Saturday, December 27, 2014

# Penjagaan Anak # - 7 bulan - 9 bulan






Yeayyyy
uwais da 7 bulan 1/2. *bling bling*
da makin aktif
pendiam. tapi tak reti duduk diam
bwahahahahahhahaha



tidur da makin nyenyak
siang memang tidur sekejap-sekejap
dalam 1/2 jam ke 1 jam
ada gak 2 jam. depends la.



gigi atas da keluar da sebatang
yang sebelah lagi macam nak keluar gak
alhamdulillah tak demam. badan ada dedar sikit.
mood macam orang nak datang bulan
bwahahahaha



aku tau orang tua-tua selalu cakap, keluar gigi dulu, lambat berjalan
pastu anak aku tak pandai merangkak lagi
duduk da pandai
ni pun  orang cakap gak. kalau meniarap, dia menyusur ke depan, alamatnya merangkak dulu.
uwais dia bantai reversed lak. maka, duduk dulu.
ntah betul ntah tak
aku sikit tak kisah.
sebab bayi ni akan pandai sendiri
kita tengokkan aje.
asal anak aku happy, aktif, aku ok.
takdak hal la weh
setakat  nak dukung selagi dia belum pandai berjalan  pun aku OK (yang ni boleh tahan lenguh gak. naik muscle mak noksss.kahkah).





bab makan, aku da start bagi dia bubur oat.
dalam ni aku letak brokoli,kadang ikan bilis, kadang isi ayam secoet.
garam memang aku tak masukkan lagi.
uwais meeeeeemang suka makan bubur oat ni.
lagi satu,  kadang aku suakan apa yang aku makan, masuk dalam mulut dia.
contoh, puding jagung kastard. jangan la bagi sampai sepotong. jamahkan dia kat ujung jari.
dalam 7 - 8 kali gak dia menjamah.
kek lembut-lembut. uwais suka. laju aje dia nganga nak lagi.
bagus. mak suka anak mak suka makan.
nanti mak masakkan macam-macam.
dengan syarat tak cerewet.
apa mak masak, bedal je nak.
hehehe



bulan depan dia dah 8 bulan.
rasa macam kejap je dah nak besar anak bujang aku ni
kihkihkih
masih lagi menyusu badan
tapi tetap bercampur dengan FM
huhuhuhu
ye la. sekarang ni aku dapat pam, sekali je bila time keja.
dapat la dalam 2 botol @ 8 - 9 oz.
tu pun aku dah syukur
asalkan dia masih nak susu badan
harap aku dapat menyusukan dia sampai 2 tahun.
sebab pastu nak usaha ada 'adik' uwais lak.
bwahahahahahhahahahaha




aku dah check kalendar tahun depan
raya nanti uwais dah boleh pakai baju melayu *yeayyyyy!!*
so mak nak kena simpan duit ni
nak berbelanja baju raya sedondon this time
:p




macam biasa.
takde gambar.
gambar banyak.
tapi dah jenis pemalas nak upload.
lenkali je la yerk.














No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)