Saturday, December 27, 2014

#Rumahtangga# - Kisah Lelaki Nak Kahwin Tambah Bini





Amboih. Dan-dan topik panas nyah.
Hari ni half day. maka ramai yang kerja macam tak kerja.
sebab kawan-kawan lain duk clearkan cuti memasing.
yang tinggal ni je la yang duk layan kisah yang ada.



apa ayat kau ni win?
sekeh kang. hahahaha
lepas minum-minum kat kantin, aku naik masuk ofis.
ntah macam mana, dari cerita laki aku yang nak hantar uwais masuk sekolah pondok ustaz kazim (ko tengok. anak baru nak masuk 8 bulan,dah sibuk nak tahfizkan anak. kang aku suh dia sendiri je yang masuk sekolah UKE tuh ;p), membawa pada anak kak ina yang teringin belajar di sekolah agama,
 tetiba termasuk cerita pasal orang laki sekarang kalau nak kahwin dah tak payah sign lagi. *krik krik krik*
yang sorang kawan tu, macam pelik lah.
macam tak setuju.
yang lelaki ofcos lah back up kaum telur diorang *bwahahahahaha*




tiba-tiba tanya aku lak.
"ko camne win? setuju?"
Hmmmmmm
aku senyum sambil susun ayat.
aku tak pernah kata tak setuju dengan poligami ni.
benda ni dah termaktub dalam al-quran. siapa aku untuk menidakkan hukum allah?
kalau rasa laki tu mampu, dari segi material zahir dan batin, MAMPU berbahagi ADIL (kasih sayang tu tak payah cakaplah. orang laki ni memang BANYAKKKKKKK kasih sayang. tu pasal nak kahwin banyak. kahkahkah)
maka silakan.
tapi kena ingat, kena ADIL. dari semua segi. dari semua sudut.
kalau kau yakin  kau dapat jalan  yang lurus, takde dugaan, takde jalan menyenget merangkak menggelupur masa nak menghadap Allah S.W.T nanti, kahwin ler.
cuma aku sukacitanya nak ingatkan, jangan esok datang jumpa aku (ni untuk laki sendiri yerk. uncle D muchuk muchuk anje *bluweekkkkk* hahaha)  dalam keadaan  yang menyedihkan, sadis sebab tak mampu berlaku adil. pastu meroyan mintak aku tolong.
jangannnnnnn....
jangannnnnnn.....
haaa..... hahahaha





aku paham, kebanyakan kita, yup. ofcos la kaum wanita suci muci ini ibu-ibu, emak-emak,mama-mama semua ni tak rela dimadukan. siapa yang sanggup, kan???
tapi kena fikir logik akal jugak.
perempuan makin lama makin ramai.
kaum telur pulak sikit.
kalau yang sikit ni berkualiti takpe gak.
ni banyak yang tak berkualiti dari berkualiti.
yang dapat berkualiti ni pun belum tentu THOOORBAIK kualitinya.
so, allah benarkan 4 perempuan dihimpunkan kepada seorang lelaki.
dengan syarat-syarat tertentu.
dengan limit yang tertentu.
bukan sesuka hati ikut kaum telur ni je.




awak tak paham. suami saya kahwin lagi satu. saya setuju.
bila dah setuju, diabaikan saya. nafkah anak tak berbagi walau sesen.
kak. kaum emak-emak sekalian.
kita ada undang-undang.
bawak kes anda ke mahkamah, pejabat agama.
panjat naik mahkamah leceh. suami selalu elakkan diri.
jawapannya senang. tak merasa kat dunia, mendapat lah dia di akhirat sana.
Allah nak bagi hukuman bukannya susah pun.
bila-bila masa jer.
jadik jangan putus berdoa.




aku teringat salah satu ceramah UKE *kemain sejak layan ceramah pagi-pagi sebab melayan anak kan?*
perempuan yang mendapat suami jahat, bengis, buruk perangai barannya dan bermacam lagi perangai tak matang kaum telur ni, janganlah bersedih. banyakkan sabar.jadiklah macam Asiah. inshaallah, syurgalah untuk anda.
sejak grad dari USM, aku rasa dah lamaaaaa sangat jiwa aku ni tak dapat makanan dia.
maknanya, dah lamaaaaa sangat aku tak dengar ceramah-ceramah agama ni.
bagus lah pihak TV ni banyakkan program agama.
kurang-kurang, kasik cerdas sikit akal minda kita ni.
nak suruh laki bagi ceramah lepas solat memang tak lah kan.
baik dia layan game dia.
so kalau dia ada hati nak kahwin lagi satu, merasa ler "tazkirah" aku ni.
kahkahkah





aku cadangkan kat kawan aku tadi, biarkan pasangan kita rasa kewangan dia tak cukup.
terbeban dengan hutang kereta, rumah, pampers susu anak, belanja rumah.
biarkan dia rasa duit  untuk belanja dia seciput.
jadik dia takde le rasa nak kahwin lain.
bwahahahahahaha
ehhhhh tak jugak win. kalau dia carik pompuan kaya. camne?
iye tak iye jugak.
takpe lah. kalau madu kaya, untung apa.
leh tumpang sekaki dua.
kita pikir positif
*_*




susah sebenarnya cakap pasal poligami ni.
terpulang pada penerimaan individu tu sendiri.
kalau kau rasa kau okey laki kau bermadu, terima je lah.
kalau kau rasa kau tak boleh nak go on, berpisah lah.
banyak lagi jalan penyelesaian.
ada banyak contoh laki kahwin lebih dari 1 ni.
dan ada banyakkkkkkk contoh laki yang tak boleh kahwin lebih ni.
hahahahaha





kesimpulannya, terpulang.
hidup kita, kita yang mencorakkan kebahagiaan kita :)
sekian, tazkirah saya di hari sabtu ini.
'dari Asia menjelajah dunia, moh dogheh poie ngaji'
*kesan Pencetus Ummah baru-baru ni. kahkahkah*




sekian wbt.
terima kasih dari saya.
Da'i Azwin, emak uwais.
~lalalalalalala *betulkan tudung sat*
































No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)