Friday, February 6, 2015

# Kaunselor Tak Berbayar # - Boyfriend OK, Family Boyfriend TAK OK





Hi
T_T
Macam biasa, aku selalu jadik kaunselor (kadang-kadang konsultan) yang tak berbayar apatahlagi bergaji. ngeeeee



kisah sorang kawan, chinese ya. dia datang meluah perasaan tentang kisah cinta dia. amboih ayat.
dah lama kenal dengan boyfriend since high school lagi. almost 9 years berkawan. now boyfriend kerja di singapore. every weekend akan jumpa.



"Mak dia tak suka I lah. 9 tahun lepas, mak dia pernah jumpa mak I and cakap, boleh tak u suruh anak perempuan u jangan selalu keluar dengan anak I? And now, after 9 years, still tak suka I. ayah dia pernah masuk hospital. I yang hari-hari bawak mak dia pergi hospital. at that time, mak dia layan I baik sikit lah. My boyfriend pulak awal-awal dah cakap, lepas kahwin, kena stay together dekat rumah mak dia. dia cuma 2 beradik saja. abang n kakak ipar sudah duduk di klang. so, can u imagine awin, if I duduk dengan mak dia, ofcoz I yang kena buat semua kerja, betul tak? I terus terang dengan u lah. every time I pergi rumah dia, mak dia mesti akan hentam sama I. paling teruk, dia siap tanya boyfriend I, siapa bayar bila u dua keluar makan? boyfriend I cakap, dia lah. sebab lelaki. sejak tu, dia punya mak, mesti akan check wallet boyfriend I. tengok berapa duit ada dalam. aiyooooo....I takut betul mau kahwin...."




aku ingatkan orang melayu je ada drama-drama gini.
rupa orang cina pun ada. he he he.
aku tak tau nak cakap apa.
nak suruh putus, dia sayang kat boyfriend dia.
nak suruh tackle mak boyfriend, aku rasa orang tua tu jenis yang kalau tak suka, tak suka memanjang. so, what for nak amik hati bagai ye tak?





aku cuma boleh cakap, ur future is in ur hand.
belum kahwin lagi, mak boyfriend dah tunjuk belang.
kalau dah kahwin, macam mana?
lagi kena duduk satu rumah, mampuih.
part kerja rumah tu satu hal lah.
yang dia suka stalk aktiviti, duit anak dia, apa kes?
kalau dah kahwin, duduk satu rumah, dengan dia-dia sekali kena stalk.
nanti mesti mak boyfriend pun nak control dia.
confirm punyaaaa.... *matiklah noks*





dia tanya aku, kalau aku kat tempat dia, apa aku akan buat?
ok. KALAU ya...KALAU..... *takdenye kalau2 nih.haha*
kalau aku, aku akan berdepan dengan boypren, cakap yang aku ada problem dengan family dia.
belum kahwin dah buat macam ni, lagi lepas kahwin.
kau nak kahwin dengan aku, nak buat aku happy ke, nak bagi aku derita?
kalau nak bagi aku derita ala-ala sakit jiwa, jom putuih sekarang.
biar la aku menangis sekarang, jangan menangis kemudian hari.
pas kahwin, kau dah gi singapore, tinggalkan aku sorang2 ngan mak kau, pastu mak kau dera mental aku,
sampai level stress aku naik.
nanti aku takut, kau balik2 dari singapore, jumpa mayat mak kau.
dan aku?
pisau kat tangan...bwahahahahahahahahahahahaha




ni lah padahnya kalau tanya kat kaunselor tak berpengalaman ni ~ setakat dengar aku okeh saja!













No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)