Tuesday, January 13, 2015

Sedang Berfikir : Kerjaya dan Anak.




Hai.
Hari ni entri mak-mak.
motherhood story.



uwais demam. on off. mood tak payah cakap.
serba tak kena.aku jadik marah lak.
eh. bukan kat anak. tapi kat gigi dia.
kehkeh.
nak tumbuh, tumbuh je la. kenapa lah sampai anak aku demam.
menci tau.



Isnin lepas aku cuti. Walhal aku da apply cuti untuk hari rabu sebab nak ke bank. huhu
Then demam uwais kebah. Nak dijadikan citer, rabu tu die demam lagi.
This time berpakej ngan menggigil. Sampai aku menangis.
Risau kot. Ntah apa je la kena ngan anak aku.
Bila aku panik,uncle d pun panik. Malam tu jugak kitorang gi hospital.
Sebab klinik yang boleh dipercayai sume tutup.
Sampai hospital, nurse suh bukak baju seluar tinggalkan pampers je.
Aku cam whatttt? Ko nak anak aku terbogel gitu ngan pampers sekeping je?
Pastu nurse amik darah. Ni part yang aku paling nyampah nak tengok.
Anak aku tak payah cakap lah.
Dibantai nya melalak. Uwais ni aku tak tau la nak cakap die terer ke hape.
Sebab doktor ke, nurse ke, dia cam tau-tau je orang tu nak buat ape kat dia.
Kadang tu kelakar kot. tapi bila dah tengok malam tu, aku rasa sebakkkkk sangat.





the next day, demam dia kurang lah. tapi aku plan untuk kerja half day. sebab cam malu la pulak nak suruh babysitter tu jaga walhal anak aku tengah tak berapa sihat. again. malam tu, dia menggigil lagi. kali ni sampai bibir dia biru. aku sampai suruh uncle d panggil makcik salmah sebelah rumah. datang jugak makcik tu dengan anak dia, kak nor. orang tua kan? dia suruh aku selubungkan uwais. nak ikutkan, kalau hospital, memang konfem ko kena bogelkan anak tinggalkan pampers je alat-alat. aku follow gak cara acik salmah. dia suruh aku peluk uwais, susukan dia bagi dia tenang. baru aku rileks sikit.huhu. malam tu, aku dengan uncle d tak tidur malam dibuatnya. bergilir-gilir menjelum kepala uwais dengan air asam jawa. tsk tsk.





esoknya, uwais still demam. tapi takde dah tahap menggigil.
acik salmah datang jenguk kitorang. dia suruh aku jumpa mana-mana ustaz, mintak air penawar.
kata dia, kadang kita tak tau budak kecik ni. huhuhu. aku angguk-angguk.
petang tu, mak ayah aku turun kluang.
lega sikit rasa hati.
masa demam uwais datang lagi, mak aku suruh aku mandikan dia.
rasa sedih lak nengok anak nangis.
tapi kata mak aku, sekejap je nangis nya.
lepas tu nanti akan ok.
tak lama lepas tu, suhu dia turun.
dapat lah aku tengok anak aku tidur lama.
siap berdengkur lagi. alololololo kiut tul anje emak *kihkih*




lepas mak ayah balik :: balik sebab risaukan amie toq toq keluar merayap.kalo tak, mesti mak ayah aku tido : :
uwais ada jugak bangun. tapi lepas nyusu, dia tidur balik.
pastu hari sabtu tu, demam dia datang balik. aku cutiiiiii lagi.
kali ni aku macam dah risau. lamanya ko demam nak.
kali ni, aku laki bini siap pergi klinik berbayar.
kali pertama, hospital masuk ubat buntut.
kali kedua, doktor klinik panel bagi ubat demam yang syrup tuh.
and this time, paracetamol plak.
aku bagi kat uwais. dahhhhh kawan tu asik nak tidur.
lembik semacam.
tak ke sadis aku laki bini tengok?




malam tu, dia start lagi.
demam sampai temperature badan jadik 40.
kerja aku menjelum. menjelum. menjelum. bak kata laki aku, jeluman air...???



hari ahad.
aku tak boleh sabar lagi.
aku tak kisah layan anak, jaga anak.
tapi aku kena  buat something yang boleh hilangkan demam uwais.
takkan isnin tu aku nak hantar uwais kat babysitter pastu aku gi keja cam biasa?
or yang paling sadis, aku kena amik cuti lagi. pastu bos terjungkit-jungkit mulut nak sound.
kan dah susahhhhh -_-





last-last, aku called babysitter.   :: nampak sangat desperado gilos... hidup merantau. kena mintak tolong orang. sob sob ::
"achik... camne nak buat ni? demam uwais tak kebah2. on off la cik.." (masuk sikit elemen mak - mak nanges)
"tak baik lagi ya azrin (achik yang cute gila sebab ingat nama aku azrin. bwahahahahaha)
"belummmmm....saya dah abis jelum dah ni. siap letak daun bunga raya lagi cik. apa nak buat ni cik....?"
"Hmmm. Bawak jumpa ustaz je lah. mintak2 air penawar ke apa."
"kalau kat sini, nak mintak tolong kat sapa cik? Achik tau tak kat mana?"
"Nanti achik tanya jiran depan ni haaa."


Beberapa minit pastu, achik called dan bagitau dia akan bawak gi kampung mengkibol.
aku cakap naik keta aku je.
dalam kul 11 camtu, kitorang gi.
jumpa pasangan laki bini.
bini tukang urut, suami imam *gandingan mantops kan?*
so, wife dia urut uwais. urutan baby gitu.
anak aku melalak cam hape je.
terjerit-jerit kuar air mata.
sib baik uncle d takde. kalo tak, harus dia suruh stop. dia mana boleh tengok orang buat apa-apa kat anak dia.
sejak ada anak ni, kemain. biar tangan bini dia luka, jangan tangan anak.kahkah
lepas tu, nenek tu mintak suami dia buatkan air penawar kat laki dia.
terkumat-kamit imam baca pastu duk hembus kat air.
sebelum tu, dua-dua tanya aku apa nama penuh uwais.




kata imam, demam terperanjat ni.
aku angguk-angguk.
teringat  ada 2 malam uwais cam meragam.
tepat kul 2 pagi, nyah.
konfem mak kejutkan laki mak.
takkan dia terbongkang tido mak nak kena ngadap anak mak melalak berjurai-jurai ayak mata?





balik dari rumah imam tu, aku terus bukak baju seluar uwais.
tingggalkan dia dengan pampers sekeping.
dia pun penat. nyusukan, terus tidur.
alhamdulillah. petang tu dia ok dah.
demam semua dah takde.





aku cakap kat laki aku, hari ahad tu, aku dah mengharung satu hari yang panjanggggg + penat.
penat tengok anak melalak camtu.
dirobek-robek hati aku ni.




bila jadik hal macam ni, ada satu tahap, memang rasa nak resign je.
aku sebagai mak, tapi kena bekerja.
risaukan anak kat rumah orang.
anak pulak tak berapa sedap badan.
entah apa la anak aku merengek.
anak aku pulak kalo mengada-ngada tu, memangggggg kena banyak sabar.
siyes. benda-benda macam ni yang buat aku rasa nak resign.








tapi,nak buat macam mana?
 kita masih ada hutang.
dikekang oleh masalah kewangan hidup, masalah dunia nih. kof kof kof.
zaman sekarang ni, kalau sorang saja bekerja, macam hidup tak berapa nak hidup.
bak kata laki aku, jangan bising kalau nak itu ini, tak dapat.
nak mewah sikit, tak merasa. kof kof kof.







cuma, memang aku ada bagitau uncle d jugak lah.
aku kerja sebab aku pakai kereta.
kereta tu pun dah tak lama dah nak abis bayar.
umur aku 31 kot, setel. kof kof.
pastu, kalau dapat anak perempuan, kemungkinan untuk berhenti keja tu lagiiiiiiii tinggi
sebab aku palinggggg risau anak pompuan aku orang jaga.
kang ntah apa dibuat kang, aku tak tau ::mak yang paranoid gara-gara kes bayi kena rogol liwat lah hape::
uncle d diam.
so, pandai-pandai la nak buat camna kan.
takkan nak paksa bini keje gak kan.
kof kof kof.

p/s: d...ni ai cakap kat belog ni...mewarisi apa yang tersirat di hati ai tau. u keja kuat-kuat yerk. ai support you dari belakang. miahahaha


dengan kerja sekarang, gaji sekarang, memang boleh survive.
tapi bercatu-catu jugak lah aku laki bini.
ras sayang gak kalau berhenti keja.
aku dah biasa pegang duit tiap-tiap bulan.
tak banyak pun, sikit tu ada.
apa-apa aku nak beli, suka hati aku.
uncle d tak boleh cakap apa. kahkah.




rasa-rasanya, aku keja 5-6 tahun lagi kot.
hutang kereta aku dah setel, uncle d pun dah stabil.
so kalau aku terrrrrrberanak baby girl, acaner tuh?
kena kuat mental la jawabnya. tsk tsk.
sementara aku kerja ni, aku nak penuhkan rumah kitorang dengan pinggan mangkuk.
nak berdeko-deko rumah sepuasnya. kahkahkah
uncle d memang tak boleh cakap apa kalau aku beli sesuatu barang.
mak tak pakai duit dia, nyah.
mak pakai duit mak sorang.
so, suka hati mak ler mak nak pinggan besor gajah sekalipun, tupperware ke TIPUware pun.
kahkahkah
tu pasal aku selalu ingat sapa pakai tupperware aku.
dulu, aku selalu cakap kat mak aku,
"mak ni. malu je mintak tupperware sendiri kat orang."
rupa-rupanya, ni lah perasaan dia.
tupperware mahal nokkssssssss
konfem kena mintak kalau orang tak pulangkan.
malu tu kasik buang dulu. da dapat tupperware, baru ambik balik malu tuh
bwahahahahahahahahahahaha











































No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)