress-kan diri memasing. kalau ada yang suka sindir-sindir tu, carutkan aje. bwahahahahhaha




pastu part tanggungjawab suami vs isteri.
takyah tengok kat facebook laa. kat company ni pun ada.
kadang sembang-sembang time rehat tu, bukan tak bercerita pasal laki memasing.
ada sorang kawan aku, pernah cakap, dia punya duit gaji langsung tak usik. semua bil-bil belanja anak-anak suami dia yang keluarkan duit. pastu keluarkan fatwa kejadah dia yang semua belanja rumah adalah tanggungjawab suami.
dulu aku pernah gak sentap ngan isu gini. bukan sentap ape. sentap ngan laki aku je laaaa.... kahkahkah.
tapi kitorang berbincang. aku luahkan apa yang aku pikir. macam tu jugak uncle d. kami buat kira-kira balik. mana yang aku boleh tolong, aku tolong. takde istilah ni tanggungjawab dia. tu tanggungjawab dia. kang makin botak laki aku tuh * krik krik krik*
pada aku, kawan aku tu cakap macam tu sebab umur dia dah lebih 40-an. anak-anak yang setakat dua ketoi tu dah besar, dah sekolah. rumah pun dah abis bayar. sebab tu dia berani cakap macam tu. tapi bagi aku laki bini, kawan-kawan yang lain, yang baruuuuu je nak mula hidup, dengan anak kecik lagi, tak boleh la nak lepas tangan.
masing-masing tetapkan nawaitu semula, kenapa kita bekerja?
nak tolong suami, nak pastikan keperluan anak-anak mencukupi? ke nak mencukupkan nafsu shopping memasing? haaaa.....gituuu. sentap lettew..ekekekke
tu yang bekerja. yang duk umah? memang tak kuarkan duit. tapi tetap kena pandai-pandai berbelanja. mana boleh jimat, dijimatkan. sebab yang bekerja tu sorang saja. sama je sebenarnya.
pada aku, tolak ansur. suami kena paham isteri, isteri kena paham suami.



sama lah dalam menguruskan anak.
tahun ni nak masuk 4 tahun kahwin. terus terang cakap, aku nampak lah betapa improvenya laki aku dalam jaga anak. ekekekeke
masa baru-baru dapat uwais, aku laki bini selalu gak masam muka. yelah. yang bini nak pergi kerja, yang laki leh sedap ngan rokok. handset kat tangan duk main game.
aku pulak malas nak bebel. tapi muka dah macam jagung kecut. HAHAHAHA
bila keluar makan sama, tak pun time anak dah tidur, bagi sikit tazkirah kat laki.
lama-lama dari zero to HERO. da pandai dah tolong uruskan anak. takde lah harapkan aku sorang.
aku lah tukang siapkan barang anak, aku lah tukang masak nak buat sarapan nak masak lunch, aku lah tukang tukar pampers anak.. mana aku nak bersiap gi kerja lagi. last-last gi kerja pun tak sempat tenyeh lipstik. sadissss.....
bila laki aku terer, senang sikit. leh la mak menenyeh muka mak ni haaa. nak gak gojes-gojes. kahkah
benda-benda ni semua lebih pada komunikasi.
dan sabarrrrrrrr




ok. cukup la tu. saja duk hapdet blog. kesian dah lama senyap.
busy. muehehehehhehe









3 comments:

  1. awin...betul tu..yg penting kerjasama..sama2 memberi dan sma2 membesarkan anak

    ReplyDelete
  2. Assalam...akk nak tnya berkaitan renovation rumah tahun lepas dengan wak joe...jika tak keberatan boleh masej fb akk
    "alia pingkey"

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)