Friday, November 7, 2014

#Rumah Tangga # - Tips Membeli Rumah Yang Jenis Sekali Seumur Hidup



Amboih.
kemain panjang tajuk. muehehe
mana-mana pasangan lepas kahwin konfem nak beli rumah.
tapi. tahu tak rumah macam mana yang korang nak beli?
kena rujuk pada siapa?
macam mana nak carik?





ok. ni pengalaman kami (aku ngan uncle D) yang dah pun beli rumah, baru setel pelan nak reno sikit, lum duduk umah baru lagi.*ceh.tu pun mau bagitau ka?*
asalnya, aku nak beli rumah dari tahun lepas. maknanya, masa aku baru start kerja.
tapi uncle D plak macam buat dont know.
dia kalau boleh nak balik semenanjung dulu baru beli (walhal. kalo beli dulu, in sha allah dia boleh pindah even masa tu lum kawen lagi. apppppara ini uncleeeeee T_T )
Maka, nak pendekkan cerita ni,
aku berkenan dengan satu rumah kat area kluang ni (kalau kat seremban, kan syiokkkkk)
Taman Kluang Indah.
errr... rumah teres setingkat je.
hat yang dua tingkat tak mampu che ni.
mau che ni kena kerja sampai tua kat kilang ni haaaa...sian che ni nyah.





bila aku call pemaju, katanya, baru je pas bagi kunci. aku terus dihambat kekecewaan yang memang kalah frust bercinta. sebab aku memang nakkkkkk sangat rumah tu.
siap masa Uncle D balik semenanjung (time tu dia still kat song), aku duk ajak dia tengok rumah.
dia pun berkenan gak.
siyes. rumah tu cantik.





then, aku try tanya kawan-kawan. ramai cakap taman ni ada baru bukak lah, ada developer yang nak bangunkan, tengah nak cari pembeli etc. so, first step aku ialah jalan-jalan tengok rumah.
aku tak minat nak beli rumah yang belum siap. sebab takut design kemain cantik tapi pastu bila dah siap, biasa2 aje. or, design kemain cantik dan gah, pastu pemaju hilang ke mana. rumah duk tinggal tiang ja. acaner tuh?






so, aku ada la merayau pas balik kerja (time ni tengah ngandung, memang syok le merayau.kahkah) gi satu taman ni. memang dekat dengan tempat kerja. jatuh cinta lak dengan satu rumah yang memang tak payah nak reno lagi dah (suka sangat jatuh cinta kan?) . ajak uncle D tengok. dia pun suka. suruh aku tanya-tanya berapa harga rumah tu. ambik kau. aku call BCB, RM 300k. aku tau, orang yang laki bini kerja gaji nya banyak, konfem 300k tu cam celah gigi.. pada aku, yang kena bayar rm1500 sebulan untuk rumah, terus rasa nak terberak (kau ado?!). terus cancel. rumah cantik kini menjadi kurang cantik. kuikui




TAPI,
aku bukan jenis minah give up.
aku tanya kat staf BCB, mana lagi rumah yang kosong kat taman tu.
aku nak rumah teres setingkat.
dia kata ada dua, satu end lot, satu corner lot.
terus mintak address, petang tu pas abis kerja, aku tengok.
sempat mak buyung ambik gambar nak tunjuk kat laki time dinner nanti. haha





malam tu, terus bukak citer. aku dah pergi tengok rumah. tunjuk sekali gambar.
ajak laki gi tengok esok nya.
laki yang sayang sangat kat bini pun menuruti.
dia pun ok.
lepas tengok, laki kata agak smart.
aku pulak dah siap-siap tanya harga berapa.
siap check lagi laki boleh buat loan sampai jumlah berapa.
bajet pulak tiap-tiap bulan mampu bayar berapa.
kemain bini dia ngko.
explain dari awal sampai akhir kat laki,
kita kena beli rumah, yang!
rumah sekarang dah mahal.
tiap-tiap tahun harga rumah naik, yang!
kalau ikut plan ayang (entah bila panggil laki sayang pun tak tau) yang nak beli rumah lagi 5 tahun tu, alamatnya, memang menyesal.
rumah saiz sama, harga melambung-lambung.






aku kol lagi sekali BCB. kali ni, deal terus dengan Pn Ruzaini.
aku tanya macam mana kalau aku nak beli end lot tu.
apa kena bagi?
(errr....bukan aku la. laki aku. pasal pakai loan dia. wahaha)
dengan perut memboyot, aku ajak gak uncle D gi ofis BCB. suh jugak dia bagi deposit 1K.
aku pujuk dia beli rumah.
kalau kita tak beli sekarang, sampai bila-bila pun kita hidup menumpang.
memang gaji kita tak berapa.
tapi kita mesti ada cara nak survive.
takkan kita takde aset?
rumah lah tempat kita berteduh.
kereta harga dia makin lama makin kurang.
tapi rumah tak.





mula-mula, memang uncle D tak berapa suka dengan idea aku yang macam, 'eh. nak beli terus rumah nya?'
dia kata aku gila.
hidup dengan aku ni, selalu buat dia nampak macam buat kerja gila.
aku balas, aku tak gila.
aku nekad orangnya.
aku tak takut hidup susah.
aku tau kalau ada rumah, banyak belanja kena keluar. kena bajet sana sini.
tapi aku tak risau.
kita manusia, ada ilmu, ada kudrat. kita boleh carik duit tepi.
kita yang tentukan rumah tangga kita.
bukan orang.
*kemain kan ayat aku? aku memang suka melawan cakap laki aku.kahkah. tu pasal time raya mintak maaf kena lebih sikit.muahahhaha*






akhirnya, lepas begitu begini, loan pun lulus.
kami berjaya beli rumah.
alhamdulillah.
bila ingat balik reaksi uncle D masa tengok rumah tu, berasap-asap dia depan ke belakang.
tak berhenti dengan rokok.
aku tau laki aku duk pikir betapa banyak hutang dia.
alah. sama aje.
memang pasangan berkahwin ni akan ada 2 hutang utama : rumah, kereta
kalau tak berhutang, tak merasa ada harta lak.
-_-











so, apa tips nak beli rumah?



1) Cari rumah yang mana anda berkenan. Tanya developer berapa harga. survey rumah sebanyak yang mungkin. tak kisahlah rumah baru @ 2nd, tanya harga sebaik-baiknya.

2) Tetapkan bajet anda. maknanya, berapa yang anda mampu keluarkan setiap bulan untuk rumah. jangan beli rumah yang diluar kemampuan. yeah, saya tau. mana-mana orang pun nak duduk rumah besar, bilik besar, dapur besar, ruang tamu besar. INGAT. bajet bulanan anda.


3) Pastikan developer adalah developer yang dah banyak buat rumah. kalau developer baru ni, rasa seram lak. kan banyak kes pembeli teraniaya?



4) Deal dengan wakil developer. bincang tentang lawyer, tentang harga rumah, ada diskaun tak, berapa duit kena bagi untuk kos guaman etc (yang ni pun aku sampai bergugel, tanya kawan-kawan. maklum lah.aku paling takut bab-bab sign dokumen ni. memang bukan aku sign. tapi uncle d kan laki aku. kang pape jadik, aku jugak yang susah. hahahaha)



5) Pastikan ada saving. nak masuk rumah, memang banyak pakai duit. yang ni, akan diupdate jika rajin.




hmmmm...
lepas dah beli rumah ni, kemain lagi uncle D duk bercerita pasal rumah dia.
eleh.
masa nak beli dulu, kemain...
kata bini gila lagi.
pooorraaaahhhh!!! hahahahaha























1 comment:

  1. kann... beli rumah memang excited sebab rumah sendiri kan. lain feeling dengan sewa rumah. tapi memikirkan hutang berpuluhan tahun tu. sob sob. nice entry. nanti update lah pasal rumah ye ;)

    http://idamarinaazman.blogspot.com/2014/12/tips-membeli-rumah-kali-pertama.html

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)