Monday, April 6, 2015

#rumahtangga# - Beza Lelaki dan Perempuan







Hi T_T
Selepas melayari bahtera rumahtangga kira-kira 2 tahun lebih (kemain bahtera ngkoooo. kahkahkah), dapatlah aku simpulkan beberapa perbezaan sikap lelaki dan perempuan. ni berdasarkan pengalaman laki bini lah yerk.
pengalaman orang lain, sangat dialu-alukan :)




1) Perempuan EMOSI, lelaki COOL 

- OK. siyes i tak suka. tapi nak buat macam mana. memang perempuan lebih beremosi. aku time tengah alam perchentaan dengan uncle d, kemain manja. mendayu-dayu manja nya tuh (manja ke? puihhh. ekeke). tapi lepas kahwin, tone suara dah up sikit. lepas beranak, laaaagi up. kenapa up? sebab stress. sian laki aku. sobs sobs. tu belum masuk mood nak datang bulan. pun up gak tuh. maka suami wajibul ghunnah lah bersabar nya. ekekeke.

cuba tengok orang laki. rileks jer. bini nak masak, kena jaga anak jap. diorang leh rileks-rileks masuk jamban isap rokok sebatang dua. err... errr....cam uncle d jer. bwahahaha.

tapi, itu lah orang laki. biasa nya memang diorang cool.

Bila masa nak tengok diorang tak cool?
Yeah girls sekalian. time korang baru dapat anak.
haaa...time tu memang tak cool. pasai apa?
pasai depa kena bangun malam. dah anak duk teriak kan. kahkahkah
tapi cam biasalah. tak cool diorang tu kejap jer.
lepas tengok bini dah boleh handle, haram jadah nak bangun.
anak melalak kuat, bukak mata, tengok bini handle, diorang leh sambung dengkur. rileks jer. ekekekeke





2) Lelaki Sebenarnya Laaaagi Sensitif 

Aku tak tau la laki orang lain macam mana. ni aku cakap pasal laki aku. and ada jugak yang sensitip nya tu kat adik aku. ekekekeke. susah nak cakap sensitif diorang ni macam mana.
kadang pada aku benda nya kecik jer.
tapi dia punya merajuk tu... mak aih. buruk bebenor.... ekekeke







Motif gambar ? saja.... nak tengok perut besar mengandung kan uwais dulu. bwahahahahahahaha


















3) Lelaki Ego, Perempuan Kurang....???


Tak jugak. ada je perempuan lagi ego. bwahahaha. aku masa berkawan ngan uncle d, ya. memang aku mengaku, aku ego sikit. bukan ego lah. orang cakap, jual mahal. dah declare couple (siap declare ngko... kahkahkah), uncle d cakap i love u pun aku cam termangu-mangu mintak kena cepuk. dah berbulan declare (declare beb..bwahahaha), baru aku cakap i love u. yang uncle d plak, lepas tengok aku tak membalas i love u too, terus tak cakap-cakap. dah kahwin, baru dia bagitau. sampai ati biarkan dia sendu cakap i love u sorang-sorang. bwahahahahahahha. sori la yang. i nak test you punya kesabaran. agagagaggaa

:: tips : perempuan memang kena jual mahal sikit. jangan sikit-sikit nak i love you nak mmmuah mmmuahh bagai. orang laki ni pantang. pantang terlebih curah kasih sayang. nanti dia tak appreciate you....::


selepas kahwin, harus diakui memang lah kaum egg ni memang ego (egg lah ek. pakai telur tu rasa cam kesian plak. ekeke). uncle d memang dari kawan lagi aku tau jenis tak nak kalah. dalam intonasi suara yang mendatar je pun. tapi tetap nak menang. siyes. dia memang suka pusing fakta. cakap lah pape pun, nak jugakkkkk menang. kadang naik menyampah aku. awal-awal dulu selalu gak aku melawan. dah lama camni. lantak ko ler. ko nak menang sangat kan?
ambikk....
ambikkkkkk......
agagagagaga






4)  Lelaki Lebih SUKA Mengawal..?



Dalam perkahwinan kami (nak muntah le pulak ayat gini..haha), tak tau lah sape yang kena dengar cakap sape. hahahaha. aku rasa, macam uncle d yang suka kontrol nih. contoh, company suh aku gi training baru-baru ni, dia yang over-over tak bagi. baru bagitau, dah buat muka dah. tapi bangga cakap yang dia tu open minded person (belanja muka terkejut sikit).
sama lah jugak bila bab ajak berjalan.
masa baru-baru kahwin, dia dah siap-siap plan.
dah ada anak ni, baru lah dengar sikit kehendak daku ni. tsk tsk.
nak ikutkan, dulu aku selalu gak sentap ngan uncle d.
tak mo citer lah. nanti mak sedih noks. mak dah kertu ni, memang sedih sokmo. T_T

taaaapi, kalau bab rumah, aku yang kontrol. bwahahahahaha.
tak kisah lah segi apa pun, memang aku.
cara kemas, letak barang, kaler cat, hias rumah...suma aku.
ekekekekeke





5) Cemburu


Sape lagi jealous? laki ke pompuan?
kalau aku laki bini, memang lah. memang uncle d. ekekeke
cemburu dia tu, cemburu yang ditunjuk tau.
masa kawan dulu, tak nampak plak penyakit dia yang satu ni.
lepas kahwin baru tau.
kadang aku menyampah gila dia punya jealous ni.
sebab aku rasa cam, eh... ko ni tak percaya kat aku ke hape? kang aku buat betul-betul kang.. haaaa
T_T
kerja aku ni, kadang kena gi attend complaint. kena audit tempat. kena check itu ini.
biasalah. kilang. memang kaum egg lagi banyak. pergi site, dengan supervisor. berdua.
dah jealous dah pakcik tua ni.
duk menyindir aku dalam diam.
selalu ingat ada laki minat kat bini dia.
aku pun tau level kecantikan aku ni tahap mana.
tak payah lah nak jeles-jeles sangat ah.
mak punya pinggang pas beranak ni pun dah lari banyak alignment dia noks.
tu tak termasuk 'aksesori' kat perut haaa.
bwahahahahahaha







6) Sabar


Perempuan, kalau bab jaga anak, memang lagi cool kot dari orang laki ni. tapi bab beli barang shopping, memang tak. aku mengaku bab yang ini.
kalau aku nak satu barang tuh, memang aku nak.
takde nak sabar-sabarkan hati ni.
laki aku tak. suka suh aku pikir, ujung taon, taon depan, diorang bagi diskaun lagi tuh.
no way man.
bwahahahhaha
sape setuju yang ni weh?
>_<












2 lelaki dalam hidup saya. yang kecik tu pun pandai jeles dah tuh. ahahahaha










orang cakap, kalau orang tu jodoh kita, muka dia ada iras muka kita.
ada iras ke weh?
aku tengok lebar je...
cam pinggan ha lebar nya.
agagagagagagagaggaa





psssttttt.........


cuba uncle d pakai tudung. ada rupa aku tak?
>_<


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)