Monday, November 10, 2014

# Kahwin # - Tahun Kedua





Tahun kedua perkahwinan.
Sudah ada orang baru. sang arjuna si permata hati.
Ilmu kahwin masih cetek
tetap perlu dipelajari.



dua orang berbeza latar, sikap, minat,
duduk di bawah satu bumbung.
biar jalin hubungan suami isteri ratusan kali -
kadang masih saling tidak memahami
MASIH pelajari
bahasa tubuh dan gerak geri
MASIH cuba menjadi seorang isteri dan kini ibu
MASIH cuba menjadi yang terbaik dan lebih baik
MASIH dan AKAN tetap mencuba




perkahwinan -
adalah kombinasi lelaki dan perempuan yang tanpa berbicara
tanpa bergerak
sekadar lenggok mata
sudah cukup memberi makna, rasa dan mengerti
apa yang bergolak di jiwa




tahun kedua perkahwinan
mengharap sinar bahagia akan berterusan
mengharap mampu menangani pelbagai dugaan
"selamat ulang tahun darling."




p/s : darling is my husband's special name. and for me? he he he. cam dah lama tak dengar nama tu? bwahahahahahahahaha
















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)