Wednesday, March 4, 2015

#Renovation Rumah # - Tips Mengubahsuai Dapur Anda




Kemain nak bagi tips kat orang.
macam dapur kau grand sangat. kahkahkah.


Takde lah.
aku suka je nak share ngan orang.
share kat dalam blog sendiri. bila bosan-bosan, baca balik, teringat kisah ni. haha
takde sebab nak menunjuk ke hape. rumah orang lagi besar. dapur orang lagi besar.
aku laki bini orang biasa-biasa je. simple je.



ok. sebelum aku dengan uncle d plan nak renovate, kitorang selalu gak berbincang.
tapi macam biasa. dengan laki aku, kena buat draft, bawak kertas kosong, bawak pen nak lukis-lukis.
sambil tunjuk idea, kena gak bincang bajet.
laki aku bab duit, memanggggg laju. berapa kena tambah? ada duit tak?
hampeh kan? kedekut dengan bini, gaji tak naik tau bang!!!!
tapi tu la orang kata laki bini.
kena sepakat. baru menjadi. ececehhhh




uncle d, bab duit, bab bajet.
aku bab curah idea, curah warna, curah deko, curah duit gak -_- (jangan jadik aku, suma benda kena curah. bwahahahahahahahaha)
untuk bahagian dapur, since  plan untuk tembok and buat dapur basah tak jadik dan aku gantikan dengan buang tembok asal, extend terus dalam 4 kaki, dan teruih buat dapur. takde dapur basah, takde dapur kering. tu je la dapurnya.




aku suka design sekarang. tak payah nak meja makan. terus buat table top yang ala-ala kaunter bar.
tapi aku tak suka plak kitchen cabinet yang pasang siap gitu. mesti nak konkrit. takpe. tanam terus, biar tak gerak. kahkahkah.
maka, aku harus gigih mencari design yang buat aku puas hati.
nak renovate, banyak benda kena tengok. kena teliti.
jangan orang buat gini, kita pun ikut gak. walhal poket tak cukup nafas.
takpun, orang buat style gitu gini, kita pun bantai gak.
pastu, menyesal sebab ikut orang.
T_T


Apa yang WAJIB kita teliti sebelum renovate dapur?


1) Keluasan Dapur


aku sangattttt jeles dengan orang yang ada rumah besar dan dapur diorang besar tahap gaban. mak jeles tau noks. mak nak gak dapur besaq gitu. senang tak payah mak nak berlaga-laga buntut. kihkih. korang kena tengok berapa luas dapur. macam aku, memang tak besar mana. maka memang kena perah otak untuk susun. tang mana nak letak peti ais, nak letak sinki, dapur. hmmmmm



2) Pelan Dapur/ Susun Atur Dapur


ada macam-macam pelan. pilih yang mana korang rasa sesuai dengan rumah korang.  Ni ada yang aku gugel-gugel. ngengeh. nah, tepek sat!


Susun Atur Dapur Jalur Tunggal (Single Line Kitchen Layout)


Susun Atur Dapur Jalur Tunggal (Single Line Kitchen Layout)

Susun atur dapur jalur tunggal meletakan zon kerja segitiga dapur di satu garisan. Susun atur ini sesuai untuk ruangan dapur yang terhad.

 

Susun Atur Dapur Berbentuk L (L-Shaped Kitchen Layout)


Susun Atur Dapur Berbentuk L

Susun Atur Dapur Berbentuk L (L-Shaped Kitchen Layout) menggunakan dua belah dinding, susun atur ini sesuai untuk ruangan dapur yang sederhana, ia menggunakan ruangan dengan cekap. Susun atur berbentuk L adalah susun atur dapur yang paling banyak digunakan.

Susun Atur Dapur Berbentuk Selaris (Corridor/Galley Kitchen Layout)

Susun Atur Dapur Berbentuk Selaris (Galley Kitchen Layout)

Susun Atur Dapur Selaris (Galley/Corridor Kitchen Layout) menyusunkan kabinet dapur di dua garisan (dinding) dengan satu koridor ditengah. Susun atur dapur selaris meletakan zon kerja dapur berdepan satu sama lain, menyediakan ruangan yang mencukupi semasa memasak. Susun atur dapur selaris dapat membentuk zon kerja segitiga yang cekap.

Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout)


Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout)

Susun Atur Dapur Berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout) menyusun tiga zon kerja dapur di tiga dinding bersebelahan, ia mengagihkan zon kerja segitiga dapur ke tiga dinding yang berlainan, aliran tiga zon kerja dapur adalah lancar tanpa halangan. Susun atur dapur berbentuk U (U-Shaped Kitchen Layout) membolehkan ruangan yang mencukupi di dapur kita.

Susun Atur Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout)


Susun Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout)

Susun Atur Dapur Berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout) merupakan penambahan kabinet di susun atur dapur berbentuk U untuk menjadi dapur kita lebih tertutup. Ia dapat menambah kabinet atau ruang simpanan dengan susun atur dapur berbentuk G (G-Shaped Kitchen Layout) .

Susun Atur Dapur Dengan Pulau (Kitchen Layout with Island)


Susun Atur Dapur dengan Pulau (Kitchen Layout with Island)

"Pulau(Island)" merupakan kabinet dapur yang persendirian, sebagai satu "pulau" di dapur kita. "Pulau" dapat menambah ruangan pengyimpanan dan zon kerja. "Pulau" sesuai dengan susun atur dapur berbentuk L.



Aku pilih pelan G-shape. sebab lain dari yang lain. hahaha. mula-mula, ingat nak buat U-shape. rasa macam G-shape tu, tak lepas untuk dapur aku. rasa macam, lorhhhh. tak muat. lorhhhhh. dapur kecik. lorhhhhh, nak duit banyak beli rumah lagi besar. sob sob. bila aku borak dengan mak aku, dia suruh aku buat G-shape. dia ada tengok flyers yang design gini. aku cakap, mak rasa muat ke mak? orang memang berkenan style gini. tapi takut tak muat. takut sempit.









     (aku kengkonon nak wat lampu cam gini. tapi budak yang jual tu cakap kena adjust dia punya tapak lak. nak kena tunggu. malas aku kalo gitu)












ni memang cun gila aih. gerrraaammmm je tengok. menangis wak joe kalau aku suh buat camni. duit ciput, selera besar.bwahahahaha









bila mak aku cakap muat, aku terus walllahhhh. cun. terus lukis (dengan lukisan yang sangat huduh), tunjuk kat uncle D. untuk renovate jer, dah berapa kali aku mengadap dia. just nak tunjuk idea aku. aku nak ada stor, nak ada space letak mesin basuh. nak ada ofis sendiri (yang ni last-last letak kat bilik sendiri. hahaha. apa nak buat. rumah kos sederhana memang gini lah. nanti-nanti lah bila dah settle, baru leh up entry. gitteewwww).



uncle d pun bila ko tunjuk kat dia, dia akan tanya macam-macam. kalau boleh, tak nak sempit-sempit. nak lapang, nak teratur. nak bagi ruang anak-anak main. hek eleh. ngade kan. macam duit banyak benor, kan? ;p
aku puas pikir nak kasik teratur la bagai. kena consider gak apa yang dia nak. duit sama-sama keluar.
selepas beberapa kali lukis sana, lukis sini, maka kesimpulannya, bentuk dapur adalah G-shape.




gila babas lah aku punya lukisan. kahkahkah. sila redho yerk.


aku dah cakap kecik kan ruang nya?
thats why kena plan bebetul.
berdepan dengan dapur adalah ruang makan. dining room.
tapi, sebab aku nak buat dapur sekaliarung dengan meja makan, and meja makan kitorang aku plan nak jual, so ruang ni aku buat 2nd living hall.
tempat lepak anak beranak.
tempat uwais nak golek ikut suka ati dia.
tempat aku laki bini leh pakai seluar pendek, singlet seksi-seksi sambil sorang tunjuk perut moyoi (boroi), and sorang lagi tunjuk perut pecah sebab beranak. bwahahahahhahaha






so, 1st living hall memang ruang orang datang and duduk kat situ.
buat masa sekarang, memang takde bajet nak bubuh TV.
TV cap cembung memang aku letak kat 2nd living hall.
yang 1st ni, tunggu lah kot-kot ada bonus ujung taon lagi.
kot-kot lah aku sanggup korbankan cincin and gelang idaman hati.
kot lah kannnnnn.....
so, for the time being, 1st living hall cuma akan ada set sofa, meja kopi.
orang datang, just borak-borak, pastu bosan sebab takde TV, terus balik. kahkahkah




eh. dah sesat lak citer pasal living hall. tajuk kat atas pasal dapur.
ok. sambung balik pasal dapur.
sebab bajet ciput, ada gak la part-part yang aku rasa, kalaulahhhh ada duit lebih, leh buat design sekian-sekian. mozek pun tip top.
tapi, sebab rezeki aku pakai wak joe kontraktor terbaik lagi kreatif, (ayat tak boleh blah) dia guna jugak mozek yang asal.
nanti aku letak gambar ya.
senang sikit nak story mory..


3) Pencahayaan


Dapur kitorang pakai tingkap hat yang gedabaq punya. so, aku takde masalah pencahayaan.
konsep dapur sekarang ialah pakai hub + hood lah hape lah menatang nama nye. harap betul le ejaan ni.
tapi aku langsung tak minat.
sebab aku nak dapur aku nampak luas melapang.
jadik aku pasang absorber fan tu jer. kuikui.
lagipun, pe susah. agak2 bau kuat memasak, bukak je tingkap sikit. freshhhh gitu. hahaha




cukup lah tu 3 kriteria yang kena dititikberatkan.
yang lain, sila carik sendiri. malas dah aku nak menaip.





                                                    akhirnya...siap jugakkkkkkk T_T














          kalau korang yang ada duit, pakai lah tiles yang berkualiti. pakai MML brand (promote kilang sendiri.   kahkahkah) tapi ni bukan MML punya. ni Venus punya tiles. MML mahal. biasa ar. barang mahal, kualiti bagus. ehem ehem. sebab benda ni pun duk dalam, ada aku kisah dia punya kaler? T_T






       aiseh. tak sompek achik nak amik gambar yang baru aih. ni gambar pas pindah. semak mata sikit la tengok nya. HAHAHAHA




Kemas le sikit dapur aku. tak de dah duk dapur dengan sinki sebijik. tu pun sinki yang dah tinggal nyawa2 ikan jer. ni antara koleksi pinggan mangkuk yang ada. macam berminat nak tambah lagi. hikhikhik



owh...pintu aku pakai Idrus. sapa2 area kluang nak buat pintu kabinet, boleh call dia. muka ala-ala boypreng nelydia senrose. bekas pakwe yuna. kihkihkih. ni no dia idrus (016-7468589). servis pun bagus. dia siap-siap kira depan aku hari yang sama. aku request cermin dan pintu (nak tunjuk, malas nak amik gambar lagi). mintak para, drawer, pasnag aluminium siap, dish rack tak boleh sebab table top aku sebenarnya tak sampai 2 kaki. maklum ler. ruang kecik. hoho.  so total rm 2100. ok sangat harga dia. sebab dah panggil orang lain, semua harga di luar bajet ku. ikut bajet, rm 2500. so balance rm400 ingat nak beli karpet bulu-bulu. boleh letak kat living hall. hampeh. dah aku guna beli meja study. poittt!
maka karpet kena tunggu sampai ada duit. tsk tsk.



tu je lah cite pasal renovate dapur. ada banyak la benda yang kau kena consider.
bukan hentam keromo.
tapi pada aku. asal ada duit, jalan.
takda duit, mulut tutup.
hahahahahahaha





























6 comments:

  1. Simple je...bape total bajet utk dapur mcm ni sis?anggaran jela...nk tau sbb nk tgk bajet jugak.huhu....tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtau nak cakap la dik.table top tu tgk bpe kaki. Rasanya dalam 5-6 k gak utk kabinet dapur gini...

      Delete
  2. Salam sis tumpang tanya, berapa jumlah utk renovate dapur G shape ni. Anggaran lah, huhu, saya ngah survey jgak

    ReplyDelete
    Replies
    1. almost 20k including change tiles kat dapur, extend sikit...

      Delete
  3. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete
  4. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)