Friday, November 7, 2014

#Penjagaan Anak # - Makanan Untuk Bayi 6 Bulan





Uwais da nak masuk 6 bulan Rabu depan. Yeayyyyy!!!
Tapi aku dah start bagi dia jamah puri this week. hakhak
sebab dia nampak macam dah boleh makan.
berdecip-decip mulutnya.
Malangnya makanan pertama uwais adalah biskut beras yang dicampur ngan susu mak dia.ahaks!




kiranya dia pandai dah bukak mulut dan telan bila kita pakai sudu.
sebab tu, isnin tu aku terus buatkan puri untuk dia.
ok. ramai tanya aku apa ke jadah nya puri tu?




puri tu, buah or sayur yang kau rebus/stimkan pastu kasik blend sampai halus.
kau boleh campurkan ngan susu or air masak.
first puri untuk uwais ialah puri epal.
hmmmm....epal manis, epal merah.
 bukan yang hijau tu.
terperanjat perut anak aku.
gila ko nyah.
kihkih





untuk mak-mak bekerja ni. korang boleh je masak seminggu sekali pastu masukkan dalam freezer (bubuh la puri tu kat dalam icebox yang kecik - kecik), then keluarkan bubuh plak dalam plastik kedap udara.
bila nak pakai, leh letak kat dalam chiller. esok-esok babysitter leh rendam dulu ngan air panas.
aku tak buat macam tu.
sebab aku rasa kesian pulak anak aku makan benda yang dah jadik ais.
kan rasa macam hampas. macam tak berapa sedap laaaaa (ko yang orang tua pun tau memilih nak makan yang berasa kan? kemahinnnnnn)
so aku plan untuk masak puri dan buatkan dalam 2 bekas. kira untuk hari ni punya and esok. aku letak dalam chiller.





kalau ikut rules (korang leh google. tapi mesti jenis pemalas kan. nah. aku tepekkan kejap)



tasty homemade baby food

kena 4 hari. maknanya, apa je puri kau buat, mesti lah diberi pada anak selama 4 hari then baru kau boleh proceed untuk introduce new food pulak. tapi aku tak ikut lak rules ni. aku buat 2 hari. kang sampai 4 hari, takut anak jemu lak. kahkah. memang lah bagus rules ni sebab if anak ada apa2 alergik makanan, kita leh detect. in sha allah lah, nama pun makanan. memang yakin and berharap anak takde apa2 alergik -_-





setakat ni, aku dah buat puri epal, kentang, lobak. ingat pasni nak buat puri kurma. pastu mix kan kentang ngan lobak + kurma. pe rasa ? hihihihihiihihihi. kiranya ikut plan aku ialah memberi uwais rasa macam-macam sayur and buah then agak2 dia dah 6 bulan 1/2, aku nak buatkan bubur lembut-lembut untuk dia. dalam tu, memacam nak letak (based on puree yang aku dah buatkan dan dia dah rasa lahhh).





seronok jugak anak dah leh start makan. macam-macam nak buat. ni yang mood mak-mak nak belajar resepi ni. haha










hari pertama aku tinggalkan uwais ngan babysitter bersama puri epal. owhhh. rasa macam tak tentu arah je. ok ke tak anak aku makan. setakat ni, puri kentang memang licin. hari ni puri lobak. entah abis entah tak. tak tau lagi tu poo-poo dia camna rupa eh. muahahahahaha *rindu anak*






ok. gambar memang takde. tak dan lah weh nak bersnap2 pas buat puri. terus pack masuk bakul anak.











p/s : anak dah tumbuh gigi. kihkihkihkih

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)