Wednesday, June 17, 2015

#Anak# - Perkembangan Selepas 1 Tahun






Mak aih.lama betul ek tak jenguk blog.nampak sangat la busy kengkononnya. Hikhok
Menjelang bulan 5,  my little boy da masuk setahun eh eh. Macam sekejappppp sangat kan.



Bila fikir-fikir balik, lepas pantang, aku dengan uncle d nak balik johor da. Masa tu, mak ayah suruh tinggalkan uwais kat seremban. Biar anak aku da 3 bulan, baru bagi pengasuh. Huhuhu
Diorang cakap, kesiannnn. Uwais kecik lagi.
Ingat lagi, time tu, aku tak tau boleh ke tak aku laki bini jaga anak.
Siap tanya laki aku masa dalam keta.


Aku : d...agak-agak, boleh ke kita jaga anak ek?
Uncle d : insha allah boleh. Orang lain boleh.kita pun boleh. Takpe. Nanti lama2 kita pandai gak. *sungguh berkeyakinan lakiku seolah olah dia la yang akan jaga sorang sorang. Ekekeke*



 Pejam celik.uwais da setahun pun. Makin banyak akal anak bujang aku.haha. apa perkembangan tuan haji kecik ni?



1) berat sudah 10 kg.hoyyeehhhhh

2) peminat ustaz nabil ahmad. Tiap ari layan astro oasis ngkoooo.....kalo azan, orang mengaji, dia diam. Harap kamu alim ulamak la sampai besor ye nakkkkkkkkkk.jangan da besor sok, ikut ayah pulak.goreng gitar time maghrib. Kalo pegang tasbih takpe gak :p

3) dah paham sikit-sikit arahan kita. Kalau tanya, uwais da makan? Addahhhh.... pandai menjawab. Tapi tu la. Memanjang aje dah nya. Walhal belum makan lagi.haha

4) sudah pandai berjalan.... panjang okeyyyy langkah dia. Jangan la ko gatal-gatal nak pegang. Dia tak suka. Kadang aku rasa nak biorkan aje dia terjatuh masuk longkang. Sebab aku ni penat cakap, jangan. Letih bagitau, meh mak pimpin. Kang aku biorkan je kang, terjatuh plak. Sayang kot....anak la katakan.

5) tak suka pakai selimut. Masalah utama anak aku ialah tak nak pakai selimut. Jangan harap ko selimutkan dia dan selimut tu boleh bertahan lebih 5 min. Konfem dia mengamuk pastu alihkan. Yang pelik tu, dia boleh tido dengan aircond sejuk tanpa selimut....eeeiiii... geram mak ni. towel pun sama. Pas mandi, aku balutkan badan dia ngan towel. Menjerit2 tak nak. Dah tu, ko nak berbogel ngan pipit terkonting konting tuh????? Grrrrrr

6) tukar susu yang lebih jimat kos. Hikhok. Sejak laki bini beli rumah, dan anak makinnnn kuat menyusu *masih bf lagi tapi uwais tak puas*uwaaaaaa....lepas sepakat laki bini, tukar la susu dari enfalac ke dutch lady. Mula-mula risau gak, then tunggu dia yak yak. Hmm.sekali cam agak keras. Aku siap picit kot taik anak ngn pampers.hahaha. tu yang tau tu keras yang camne. Sebagai mak yang selalu risau ngan kelawasan taik anak, maka bertanya kat kawan2. Diorang cakap jangan salahkan susu. sebab uwais pun makanavam2. Maybe ko kena bagi dia banyak minum air masak. Pastu terpikir, eh.perut anak aku bukan besor mana pun. Berapa banyak air yang dia kena minum? Google la pulak. Untuk anak yang da setahun ke tiga taon, sehari mesti dapat 1-1.3 liter air termasuk susu! Berkat belajar math dulu, tolak lah ml susu, so uwais mesti minum dalam 250 ml ke 300 ml. Laki bini beli botol air berstraw.pastu mak nya ngan gigih isi air dalam amaun tuh. Hahahaha. Dan yeayyyyyy. Yak yak tak keras cam ari tu. Hehe


7) becok. Anak aku becok. Suka bebel. Cam uncle d kot.Bwahahahaha


Tu je la kot. Esok da kena sahur. Selamat berpuasa. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.








No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)