Monday, March 9, 2015

# TIPS # - Persediaan Sebelum Berumahtangga




Hi.
sedar tak sedar dah lebih 2 tahun kahwin dengan uncle d.
manis masam pahit tawar erti perkahwinan tu dah rasa dah sorang sikit.
dekat tempat kerja, ada lah 2-3 orang yang akan melangsungkan perkahwinan. maknanya, dah tunang. tunggu ari untuk diijabkabul. ngehngeh
ada jugak yang sedang in relationship. sedang mengenal hati budi sebelum memutuskan sama ada ke fasa yang lebih serius.




jujur aku cakap, bila diorang tanya aku, "Kak Awin, best tak kahwin?"
"Kakkkkkk....aku takut la nak kahwin. takut tak mampu nak bangun pagi, nak layan makan minum laki..."
"Kak. ko tak cukup tido ek? malam tadi uwais meragam ke?"
T_T



Aku tak cakap kahwin tu besttttt sangat.
dan aku pun tak cakap, kahwin tu langsung tak best.
it depends on you. how you describe the word of best. amboih omputih nya.



ada banyak persediaan yang korang kena lengkapkan.
kursus kahwin yang makan 2 hari tu tak cukup sebenarnya.
masih lagi kena gali. aku yang dalam tempoh berkahwin ni pun still lagi menggali.




1) Ilmu agama

pernah dengar lagu ziana zeng tak? tak ingat tajuk dia apa. kalau mencari teman kot.

demi masa depanmu
Berhati-hati selalu
Kaji asal usulnya
Jangan sampai terpedaya


Dari kau bercinta-cinta
Baiklah berumah tangga
Kalau mencari teman
Janganlah memandang luaran
Cari yang beriman

ilmu agama ni yang paling penting. tapi, bukan semua orang lengkap habis. aku pun belum sempurna. dari bab aurat sampai lah ibadah yang sekecil-kecilnya. aku mengaku. tapi sebelum kahwin, kalau rasa solat tak sempurna, cubalah untuk sempurnakan. jangan sampai tak reti solat nak-nak lelaki. aku rasa, solat lah asas yang paling kukuh. kalau lelaki tu jaga solat, insha allah dia boleh jaga kita. 
masa berdating, tengok bakal pasangan kita tu, ada pergi solat tak?
contoh keluar dating kul 12. habis dating kul 6. ada tak dia singgah mana-mana nak solat zohor?
ke dia bantai langgar jer?
dan kalau kita sebagai perempuan, kot lah time tu uzur, ingatkan dia,"dah masuk zohor dah ni. tak  nak sembahyang ke? "
kenapa aku cakap solat tu penting?
sebab nanti bila kita ada anak, benda ni lah yang kita nak terap.
jangan anak kita nak hantar sekolah agama, sekolah pondok, tapi kita tak teragama, tak terpondok. 
rumah tangga sejuk kalau suami isteri jaga bab solat ni. insha allah. 


2)Terima pasangan se"ADA"nya pasangan

Masa berkawan dan masa berkahwin adalah 2 fasa yang berbeza. masa berkawan, kita tak nampak cara dia tidur, berak kencing flush ke tak, kat rumah korek telinga ke hidung ke. semua benda2 yang private sesangat ni tak nampak. tapi bila dah kahwin, haaaa.... baru terserlah.

bila dah kahwin, takkan kau nak bercerai hanya sebab dia tidur jenis berdengkur sampai tiang rumah bergoyang?
takkan nak bercerai sebab pasangan jenis korek hidung pastu calit kat dinding? (yang ni memang aku sekeh kalo buat.kahkah)
takkan nak bercerai bila pasangan kau kalau basuh tangan tak reti nak lap kat towel tapi lagi sukaaaa lap kat langsir ko?
benda-benda kecik ni adalah benda yang boleh buat pasangan naik angin.
so, list kan apa yang ko dan pasangan tak suka.
kalau list tak boleh, bagitau.
jadik, jangan buat apa yang pasangan tak suka.
buat apa yang pasangan suka.


tapi kalau jenis bangsa dah cakap, dah bagitau, tapi tetap buat. sila lah redho pastu. kahkah


3) Bijak Berkomunikasi

why aku cakap kena bijak berkomunikasi?
tak payah pikir lah kena bijak berkomunikasi dengan orang luar.
yang penting sesama pasangan.
ALLAH tu Maha Adil. biasanya kalau sorang tu pendiam, pasangan dia becok gila 24 jam tak berhenti bercakap.
kalau sorang tak reti bab kaler, sorang lagi terlebey-lebey plak terror dia. tu macam aku laki bini jer.agagagagaa
biasanya memang gitu. complete each other. T_T

jadi, kalau sebelum kahwin dah ada masalah komunikasi, kena cepat2 setelkan.
bila dah kahwin, laaagi kena setel. sebab macam tak best bila balik rumah, still in gaduh mode. haha
jangan simpan masalah, beban sendiri.
bila ada masalah, kena bagitau, luah pada pasangan.
ada orang yang jenis alert bila pasangan bad mood, bengang, stress. ada yang jenis "eh. iye ke? nampak ok je." ada okehhhh. ada. contoh terdekat, laki aku. wakakakaka
so, ko kena bagitau. cerita.




4) Kewangan

bab ni adalah bab yang paling penting.
zaman sekarang, macam payahhhh sangat kalau sorang saja yang bekerja.
maka kaum ibu pun kena sama-sama membantu.
tapi ini tak bermakna tanggungjawab tu terletak di bahu orang perempuan.


bila masuk bab kewangan, pasangan kena saling memberitahu. saling mengingatkan.
kena saling berkongsi.
jangan lah terlampau berkira. dan jangan pulak tak berkira langsung.
sebab tu aku cakap, kena saling mengingatkan.



contoh, aku laki bini.
suka jadikan diri sendiri sebagai contoh.
kang pakai contoh orang lain, kena bagi nama samaran. wahahaha
untuk bil api air astro, aku bayar.
ada yang persoalkan. "eh. ko bayar awin? kalau I, laki I yang bayar. semua dia bayar."
Ok. kau lain, aku lain. cuma kita dan pasangan saja yang tau kewangan masing-masing.
aku tau berapa gaji laki aku lepas potong duit rumah, duit itu ini.
orang lain tau? tak kan.
jadik aku takde masalah nak bayar apa yang aku boleh tolong.
tapi tu tak bermakna laki aku  lepas tangan. dia tau tanggungjawab dia.



bila setiap bulan kita buat benda yang sama, dari bulan jadik tahun, benda tu mungkin akan dirasa sebagai tanggungjawab. contohnya, kalau aku sorang je yang bayar bil2 ni tadi, lepas tu laki aku rasa ni tanggungjawab aku, dan dia buat bodoh even gaji dia dah naik dan dia boleh cover benda yang sewajarnya dia cover. sebagai isteri, aku akan ingatkan.
sebab tu aku cakap, kena saling mengingatkan.



aku orang yang jenis suka berkawan. suka bertanya. tak tau, tanya. tak tau, tanya.
jadik aku kutip tiap-tiap pengalaman kawan yang share dengan aku bab-bab kahwin ni.
ada  kawan yang share dengan aku dia pernah nak bercerai dengan hasben dia hanya sebab hal kewangan ni tadi. laki dia anak sulung. adik beradik dalam 6 orang. semua masih belajar lagi. hasben dia bayar duit kereta (kereta laki dia lah kan?) taaaapi dia laki bini gi kerja naik motor. so, kawan aku rasa cam benganggg sangat. pada dia, buat apa laki dia  bayar walhal laki dia tak pakai?kan membazir? lagi baik duit dia bayar tu beli pampers susu anak.

 lepas tu, kawan aku ni tak biasa dengan lifestyle family hasben dia. dia tak biasa tidur beramai-ramai dengan adik beradik hasben dia. yelah. rumah orang tu tak besar mana.  dia sangat tak selesa. setiap hari dia gaduh. tapi laki dia seorang yang penyabar. aku sendiri masa dengar dia citer, aku rasa nak sekeh je kepala kawan aku. hahaha.


sampai satu tahap, diorang bergaduh dan dia memang rasa nak bercerai je dengan laki dia. tapi hasben dia bagi tazkirah sikit. hasben dia sayangkan dia. sayangkan anak yang baru lahir. jadik kawan aku realized yang dia tak boleh dapat semua benda dalam satu masa. walaupun hasben dia banyak tanggung family sendiri, sampai dia pulak yang kena cover bayar itu ini yang mana tu semua tanggungjawab laki dia, tapi dia murah rezeki dalam bentuk lain. contoh, adik-adik ipar dia tak pernah berkira dengan dia, sangat respek dia sebagai kakak ipar. mak mertua dia, adik ipar tak kisah bila kena jaga anak-anak kawan aku ni tadi. dia nampak ada hikmah nya. lama-lama, dia boleh sesuaikan diri dengan cara hidup family hasben, sesuaikan hal kewangan dia laki bini.


macam aku cakap lah. bila masuk bab duit, asal kau laki bini tau kedudukan duit memasing, tu dah ok.
orang luar tak perlu masuk campur termasuklah keluarga sendiri, mertua, apetahlagi jiran-jiran. kihkih




5) Hormat Keluarga Pasangan

Bila kahwin, kau bukan kahwin dengan pasangan saja. kau kena kahwin dengan family pasangan tadi.
bukan senang nak sesuaikan diri. macam kes kawan aku kat atas tadi, dia tak selesa dengan family hasben dia. untuk sesuaikan diri, memang memakan masa. tapi kalau dah kawin sampai setahun dua, takkan tak boleh nak adapt dengan family pasangan?

ada orang yang kalau balik rumah pasangan, tak selesa, dia memberontak.
ada orang, dia boleh control.
masa kawan aku citer yang dia tak selesa dengan family hasben dia masa baru-baru kahwin, aku sempat tanya, "kau ada tanya hasben ko tak?"
"tanya apa?"
"tanya lah. tanya hasben ko, dia selesa tak duduk dengan family kau?"
kawan aku terdiam.



kadang kita nak cakap yang kita tak selesa duduk rumah pasangan kita, tapi kita tahu tak pasangan kita tu, selesa tak selesa duduk di rumah keluarga kita?
selalu bukak minda kita untuk letak situasi tu di tempat pasangan.


kadang sebagai manusia, kita selalu nak diri kita je selesa.
pernah tak kita pikir duit orang mungkin tak sebanyak duit kita?
rumah orang mungkin tak sesedap rumah kita?
apa yang tuan rumah sediakan, kita berterima kasih.
selesa tak selesa, sedap tak sedap, cakap je dalam hati.
Nabi sendiri kalau makan, rasa tak sedap, tinggalkan. tak cakap apa pun.



so, if pasangan kau tak selesa ada di rumah family kau, bagi dia masa.
tengok reaksi dia. mungkin sebulan dua.
tapi kalau dah setahun, dua tahun, tetap buat muka taik bila balik rumah parents kau,
tetap perangai cilaka bila berdepan dengan mak bapak kau,
jangan balas.
jangan buat apa yang pasangan kau buat.
sebab tu akan mengeruhkan lagi keadaan.
akan memburukkan lagi hubungan suami isteri.
guna kaedah psikologi.
luah perasaan emosi laki bini tadi.
ingat balik momen manis bercinta, ingat balik kebaikan pasangan, dan berbincang.
takkan lah takde satu pun kebaikan pasangan kita.
kalau semuanya buruk, kenapa pilih mereka?
betul tak?




suka aku nak pesan pada korang yang belum berkahwin, bakal berkahwin,nanti-nanti bila dah kahwin,
belajar-belajar respek family pasangan, adik beradik pasangan.
walau macam mana tak suka, tak selesa, jangan tunjuk.
ingat kata aku yang satu ni, bila kita masuk dalam family pasangan, kita bukan saja bawak nama kita,
tapi kita bawak nama mak dan ayah kita.
kalau buruk perangai kita, percayalah, orang akan bagi tanggapan yang buruk pada didikan mak ayah kita.
padahal mak bapak kita kemain membangga diri yang kita ni lah terbaik.
coiiii sangat khennnn!




memang sukar nak bina keserasian dengan orang luar yang eh eh tetiba dah jadik satu family.
bukan tak boleh, boleh. cuma ada liku-liku dia.
perlu banyak kesabaran.
tak bermakna bila kau dah jadik menantu, kau kena sayang mak bapak pasangan macam mana kau sayang mak bapak kau dan-dan tu jugak.
kan kena take time.
kena perhati sama ada cara kau sesuai atau tak dengan family pasangan.
mustahil lah kau nak baring sebelah menyebelah mak mertua dan peluk dia sambil raba breast bontot dia sama macam kau buat dekat mak kau. bukan semua orang boleh terima macam tu.
mau ada dia ketuk kepala kau dengan penyapu. kahkah
kena belajar perhati, take action.
yang penting,
sabar.
sabar.
sabar.




kesimpulan yang aku dapat dari berkahwin kira-kira 2 tahun lebih ni ialah SABAR.
bina kesabaran. kiranya kesabaran aku dah diupgrade jugak lah compare dari zaman bujang dulu.bwahahahahaha




6) Belajar Menerima Tanggungjawab Baru

Bila dah kahwin, kita tak boleh nak ikut cara hidup zaman bujang. Jadik, kena ada persiapan mental yang tinggi sebab ada jugak pasangan dia yang terbawak-bawak zaman kebujangan itu hingga ke alam rumahtangga. ada hati yang kita kena jaga.

kalau dulu suka gila dengan aksesori kereta, takkan dah kahwin still lagi nak buat benda yang sama?
ada kawan aku yang memang nasib dia diuji dengan hasben perangai gini. as a wife, dia sangat penyabar.
mungkin tahap penat dah bercakap. kata kawan aku, "lantak dia lah nak buat apa dengan kereta tu. aku tau, duit pampers - susu -  belanja dapur cukup."


uncle d, gila game. dia memang boleh mengadap game sampai lewat pagi, sampai mata merah.
awal-awal kahwin, aku memang tak boleh terima. pernah gak try main game sama dia. siyes tak boleh masuk. jadik, lantak dia lah nak main game asal tak abai tanggungjawab. jangan uwais melalak, dia still main game. tu konfem aku balingkan menatang tu kat luar. agagagaga


so, bila dah kahwin, kita kena ubah beberapa perkara, hobi atau apa saja sesuai dengan persekitaran yang baru ni. kalau dulu kita jaga diri sendiri, sekarang kena jaga pasangan.
apa yang aku tengok, masih ada lagi pasangan (ada tu lebih 10 tahun okeyhhhh!) yang buat bodoh walhal wife dia terkangkang-kangkang buat kerja rumah. mintak tolong suami pun payah. kena mogok, baru jalan.
masih lagi ada.


dan tiba tiba terpikir, adakah kursus kahwin kena dipertingkatkan lagi mutunya?
khas untuk bagi kesedaran  nak-nak pada kaum Adam ni?









p/s :  btw, thanks uncle d for having me in your life :)
       


























No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)