Tuesday, November 4, 2014

#Luahan Wanita # - Penatnya Jadi Isteri





Rasa kena tambah sikit tajuk kat atas.
Penatnya jadi isteri dan... emak.
ecewahhh



Bukan apa. ada masa, bila aku balik rumah, tengok rumah, yang bukan berada di dalam keadaan sepatutnya, terus rasa emo. pastu, masuk pulak bilik, nampak bilik pun bukan dalam keadaan bilik. yang patutnya jadik bilik beromantik-romantik, terus leh merudum nafsu seorang wanita (eh eh???)
tengok pulak ke dapur. kena pulak masak. owwwhhhhhh
serius aku rasa stress.
nak buat, nak kemaskan semua,
tapi tak ada daya.
semua dah jadik kepenatan.
yang tertinggal hanya penat *macam boleh buat lirik lagu lak.ahaks!*





Itu bila berkaitan bab rumah.
Masuk pulak bab emo. emosi yang adakalanya menyebabkan hati ini terguris macam gores dan menang tuh
;P
kadang laki asik main game pun aku emo.
tengok laki goyang kaki sedangkan  aku terkangkang - kangkang angkat bakul baju, sidai baju, basuh itu, cuci ini, jenguk anak, punnnnn hati aku leh emo.
time tu lah aku teringat tazkirah ustaz kazim elias
time tu lah terdengar-dengar suara dato mohd fadzilah kamsah
time tu lah aku asik memuhasabahkan diri
eh
kadang tu tak berjaya jugak lah
ni hati tau
soal hati jangan dibuat main
mak sentap jugak noksss
siap meleleh leleh ayak mata





time yang sama jugaklah syaitonnirrajim duk hasut
pi lari bawak anak (sebab sorang kan? harus lah anak je. kot dah bertambah, leh guna pakai anak-anak. ehem)
tidoq hotel ka, mana-mana ka, tak payah habaq kat suami.
biaq dia pi carik hang
amboihhhhh setan. kemain ko kan. kemain duk menghasut hati kecilku.
memang syaitonnnnnnn (napa syaitonnirrajim guna loghat kedah? kahkah)






maka time yang sama jugaklah hati terdetik seolah tidak bersyukur
kenapa lah tak dapat laki kaya macam Dato K (Dato CT. Saja bagi contoh ya. takde niat langsung  nak ambik laki Dato CT ;) )
kenapalah kena kerja
kenapalah kena buat kerja rumah
kenapalah tak boleh rehat
kenapalah duit tak datang masuk dalam akaun je tiap-tiap bulan
kenapalah duit tak banyak angka 0 kat belakang
macam dah kena nyanyi lagu kenapa lah gamaknya
akhirnya kenapa itu harus ditukar kepada MEMANG





Aku jugak selalu cepat bengang/ marah
nak-nak kalau aku cakap, di salah ertikan.
kadang aku terfikir adakah salah susunan ayat -
atau orang tak mengerti apa yang aku nak sampaikan?
jika dia tak mengerti, adakah itu bermakna dia masih belum faham aku?
-_-
ni kes hasbeng tak paham cakap bini...hukhuk





so.............
apa motif ko taip entri?
Hohhh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Kiranya aku saja duk buat #Luahan Wanita# untuk mengurangkan tension aku.
Memang hidup ini kena bekerja.
kot aku pilih jadik housewife pun, still kena buat kerja.
lagi penat rasanya T_T






p/s: laki suh buat bisnes. sanggup kuar modal suh bini meniaga. i nak kena meniaga, i nak kena jaga anak, i nak kena kemas umah, haiiiii....suma nya I. I, I, I....??!!!?! *dengan suara gedik gila*















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)