Friday, November 21, 2014

#Rumah Tangga # - Dah Kahwin Pun, Nak Duduk Bawah Ketiak Family ke?



Haaaa....
Gittewwwww....
Kehkeh


Aku sebenarnya sangat-sangat tertarik dengan post yang ini.






Yup.
Mana-mana pasangan yang dah berkahwin, pada aku, lebih baik hidup berdikari. jangan duduk bersama family kita or pasangan kita. bukan apa, terlampau banyak kejadian or situasi yang kurang menyenangkan jika duduk bersama. tak banyak, mesti sikit. tak sikit, mesti ada.



macam aku, masa plan nak hidup sama dengan uncle D, memang aku tanya perancangan dia macam mana.
dia kata nak duduk dekat johor (johorean katakannnnnn.wahaha)
ok.aku layankan.
kalau ikut aku, mesti lah nak duduk dekat dengan family aku. hehe
then aku tanya jugak, nak duduk johor ni, nak duduk rumah mak ayah dia ke hape?
dia cakap, tak. dia mesti cari rumah lain.
Sebab dia nak ada privacy.
ok. baru aku setuju kahwin dengan dia.
boleh gitu?
bwahahahahahahaha




kelebihan duduk asing dari rumah family or mertua :)



1) Boleh mengurangkan perselisihan faham,terasa hati. 

   Aku ada je kawan yang still duduk rumah mertua. bukan senang tau. sangat struggle.macam aku pernah cakap lah, belum tentu mertua akan anggap kita macam anak sendiri (mungkin boleh tapi take time. 10 ke 20 tahun maybe. selepas merasai jerit perih situasi ;) )
Yela.
Kau membesar dengan cara hidup yang berbeza.
Pastu tetiba kena duduk ngan family pasangan yang of cos cara hidup berbeza gak.
mebi orang bergurau, kau sentap.
Cara hidup memasing kan.
*tapi kalo menyindir ko kata gurau, hmmm....pe kisah lak tu? Kahkah*
Dan aku pun ada jugak kawan yang memang sendiri nak duduk dengan mertua dia. Aku pernah tanya, sayang eh mak mertua?
dia kata sayang gila. sebab mertua dia lagi lebihkan dia dari anak sendiri. padan lerr....kahkahkah
benda ni subjektif.
nasib masing-masing.
maka sebab itu lah digalakkan duduk jauh sikit.
tak bererti kita tak ambil berat, tak bererti kita tak nak jaga orang tua kita.
tak.



2) Ada privacy untuk laki bini

Yup. kalau kau duduk satu rumah dengan family/family mertua, boleh ke kau nak gelak mengekek-ngekek sambil main geletek-geletek laki bini kat ruang tamu?
malu kan?
so, bayangkan kalau kau menyewa/duduk rumah sendiri, kau boleh buat semua aktiviti ni tanpa ragu-ragu.
aku dengan uncle D dulu lagi kesian.
bila dia balik, kitorang akan jalan-jalan tidur hotel.
sebab kat hotel la kitorang leh mandi sama-sama (eceh)
leh golek-golek cam filem hindustan, pukul-pukul, main siku-siku, gesel-gesel kaki dan yang sewaktu dengannya
kahkahkah




3) Boleh Memperbanyakkan harta benda suami isteri

   Kalau korang duduk dengan family/family mertua, kau ingat kau boleh kumpul harta? maksud aku, perabot, barang dapur perkakas masak. konfem tak lah weh. so, kalau duduk rumah lain, kan korang boleh kumpul semua tu. especially kaum wanita lah. i tau kita mesti nak ada set pinggan mangkuk sendiri, set tupperware sendiri. kang kalau duduk dengan family, macam mana nak beli? kalau dah beli, mana pulak nak letak? hidup menumpang tu... susahhhhhhh.





4) Boleh Membuat Keputusan Sendiri dan Menjadi Lebih Berdikari

Yang ini, baik lelaki, mahupun perempuan, baik suami, mahupun isteri. bila kita duduk berjauhan, maka kita akan lebih berdikari dalam melayari kehidupan berumahtangga. bayangkan kalau duduk bersama, mesti ada percanggahan pendapat. bagi menantu perempuan, cara menguruskan rumahtangga. mungkin mak pasangan rasa yang ini lebih baik untuk anak dia, dan kita sebagai isteri ada pendapat lain. kan dah jadik isu sentap menyentap? so, if duduk jauh, benda macam ni boleh dikurangkan.  at least la kan. haha
dan dari segi menguruskan anak, kalau dengan family. mesti mak ayah kita akan bagitau, haa... yang ni kena begini begitu. walhal kita ada cara kita sendiri. macam aku, memang akan call mak aku untuk tanya pendapat dia. so, dia akan guide. kalau aku rasa tak setuju, aku diam kan aje. tapi setakat ni, mak aku kalau mengajar kemahinnnnnnn....
"ko jangan garang-garang ngan anak kau kak. jaga budak ni kena sabarrrrrr...."
sekali bila aku cerita pasal uwais yang kencing kat aku time tukar pampers, dia suh aku ajar uwais kencing sendiri bila time mandi. cakap, "ssshhhhhhh. kencing sayang. ssshhhhh. sampai la kawan tu memancut"
ayat tak boleh blah dari mak aku,"mak dulu pun buat korang macam tu. lama-lama nanti pandai sendiri. 2 tahun, tak pakai lampin lagi dah."
"hah? ye ke mak?"
"eh. iye la. puas jugak le mak cubit korang. sape berani lagi kencing malam?"
hahahaha
ngan anak dia, kemain dia garang.
ngan cucu, dia suh kita cakap baik-baik.
kemana tumpahnya garang tu kalau tak kat anak eh.
bwahahahahahahaha





Ok.
Setakat ni saja lah entri ni.
Mak bz noks.
Jap g boss kecik kat umah ni bangun menyusu.
25 tahun lagi, kot la aku dipanjangkan umur, dapat menantu la plak.
Bwahahahahahahahahaha
*untuk bakal menantu, i is not garang. I is open minded. U ngan uwais pandai pandai bawak idup k.*
Kihkihkih
Anak lum skola lagi da verangans...muahaha






















3 comments:

  1. Banyak kes sentap menyentap lelebih kalau menantu pompuan dengan mak mentua dia..hahaha..ada juga yang steady sebab mak mentua sporting gila :) iols tak nak..imaan dengan isteri dia pergi duduk umah lainn hahaha tapi cucu bak datang sini

    ReplyDelete
  2. sokong!! ai prefer duduk rumah sendiri rather menumpang kat rumah keluarga.. x kisah laa keluarga sendiri ke, keluarga mertua ke.. =)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)