Monday, March 16, 2015

# MAJLIS # - Tips Persediaan Membuat Kenduri Di Rumah




Hi T_T
Bercakap pasal masuk rumah baru, ramai tanya, bila nak buat housewarming?
Bila jumpa uwais yang botak tuh, ramai jugak yang menegur, dah buat cukur jambul ya?
maka.
ini lah masanya.
buat kenduri sekaliarung.
jimat bajet. HAHAHAHA





kalau ikutkan hati, nak jimat bajet lagi, terus tulis kat situ, open house for raya too. BWAHAHAHAHAHA






HAHAHAHA. kantoi. plastik sampah kalau takde kat rumah, amik je kilang punya. ishh ishh ishhhhhh.
tapi last-last aku beli jer. rasa bersalah plak kalo pakai kilang punya. kihkih



aku memang suka tulis punya orang.
nak-nak lagi if melibatkan bajet, orang.
konfem aku akan tulis.



untuk kenduri kali ni, plan asal ialah bajet makan untuk 150 orang.
sebab masa aku called ustaz jupri, orang masjid dalam 80 orang.
thats why aku planned bajet cenggitu.
tup tup, dia called cakap dalam 60 orang.
so aku turunkan sikit bajet makan. kof kof kof.




kambing aqiqah yang kitorang mampu cuma sekor je.
so, aku mintak masak beriyani.
kot mampu 2 ekor, sekor aku buat kambing golek. gitteewwwww
takpe lah. ada rezeki nanti, kitorang buat la lagi sekor.
takpun tumbangkan lembu ker.... nanti-nanti lah.
kalau sekarang, ko suruh gak aqiqah 2 ekor, memang tinggal spenda ngan bra je lah jawabnya nanti.
mengigau seram lak nanti korang tengok. agagagagagagaga



so, sebab bukan semua orang makan kambing, kena standby ayam.
tu yang aku mintak untuk 130 orang punya makan.
harap cukup. INSYA ALLAH.




untuk kuih muih pencuci mulut, mula-mula aku ingat memang nak la order kuih sejenis dua.
tapi bila pikir yang majlis lepas isya', laku ke nanti kuih tu?
so, better order kek coklat dan beli je buah tembikai 3 bijik.
kuih? tengok la kalo ada bajet lebih.
hmmm....
last-last, kuih mokteh bawak.
buah tembikai? haram jadah lupa nak beli. bwahahahaha
agar-agar aku buat pulak, lembik sikit.
so kena adjust balik la resepi...T_T
dah la air oren, agar-agar pulak kaler kuning.
langsung tak meriah kaler nya. kahkah





dah jadik trend untuk bagi goodies bag kan?
tapi aku bagi untuk orang masjid jer la.
huhuhu
aku buat 100 beg.












DIY paper bag... bwahahahhaha
plan asal, nak print je kat atas paper bag tuh.
tapi printer buat hal.
so, aku print and tampal.
dah  jadik 1 keja pulak  pagi sabtu duk menepek semua nya.
nasib baik 100. kalau 1000, memang hangus kering aku.
nak bagi cenggitu jer, takut buruk bebenor.
buat-buat jugak lah. asal cun sikit. kahkah







maka, konklusinya, untuk buat majlis, ada beberapa  persediaan.

1) Bajet - Please ikut bajet. jangan overbudget.
2) Jemputan - Dah tau bajet, baru leh agak2 jemputan berapa ramai.
3) Tempat - kalau rumah cam kecik, korang kena stadby gak duit untuk khemah. tsk tsk. part ni, aku    serahkan kat laki aku.
4) Doorgift - Ikut bajet gak. DIY pun okey. bukan payah benor pun.
5) Barang-barang remeh temeh cam plastik sampah, plastik bungkus makanan (kot la ada lauk lebih, leh bungkus), sudu garpu, pinggan mangkuk polistrene, tisu...hmmmmm, banyak gak la. ni yang kecik-kecik ni pun makan duit gak. HAHAHA




malam 14 mac tu, alhamdulillah ramai yang datang.
lega gak la majlis berjalan lancar.
iye-iye pakai biru 1 tema.
last-last lupa amik gambar sebab busy. cis.
gambar makanan pun lupa nak snap, apetah lagi gambar orang.
sedeyyyyy
gambar uwais pakai baju melayu pun lupa amik.
uwaaaaaaaaaaa




so, lepas ni, aku ngan uncle d lebih okey kot kalau ada buat kenduri or open house ke eh eh eh nanti.
takde lah dua-dua nervous cam nak menyambut menantu. AGAGAGAGAGAGA












1 comment:

  1. betul betul..beberapa persediaan untuk buat majlis..bunga setuju

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)