Monday, June 22, 2015

Resepi Kek Gula Hangus Simple Sedap












Hi T_T
Kembali ke rancangan masak memasak. kelas chegu awin. mbahahaha
Last week aku gatal gila nak masak kek gula hangus.
ni kali ketiga aku try. first time - failed. warna tak mencapai piawaian yang diluluskan. second time - failed. sarang dia langsungggg tak keluar. cis.




so, ni kali ketiga aku buat. berjaya okehhhhhhhh. 



bahan:

1 cawan minyak (nak pakai marjerin pun boleh)
1 cawan gula
1 cawan tepung (aku pakai tepung penaik sebab ada lagi.haha. tepung gandum pun boleh)
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
2 sudu kecik soda bikarbonat (aku pakai sudu uwais)
telur gred A 3 biji (kalau pakai gred C, amik la 4 biji)



cara:

1) Cairkan gula. ni part paling penting. kalau tak berjaya buat ni, kek kau akan dikira failed. FAILED.
    Panaskan aje gula dalam kuali, api bukak perlahan. bila dah cair, kacau pelan-pelan. jangan sampai hangus. biar semuaaaa gula larut.
2) pastu bila kau rasa warna gula dah agak pekat, semua gula pun dah cair, masukkan air. AWAS! nanti akan meletup-letup. so korang terus je kacau. kacau dan kacau. gula tu akan berketul balik. tapi kita kacau sampai dia cair balik.
3) biar kan gula tu sejuk jap. korang bancuh la telur dan susu. blend la lagi senang. pakai mixer pun boleh. aku ni jenis pemalas. malas nak keluarkan mixer dari kotak. agagagag
4) lepas tu campurkan je semua bahan. kacau. biarkan dalam 3-4 jam. soda tu jangan sikit sangat. tu yang nak bagi sarang tuh.
5) lepas 3-4 jam, kukus. nak bakar pun boleh. tapi tak berapa sedap la. lagi syok kukus. aku kukus 1 jam. pastu bakar jap dalam oven dalam 15 minit. so, kek tahan lama. 











                      gambo tak berapa clear plak. tapi kalau dizoom, nampak sarang dia. mbahahahahaha

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)