Sunday, June 28, 2015

Soalan Reader - Period and Pregnant Issue




Hai.











Takde lah ramaiiiiii gila duk tanya kot.
kehkeh.
tapi, eh eh. makin lama, macam selalu pulak nampak orang duk google pasal period tapi mengandung. period tapi hamil.
haaa...gittewwwww




Okeylah.
Aku bercakap based on my experience. in terms of medical, kalo ko period, maknanya tak pregnant. Aku paham. Sebagai perempuan, selepas berkahwin, memang kita berharap untuk mengandung seterusnya melahirkan zuriat buat suami kita. Tapi bila darah yang keluar tu asal pelik sikit je, terus kita konpius. Mengandung ke? Tu yang korang duk google kan pastu tersangkut kat blog picisan ini. Hihi




Masa aku nakkkkk sangat mengandung(akibat stress sbb orang selalu tanya, da ada? Da berisi? ), macam macam cara aku buat.korang boleh baca tips.aku pernah tulis dulu. Nak cari link, malas. Taip pakai handset.huhu. bila dah usaha, kita akan tertunggu2 next period.Asal lewat, laju laju pegi beli pregnancy test. Pastu negatif. Sobs sobs.



Kadang period aku terawal, pastu darah pekat kehitam hitaman. Punnnn aku berharap, mengandung kot. Tapi percayalah. Kalo ko da period awal, darah yang keluar tu pulak tak kisahlah kaler camna pun, dah kalau seminggu keluarnya, maknanya tak mengandung la tu.




Masa mengandung uwais, aku datang period sehari awal. Darah yang keluar macam period yang last tu. Sikit.macam secalit. Macam setompok small dot. Aku tak rasa pun pregnant. Aku pikir, ni kantung darah tak bocor betul kot ni. Haha. Tup tup, esoknya keluar lendir putih.aik. cepat tul period?time ni baru aku bajet yang aku pregnant. Sebab darah tu keluar sekali jer. Dan sikittttt sangat.






Selepas 2 minggu, masa nak gi check ngan doktor, ada plak darah kuar.warna coklat cair. Doktor xbagi ubat. Dia kata, kalau kuat baby aku, kuat la.kalau tak, bukan rezeki lagi. So, darah yang kuar tu, adalah dalam 3 hari. Tiap kali keluar tu, memang darah coklat. Kadang secalit je.



Dalam tempoh darah ni kuar, aku google sana sini. Kebanyakannya memang pregnant sebab  Darah ni macam darah lebihan baby melekat di rahim. Tapi kalo ko da konfem pregnant, pastu kuar darah dalam keadaan yang banyak, merah... terus gi hospital. Biasanya gugur. Huhu.




Period tapi mengandung? Mustahil. Takde istilah mengandung pelanduk ke jadah tu. Memang ada kes 1-2 lah.dia pregnant tapi setiap bulan keluar darah. Ni bukan period. Ni more to bleeding. Bahaya kot. Darah yang keluar tu maybe light. Kalau heavy, bahaya da untuk baby.





Aku harap dengan penjelasan ni, korang lebih paham la. Aku tau yang duk google ni jauh disudut hati, berharapppp sangat nak pregnant. Tapi itu lah orang tua cakap. Kalau berharap sangat, nanti kecewa. Aku cadangkan usaha dan redha. Ada rezeki allah bagi, ambik. Kalau belum ada, jangan sedih. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Mungkin DIA nak bagi kita rapattttt sangat dengan hasben.mungkin DIA nak bagi kita peluang untuk stabilkan kewangan kita, jaga mak ayah kita. Or bagi peluang untuk kita jadik menantu yang baik. Tolong jaga mak ayah suami kita. Mungkin. Ada banyak sebab yang kita pun tak tau. Wallahualam.














No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)