Saturday, March 21, 2015

Kerja dan Tahap Stress.





Hi.
Hari ni nak cakap pasal kerja, pasal sikap, pasal mentaliti kita semua.
termasuk aku sekali.



diam tak diam, aku dah kerja almost 2 years dengan kilang ni.
tak sangka aku boleh tahan *nangis dalam hati*


aku kerja swasta, uncle d gomen. situasi kitorang tak sama. tapi selalu jugak aku share dengan dia.
kalau korang nak tau, dalam kilang ni, ada macam-macam jawatan.
dari operator, sampailah manager, top management.



dulu, aku ni kalau orang sebut kerja kilang, contoh kilang batu bata, konpem aku pikir kerja orang tu angkat batu bata berkilo-kilo. tu kira orait kalau angkat. dalam pikiran aku yang serba canggih ni, ada gak imej orang yang kena tepek bahan kat dalam bekas beratus-ratus untuk membentuk batu bata pastu jemur bawah matahari.
siyes bongoks nya aku ni dulu. ekekeke



tapi, bila dah kerja. owhhhhh...begini.
owhhhhhh...camtu.
tak sangka ada macam-macam job scope.
bila dah ada macam-macam job scope, fi'il orang pun macam-macam gak la.



sebelum ni, aku QA yang more to do analysis.
tapi sekarang, macam-macam nak kena buat.
dari analysis, jaga production, ISO,customer complaint, jaga budak bawah, tu tak termasuk kalau bos yang tetiba
"Dear Azwin....please refer below email. compile all the data etc"
"For your action..."
aku tak kisah lagi. memang la gaji aku pun tak berapa.
tapi alhamdulillah masih cukup bayar hutang sikit, bagi mak ayah sikit, tolong hasben sikit...
alhamdulillah sangat-sangat.




terus terang aku cakap, aku tak pernah kisah naik pangkat.
sebab aku tau, ada yang kerja da 15 taon baruuuuuu naik level.
lagipun atas aku ada manager bagai. entah berapa taon pulak nak tunggu aku naik pangkat hoih.
sampai berlipat-lipat lomak  agak eh tak dapek nak naik.
naik gaji?
hmmm..adalah kisah sikit
 *jujur ni wehhh.kakakaka*
kalau dinaikkan, syukur.
tak naik pun tak apa. janji gaji aku jangan diturunkan.
agagagagagaga



baru-baru ni, department aku dapat sorang lagi exec. perempuan.
budak nya ok jer.
tapi dia tak boleh tahan job scope dia.
memang kerja dia kena banyak travel.
dulu bos aku pun ada tanya.
tapi aku pikir panjang.
kalau aku bujang, aku on je. gila kau tak nak.
flight free makan minum hotel semua company tanggung. ko tinggal bawak badan sekeping gi buat kerja sambil jenjalan.
tapi aku ni dah kahwin. da la dah kahwin, ada anak kecik pulak.
macam susah sikit lah.
takkan tiap kali kena travel, nak hantar anak kat umah babysitter?
lagipun, uwais tak pernah tidur malam tanpa aku.
tsk tsk.
tak tau pe jadik kalau aku tinggalkan dengan orang tua tu.
nak suruh uncle d jaga?
hmmmmm.... mau 3 hari 2 malam kawan tu tak merokok, tak berak, tak makan minum menengok uwais.
pastu suh bancuh susu, sampai susu jadik cair tawar abis kalau dia yang disuruh mengasuh.
last option u olls.
maka,
ku korban kan flight free dan hotel selesa demi mu nak. tsk tsk tsk. pasni claim kat ayah mu yerk. kahkahkah




eh. berbalik pada topik asal. aku kalau menaip, memang banyak ke laut. haremmmmmm.....
so, si kawan tadi ni tak larat. dia ok kalau kena travel pastu balik buat report.
tapi dia tak tahan bila kena masuk production, buat inspection.
ye la. ni kilang mozek kot.
ada pulak production ber aircond.
panas wokeh.
aku pun kalau masuk gi sana sini, wajib ketiak basah. tu yang orang nampak.
tang orang tak nampak. cam kat celah peha besor ni haa.
ko ingat tak berlendir kalau masuk production?



jadik kawan aku ni dah berbelah bagi.
sempat gi interview company lain.
dia course hr. tetiba masuk dpeartment qa. kan dah lain da?
company yang interview dia pun bukan calang-calang company.
lagi lama dari kilang aku ni haaa.
so, gaji memang meletop dari kilang aku bagi.
annual leave 12 hari compare dengan sini, 20 hari.




pada aku, biasa lah. memang ada pro and cons dia.
kilang besar, politik dia lagi besar. apa maksud politik kat sini?
maksud aku, lagi banyak kaki kipas, kaki story, kaki khianat, kaki tikam belakang depan buntut anu semua ada.
kalau kau kerja yang company nya kecik sikit, maka kurang lah sikit politik dia.
macam department aku, ada yang jenis kalau boleh, semua kerja dia nak buat.
jangan kacau job scope dia. dia kacau job scope kau takpe.
kenapa perangai cam %^&*# gini?
sebab dia nak tunjuk kat bos2 yang kalau dia takde, orang tak boleh buat kerja, susah.
ada weh yang camni. ada.
kalau ikut hati yang marah ni, memang bagi kan jugak penumbuk sebijik dua *amboih*



tu satu. politik.
dua. annual leave. cuti tahunan.
kalau kat kilang aku, sabtu mesti half day. ni biasa management level lah.
ada gak company, dia buat alternate.
so, tempat yang kawan pergi interview tu kira ok lah dia bagi annual leave 12 hari.
since ada alternate bila hari sabtu.
ni department aku, bos 2 orang je yang buat alternate.
kira macam kepaskan diri sendiri je.
apa salah panggil semua staf ko, jom bergilir-gilir cuti hari sabtu?
habis ko je ke yang ada family?
staf ko tak beranak?
staf ko takde laki? takde bini?
siyes susah nak cakap.
nak sembur dalam meeting, nanti kata kita ni kuang ajaqqqqq....



tiga. skop kerja.
aku punya perangai, tak suka kacau skop kerja orang.
dan orang pun kena tau. yang aku paling pantang orang kacau skop kerja aku.
baru-baru ni ada meeting.
ceh. kemain mentioned kata aku punya skop sekian sekian.
bos yang sorang ni macam takde kerja.
dia amik part aku.
haram jadah tak cc kat dalam email.
lepas tu, aku yang sengal ni pun beria-ia suh supervisor retrieve balance stock, buat inspection.
sekali tu agaknya allah nak tunjukkan. kebetulan aku nak kena jumpa bos tu sebab kerja (ni dia yang suh aku buat kerja dia ni. amik kerja menimbun-nimbun. pastu separuh jalan dia suh kita pulak yang menghabiskan), aku ternampak and terbaca email dia.
lah. dia dah suruh supervisor kesayangan dia buat inspection.
pastu sempat pulak kata kat aku,"awak lambat sangat."
%^&*#$%^
kau yang gatal nak handle kan?
apa salah kau masukkan aku dalam loop email tuh?
aku rasa macam nak mencarut kat situ jugak. tapi bila pikir yang aku ni ada perasaan respect kat dia, aku pendamkan gak lah.
disebabkan aku nampak yang perangai dia dan sorang lagi supervisor aku ni cam haram jadah, aku buat satu buku. apa saja problem yang aku handle, aku akan tulis.
sebab aku tau diorang akan kenakan aku bila-bila masa je time meeting.
so, ni sebagai back up.
benda ni jugak lah yang aku ajar exec baru.
takde sebab aku nak sorok ilmu.
memang fresh grad kalau tak boleh tahan, lama dah resign.




aku selalu cakap kat uncle d, aku tahan dengan kerja ni, dengan perangai orang macam ni,
sebab komitmen aku pada dia dan uwais.
kalau aku sorang jer, dah lama dah aku angkat kaki.
tapi sebelum aku blah tu, aku memang nak bagi penumbuk dulu. agagagagagaga



hmm...
sebenarnya, lagi besar tempat kerja kau, lagi besar lah masalah yang kau kena hadap.
yes. memang gaji pun alhamdulillah. tapi orang tak tau beban yang kau kena pikul.
aku boleh tahan kerja. tapi
paaaaaaaling yang tak tahan adalah menghadap sikap manusia cenggini.
yang hari-hari aku akan duduk termenung pikir,
pe laaa yang jadik ari ni?
pe laaa yang si polan si polan ni nak buat kat aku ni?
hari-hari kena berhati-hati sebab jenis yang tikam belakang.
depan bos kemain jadik batu api.




sejak aku masuk kerja sini, aku rasa personaliti aku pun berubah sikit.
dulu, aku selalu buat derk je kalau jumpa orang talam dua muka ni.
tapi sekarang, aku dah takde lembut hati.
sekali aku bagi, aku bagi terus sampai habis.
maknanya, jangan pijak kepala aku.
kalau dulu aku suka cakap berlapik, kali ni tak,
direct sound.
"aku cakap sekali jer. nak tikam, tikam depan-depan. orang takde anu je yang suka jadik lalang."
ambik setepek.
tu kira ok aku pakai perkataan anu.
kalau ikutkan hati, aku nak cakap telur je.
kahkahkah




memang aku terpaksa jadik kasar.
sebab diorang pun main kasar dengan aku.
buli aku sebab aku perempuan.
macam awek, bini masing-masing bukan perempuan.
aku selalu mengadu dengan uncle d.
kadang aku tengok mula laki aku ketat gak.
asal balik jer mengadu pasal tempat kerja.ekekekekeke
harap laki aku bertabah lah.
dia pun selalu gak mengadu pasal sekolah. sampai naik menanah telinga aku. agagagaga





p/s : tengah tunggu laki kumpul duit beli kilang ni. leh jadik top management. duit berkepuk-kepuk. bwahahahaha






























No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)