Wednesday, October 8, 2014

#Jaga Anak# Tips Mengatasi Bayi Suka Mengempeng


Hmm.
Inilah masalah besar Uwais sekarang.
Kemain nak mengempeng ngan aku.
Rasa nak cepuk-cepuk je. geram. cium kang baru tau. kahkah.



Sejak balik dari Seremban last week, dia jadik macam ni.
Dah menyusu, terlelap kemain. Aku dodoikan kejap.
tengok dia lena, aku letak kat tilam.
terus kuar bunyi," ehekkkk....ekkkkkk"
hok aloh.




Macam semalam. bukan dengan uwais je yang aku geram. dengan ayahnya sekali.
grrrrrrrr *berdengkur saja bapaknya*
aku tak kisah kalau anak nak menyusu. tapi ni. bila aku susukan, eh eh. rejected sungguh.
last-last, mengiring.
 ya. kau cuma mau main-main saja ya uwais. nakal benar. nanti mak gigit pipi tu baru tau.
:p




Hari ni gi kerja, aku tanya babysitter uwais. dia cakap, bagi puting je lah (Pacifierkata omputihnya).
dia kata, kesian. kalau azrin (nama manja aku yang baru. aku malas nak betulkan. layankan saja. bwahahahahahahaha) tak keja, tak pe. ni keja. susah kita kalau tak cukup tidur. -__-
aku macam nak bagi. tapi tetap kena tanya beberapa pendapat orang lain.




sampai kilang, tanya Nora. dia tak galakkan bagi puting. kalau senang nak berhentikan tak pe. ni kalau susah. sakit ko kak. ko bancuh je lah tepung beras. kenyang uwais, lena lah dia. ok. aku macam pheewwwwwww. tepung beras? tanya kak Iza. dia tak galakkan. dia faham sebab aku bagitau yang p**i*g aku melecet, pedih. dia kata tahan je lah. sekali lagi, aku just phewwwwww. tahan? sakit tau. sakit.




pendapat yang paling dimintak2 ialah dari mak sendiri. kata nya, jangan bagi tepung beras ke hape. kesian budak. dia memang nak bermanja, nak bermain.  p*t**g pedih, sapu madu, marjerin. paling tak boleh blah bila mak cakap, "kau dulu lagi teruk. sampai berdarah-darah mak punya."
cis. aku jugak yang kena!





1) Bancuh tepung beras dengan susu

Aku tak setuju (untuk aku la. orang lain, terpulang). Aku rasa kesian. sebab baby bawah 6 bulan, tak dibenarkan beri makanan selain susu. so, aku rasa macam... kang jadik pape kat anak aku kang. tak ke naya. tapi bila aku gugel, ramai je yang bagi. so, itu terpulang lah kat depa. aku kena pikir alternative lain.



2) Bagi pacifier/soother

aku macam nak try je. tapi risau lak kalau si uwais nak kan menatang ni je. tak ke naya aku nanti? lagi satu, kebersihan benda gini. macam leceh lah pulak. pastu ada yang cakap, nanti gigi anak tak cantik lah. jongang lah. kau rasa?




Kesimpulannya, layan kan aje lah kerenah anak ni. anggap lah dia nak manja dengan mak nya yang sehari suntuk, baru dia jumpa mak dia. sadis tul. aku harap, para suami yang baca ni especially laki sendiri, sila lah menggagahkan diri untuk dodoikan anak di kala anak merengek tengah2 malam or 1-2 pagi. tak tau nyanyi (laki aku terer nyanyi), mengaji je lah. bagilah isteri yang bekerja ni relaks sekejap selepas penat mengharung hari siang. boleh bang? *Sambil carik madu nak tenyeh haaa*




T_T










No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)