Monday, April 20, 2015

#Jaga Anak# - 10 Resepi Makanan Untuk Bayi 10 bulan ke atas








Hi.
Rutin harian seorang ibu berkerjaya (kena cakap kerjaya baru rasa confident. ekekekeke)
4.45 pagi : Buat makanan anak, buat sarapan, masak lauk untuk husbengggg
Gila ko tak gigih.
Asal celik je bijik mata, ingat kena masak.
asal ingat  je kena masak, terus celik bijik mata. bwahahahahaha




Ok.
Hari ni tak nak merepek sangat.
mak nak ajar mempelbagaikan resepi untuk anak.
sebab mak pun selalu benorrrrr runsing nak bagi anak makan apa.




sejak uwais dah boleh makan, aku rasa aku dah buat banyak gak makanan untuk dia.
sampai dah boleh bajet da.
masa dia baru 6 bulan, first solid food untuk dia aku buatkan puri.
macam-macam gak ler.



now, dah 10 bulan lebih, aku buatkan bubur, kentang lecek, jemput-jemput pisang, cekodok ikan bilis.
anak bujang aku tu nampaknya memang jenis pemakan.
bagikan le apa pun, dia nganga je.
kalau sedap, dia datang mintak lagi.
kalo tak sedap, kau sua kan makan, dia mengelak T_T




1) Bubur Ikan Bilis/ Ikan/ Ayam

- Ada banyak cara nak masak bubur ni. kadang aku campak je semua : beras ( half blend), sayur cam carrot, brokoli. sawi, ikan bilis/ikan/ayam. rebusssssss.....buh garam sikit. setel.
- kadang aku asingkan. maknanya, beras dengan sayur aku rebus, ikan bilis/ikan/ayam aku goreng. pastu gaulkan aje. kalau yang ini, anak memangggg selera. dengan kita-kita sekali selera. ekekeke



2) Kentang lecek

- Ni menu mak pemalas namanya. atau nak manja sikit, mak tak tau nak masak apa nokkkssss.
- Biasanya aku rebus je kentang, pastu lenyekkan. garam pun tak letak. hahaha
- kadang, aku rebuskan kentang, dengan sayur brokoli, bubuh garam sikit. pastu lenyekkkk.




3) Kentang putar ala KFC

- Uwais memang suka makan ni. feveret haji kecik ni. so, aku pun google, camne nak buat kentang nih.
- resepi yang telah diadjust untuk anak : 1 bijik kentang (ni pun dah boleh dapat banyak. hahaha), susu full cream, butter, brokoli, kiub pati ayam, bawang jepun, sos tiram, tepung gandum sikit
- kentang tu rebus, blend dengan sikit susu and butter. gebu gila.
- nak buat sos dia, blend bawang dengan brokoli. masukkan butter, tumis kan bawang dengan brokoli yang da diblend, letak air, sos tiram, 1 sudu tepung gandum yang dibancuh dengan air. masak la ikut suka ko. nak pekat ke, nak cair ke. nak ikutkan, kena letak lada sulah, baru sedap sikit. tapi kesian pulak budak. takut pedas. ni resepi yang aku adjust sendiri untuk anak aku.
Sori la weh. asal aku buat je resepi ni, konfem lupa amik pic. hari tu aku sempat amik, taaaaaapi... versi dah basi. hikhok




4) Makaroni goreng 

- Rebus makaroni, toskan. Tumiskan minyak (nak ikutkan, bagus pakai olive oil. tapi rajin plak aku nak membeli banyak minyak. kahkah), bawang putih and bawang merah yang dah siap blend, masukkan isi ayam sikit, garam sikit, sayur brokoli sikit, ke sayur yang ko rasa ada kat dalam fridge, gaulkan dengan makaroni tadi. siappppp.....








5) Cucur ikan bilis/ Udang geragau

 - Haih. Ni tak reti ke?
- Kadang, aku buatkan jemput-jemput kentang. uwais makan gak. pernah dulu, aku campurkan kentang dengan sayur terung dipotong dadu, tapi dia tak berapa nak makan. malas dah aku nak buat camtu.




6) Puding kastard

- One of his feveret. first time buat, uwais memangggg suka makan. Resepi di sini ya!





7) Lempeng

- Yang ni pun tak reti ke? hahaha





8) Nasi lembik dan Sup ayam

- Nasik tu masak dengan lebih air. pastu lenyekkan time panas-panas. Sup ayam : 4 sekawan, ayam, air, garam. rebuskan aje. nak wangi, bubuh lah daun bawang ke daun sup.




9) Bubur Tauhu

-  Haaaa... ni pun kira cam bubur ikan bilis/ikan/ayam tadi laaah... just ko tambah tauhu. nak buat tauhu goreng pun boleh. jangan le ko bagi kat anak yang keras or kulit dia. bagi yang dalam tu. yang lembut-lembut. ecececehhhh





10) Nasi impit

- Kesukaan uwais. nak-nak lontong darat. aku duk johor ni baru lah tau menatang nya lontong darat. rupanya, nasi impit versi goreng. kalau tak, berkerut-kerut nak paham apakah kejadah itu. kahkahkah.








so, itu lah antara menu yang selalu aku bekalkan untuk uwais.
alah. budakkecik. makan banyak mana pun.
saja rajin masak sebab nak anak tu rasa air tangan mak dia.
aku bukan apa. rajin aku bubuh sayur dalam menu dia suoaya dah besar, makan je sayur.
tak choosy la omputih kata :p













No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)