Thursday, September 3, 2015

Jangan Jadi Bodoh atau Diperbodohkan






Dah lama tak update blog. Kesian blog aku. Banyak je nak citer tapi takde masa nak taip entri. Bizi u olls. Ni pun curik masa haa menaip. Tu pun sebab aku geram.

Pagi-pagi masuk keja da mengadap satu staff pompuan. Dari semalam die da buat aku naik angin. Kejap cakap tak boleh masuk keja, sebab gaduh ngan laki, laki kuar umah pastu tak balik- balik. Aku pun mintak supervisor arrangekan untuk cover shift dia. Tup tup, boleh masuk keja. Dahhhhh kena cancelkan. Petang nya aku balik umah,tengah main ngan anak, dia mesej cakap tak boleh datang. Panas bontot aku. Terus naik darah sampai kepala. Ko ingat ni company kau ke? Boleh lingkup tau dak?






Ni yg ari kelmarin punya mesej. 


Ni yang petang semalam. Ikut kan hati, banyak nak aku cakap. Tapi macam malas nak serabutkan kepala bila da sampai rumah. Rumah adalah tempat aku ngan anak and suami. Aktiviti kami. Bukan tempat bincang pasal kerja. 



Budak ni bukan sekali dua mengadu masalah rumah tangga dia. Selama ni, aku banyak dengar dari budak lain. Kemuncak dia mengadu dengan aku masa dia tak datang kerja. Pagi tu aku bersemuka dengan dia. Datang jumpa aku kat ofis, nangis. Pastu aku ajak masuk bilik kaca(ni memang bilik untuk discuss la).kat sini dia citer dari a sampai z. This time bukan nangis lagi da. Dia meraung teresak-esak. 




Dari apa yang dia citer, aku boleh buat kesimpulan. 
Budak perempuan ni terlalu SAYANG kat laki dia. Dia punya sayang tu sampai tahap diPERBODOHKAN. Kenapa aku cakap macam tu? 



Dia bergaduh dengan asben dari sebelum kahwin lagi gara-gara baca mesej asben ngan girl lain. Seminggu sebelum kahwin,lost contact. Tiba hari nikah,muncul balik. Why you still accept him? Kalau aku, aku akan soal abis-abis masa tu jugak. Kau tak bagi jawapan yang munasabah, sorry man. Goodbye. 




Masa ada anak sorang, kantoi lagi.this time dengan wife orang. 
Punnnnnn ko terima dia.
Dia nak beli kereta baru, kau sanggup bayar bulanan. 
Gaduh besar tepi jalan, kau kejar dia beria-ia. Dia pulak tinggalkan ko kat tepi jalan.
Anak dua. Dia buat hal lagi. Punnnnn dengan bini orang. 
Ko punya bonus ke hape, perabih kat keta dia.
Selepas semua ni, ko tetap sayang dia.





bila ko cakap nak bercerai, nak pergi kl balik rumah mak bapak ko,Aku tanya,"betul ko nak cerai? Kau rasa boleh survive tanpa laki ko?"
Ko melalak.kesiannnn anak kecik lagi.



Please wake up my friend.
Anak kecik, tak rasa kasih sayang bapak, memang kesian.tapi dari dapat bapak yang selfish, pada aku, laaaagi kesian.
Sayang dia lagi?
Kalau suami sayang, dia takkan menggatal dengan orang lain berkali kali. 
Dia takkan mintak ko sediakan itu ini untuk penuhkan nafsu dia. 




Tolong jadik bijak. 
Bukan masa berkawan je kena pandai, dah kahwin pun kena pandai ajar suami.
Jangan bagi peluang kalo suami suka nak amik kesempatan. 
Dia nak pakai kereta.biar dia bayar. Biar dia isi minyak.jangan kau tadah suma bagi kat dia. 
Bila bergaduh nak-nak salah dia, jangan terhegeh hegeh merayu tanya dia kat mana. 
Pandai la dia balik rumah. Tu pun kalau dia bertelur. 
Orang laki ni, dia akan rasa dia hebat sangat bila ko yang terkejar kejar dia. 
Bila suami marah, takut.
Suami buli hak ko, ko tak takut pulak?
Suami pijak hak anak-anak ko, ko tak sedih pulak?




Please la.
Kalo aku, angkut terus beg kain baju balik kl.
Takkan mak bapak ko nak halau ko balik kalo ko da tercanguk depan pintu?
Jangan terus menyusahkan diri.





Aku tau mesti ada lagi kes yang lagi teruk dari ni.
Aku tau kita perempuan kena taat dengan suami.
Tapi, tengokla dulu suami yang macam mana ko nak taat.
Bukan buta2 taat.




Aku ni pantang. Pantang bila laki amik kesempatan pada orang perempuan.
Jangan ingat perempuan ni macam alas kaki.senang ko nak pijak-pijak. 
Macam budak ni, family in law tak back up dia. Tetapppp back up anak sendiri. 
Bapak mertua pun sibuk tanya bonus dia. Siap nak tibai duit kawan tu. 
So, takkan nak terus tadah diri lagi? 
Selamatkan diri, selamatkan anak.



Jangan membodohkan diri, diperbodohkan. 












1 comment:

  1. aku rase pompuan tu kene bomoh la win.eh eh eh..kbai

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)