Thursday, October 30, 2014

#Penjagaan Anak# 5 - 6 Bulan

Oooppsss
4 bulan? tak sempat mak nak update.
mak pun tak ingat apa perkembangan uwais montok tu. hahaha



Ok.
uwais sekarang dah 5 bulan 2 minggu ++ gitu. baru pas cucuk isnin hari tu.
pandai nurse yang cucuk. cepat dan anak pun tak menangis. part cite pasal nurse ni, lain kali aku nak citer.
panjangggggg cite dia aih.




berbalik kisah anak tadi. uwais nak masuk 4 bulan, baru pandai meniarap. tu pun babysitter yang bagitau.
(sob sob. kesian mak bekerja ni. bukan orang pertama tengok anak meniarap). aku dapat tengok pun lepas 2-3 hari. jenuh gak menunggu anak meniarap depan mata. huhuhu.



sekarang, dia da pandai pegang benda dengan dua tangan, control walker belum terer sangat. yang aku tau, tulang dia sangat kuat hokeyyyy. suka sangat keras-keraskan badan, tolak-tolakkan badan kalau tak nak. bab makan, macam dah tak sabar sangatttt nak makan. sama sibuk perhati apa mak ayah dia makan. kadang tu, aku coletkan jugak lah air oren ke, air horlicks ke kat dalam mulut.




aku plan, 4-5 hari sebelum dia masuk 6 bulan, aku nak bagi dia makan dah. puri buatan emak dia *yeayyyy...yipppeeeeee* kalau nak ikutkan, dah boleh dah bagi makan. berat dia pun dah 8.1 kg. tapi tak pelah. aku nak tunggu usus dia kuat sikit lagi. kehkeh.



taaapiiiii,
ada orang yang memang dah bagi dah anak dia makan dalam umur 4 - 5 bulan.
ni terpulang la pada diri masing-masing.
mungkin anaknya menangis sebab lapar. sebab susu sahaja tak kenyang.
umur gini kira okey lah




ada yang bagi anak makan lepas habis pantang.
bancuh tepung beras cair-cair, campur ngan susu.,
kenyanggggg katanya.
malam pun tidur lena.
mak pun sedap tidur.
aku?
aku tak berani.
takpelah aku kena kejap-kejap bangun nyusukan anak dari ada pape yang jadik kat anak aku di masa akan datang. -_- *mak ni penakut noksssss*





ok. tempoh umur begini, anak aku memangggg kuat main. makin aktif. tambah lagi sejak aku masukkan dia dalam walker. wah. kemain nak capai barang sana, barang sini. aku masukkan uwais dalam walker pun lepas kitorang perhatikan yang dia memang dah kuat and tegap. maksud aku, leher dia. tangan dengan kaki dia. tanda yang paling nampak sangat, bila dia sendiri menggelungsur nak turun masa kita dukung. maka, afdal la ak belikan dia walker tuh. berjalan la nak. berjalan.suka sangat berjalan ya pakcik kecik? T_T





Berak?
hmmmm. aku tak tau anak orang lain.
yang aku tau, anak aku seminggu sekali baru berak.
perut tak kembung, susu minum aje.
disebabkan dia membuang seminggu sekali, maka wajiblah masa jadik tidak menentu (ia boleh jadik pukul 1 pagi, atau paling best pukul 7.40 pagi time mak nak gi kerja. kahkah) dan jumlah  yang wooowwwww. banyak hokey. bau pun sedap. muahahahahaha






tidur pun dah tak macam dulu.
dulu. bila aku balik kerja, nyusukan je dia, terus kawan tu lena.
sekarang? jangan harap nyah.
ko kena bergaduh dulu dengan dia baru dia nak tidur.
puas aku pusingkan dia, tepuk sambil nyusukan, baringkan atas dada (jangan tak tau. dada emaklah yang selesa untuk bayi. dan juga bapak bayi. Eh?)
take time gak laaaa nak tidurkan pakcik kecik tu.





dan aku yakin, pasni, konfem aku gaduh betul-betul nak tidurkan dia.
nak-nak lepas dia pandai bercakap nanti.
bwahahahahaha

















No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)