Tuesday, October 14, 2014

# Jaga Anak# Tips Menghantar Anak ke Pengasuh

Yeah
Bukan senang menjadi ibu ni nak2 lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu.
Sebelum anak lahir lagi, ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak -_-
Macam aku, sebelum uwais lahir lagi aku dah tanya2 orang.
Malangnya, tak dapat pun.
Babysitter yang sekarang ni, last minute.



Bila ingat balik, ada yang suruh hantar anak kat taska la, bbsitter la.
Kalau tanya aku, hantar anak kat taska, if our child is more than 1 yr, ok la.
tapi ni baby kot...sob sob
sementelah lagi  (wow. sementelah kooooo), banyak sangat kes yang muncul.
baby tersedak susu sebab pengasuh biarkan la, hape la.
aku jadik takut.
aku nekad, mesti bbsitter.
tapi aku nak carik yang boleh jaga anak aku sorang.
means, xde baby lain. if ada anak orang lain, mest sorang je. tu pun make sure dah besar
kehkeh. demand lak ai.





TIPS 


1) Jangan sesekali terus hantar anak disebabkan anda tidak ada masa untuk check background. jangan serahkan anak anda bulat-bulat. JANGAN. Bbsitter adalah orang luar. Bayangkan, mertua pun belum pasti boleh menganggap menantu sebagai anaknya, apatah lagi orang luar! SANGAT BAHAYA! (perumpamaan saja sebab tak jumpa perumpamaan yang lain. bwahahahaha). So, anda mesti BERJUMPA DULU dengan bbsitter. Survey la 2-3 orang. Tanya berapa ramai dia jaga baby, ada pengalaman tak, berapa upah dia (ni penting), kalau balik lambat sebab meeting ada extra charge tak... TANYA. tanya semuanya. Kenapa dia nak jaga baby? kenapa nak jaga anak anda? kalau dia muda lagi, adakah dia boleh handle baby anda? kalau dia dah tua (jangan la tua sangattttt. cam aku, bbsitter ni lebih kurang mak aku. tapi nampak lebih PERKASA dari mak aku. gittewwww  )
Biar jujur di hari pertama. TANYA.




2) Sambil-sambil berbual, LIHAT keadaan rumah bbsitter.Paling penting, diri bbsitter tu. Kuku dia (aku memang tengok kuku orang. once kuku kau macam hape, azab sangattttt, jangan harap aku makan apa kau masak. wahahaha) Macam aku, ada satu benda yang aku tak suka masa jumpa bbsitter anak aku is dia bela kucing. Ok. jangan cakap aku ni pembersih la, pengemas la. TAK (errr...maksudnya takdela sampai tahap pengotor plak). aku cuma tak suka binatang berbulu. lepas jumpa bbsitter, balik saja rumah, aku terus cakap kat uncle D.
"D...acik tu ok je. tapi dia bela kucing la plakkkkkk"
"dah tu?" *fine. sebab uwais yang kena duduk ngan acik tu kan. cuba kalau kau yang aku tinggalkan kat umah acik tu. nak ke ko duduk ada kucing? ko pun tak suka khennnnnn menatang bulu2 ni*
"Helloooo...kucing kot. agak-agak, dia letak uwais sebelah kucing tak ek." (ibu yang paranoid). muahahahahahahahaha





3) HANTAR anak 2-3 hari sebelum anda mula bekerja. Ni lah yang aku praktikkan. Sebab nak bagi anak mesra-mesra dulu dengan bbsitter. Hari pertama hantar, dalam kul 9, ambik kul 1. Aku menangis dalam kereta. eh tak. depan bbsitter mata dah merah.hidung pun dah bunyik2 dah. tak boleh tahan nokkssss (Time ni, rasa menyesalllll sangat tak duduk seremban. leh mintak mak ayah jaga sebab diorang banyak kali request. tsk tsk). makcik tu yang tenangkan aku.
"Jangan risau. acik sayang budak2." kata beliau memujuk hati ibu muda ini.eceh
Uncle D? ada perasaan ke laki aku tue???
balik2 dia tengok aku dari cermin keta.pastu tanya, aku ok ke tak. rasa nak sepuk je time tu.
kalau kita ni takde hutang, boleh aku jaga anak sendiri.
tapi dalam aku menyampah-nyampah kat laki aku, sempat lak kuar dialog.
"D. d keje laaaaa betul2.cepat2 la naik pangkat jadik pengetua. boleh awin jaga anak." *hembus hingus*
bwahahahahhahahahaha
Aku sangat tersentuh hati bila ada yang cakap, alah. hantar anak je pun. bukan sampai bila-bila. petang jumpa balik.
yup. memang petang jumpa. tapi, tahu tak perasaan dari pukul 8 - 5 (maybe lebih if ada kerja), perasaan bimbang, adakah anak aku okey, adakah bbsitter menjaga anak aku dengan baik menguasai diri. serius. hanya ibu2 bekerja saja yang paham. yang duduk rumah, mengasuh anak sendiri, boleh la cakap macam benda tu tak berkudis pun. orang yang cakap macam ni biasanya minda tertutup. ada je surirumah yang sangattttt memahami. good :)







4) JENGUK anak bila free. Ok. ni aku kena explain sikit. Kau jangan lah pergi cakap, "saya free je tengahari, saya datang tengok anak saya ya." SALAH tu. Lepas seminggu ke, dua minggu ke, kau buat-buat lah hantar baju ke, susu ke, tengahari tu. just check macam mana bbsitter tu jaga. teeheeee. ni aku dah buat. tu pun keadaan memaksa. mula-mula plan nak buat, pastu tak jadik. sampai la fridge rosak. so, aku takde tempat nak simpan stok susu. kena lah pergi rumah acik tu time lunch. takkan nak buang susu tu plak. 10 oz kottttt..kahkahkah. bagi salam, acik tu kuar dengan muka terpisat2. rupanya tidur. uwais pun tidur. rasa cam nak amik je at that time. lantak pi lah dengan kerja. boleh?






5) Pastikan semua bekalan untuk anak cukup. Tanya bbsitter ada pape tak yang kau kena beli. dia ok tak jaga anak kau. ada pape masalah tak. tanya dengan mesra.




6) JANGAN KEDEKUT/BERKIRA dengan pengasuh. Ada orang, yang dia tak kerja 3-4 hari, cuti raya seminggu, dia bantai tolak upah bbsitter. JANGAN. kau tak kerja, kau cuti, itu kau punya pasal. lainlah kalau bbsitter kau yang nak cuti. hmmm. tu mungkin ko boleh tolak. kotttt....
 aku? bbsitter aku tak pernah cuti. jadik aku tak tau. kuikui.rasanya kalau dia cuti, aku bagi je kot upah tu. haha. sesekali, lebih2kan duit upah tu. kalau gi holiday, belikan jugak untuk dia. jangan berkira dengan orang yang jaga anak kita. Insyaallah, dia akan jaga n sayang anak kita sebaiknya. macam bbsitter uwais, dia belikan stokin, bedak (ni kes mak lupa beli bedak lah ni.huhuhu). aku memang lebihkan sepuluh dua puluh ringgit (ok. maybe tak besar) kadang2.
bila ditanya kenapa lebih, "Acik. kalau saya bagi lebih, acik ambik saja. tu rezeki acik. tapi jangan risau, saya takkan bagi kurang." sengih sebab rasa macam buat kelakar  kat maharaja lawak.kahkah
balas bbsitter dia, "time kasih ye azrinnnnn"
ok. nama yg salah lagi.
bwahahahha.
kiut sangat dengar nama azrin ni. ke patut bagi nama adik uwais nanti, azrin. Eh eh?




ok.
Tu je la kot tips nye.
Paling penting, kena ada komunikasi yang bagus. janganlah berkira sangat, nak perfect sangat.
macam aku, aku tak kisah dia tepekkan bedak kemain banyak kat anak aku. aku tau dia tepekkan tu sebelum aku sampai sebab harumnye anak aku tu, sebatu dah bau. wahahahahaha.
selalu jugak dia pakaikan uwais seluar terbalik. yang depan kat belakang, yang belakang kat dpn.
aku tak kisah. sebab dia orang tua. macam mak-mak kita gak.yang matanya tak berapa nampak.
lagipun uwais sekarang dah tak reti duduk diam bila nak pakaikan seluar. golek sana golek sini. tu yang disarungkan aje. kehkeh
kalau kau beli sarapan sebelum pergi kerja tu, belikan jugak lah untuk bbsitter. tak salah belanja orang kan?
:)

sekian. inilah benda yang aku amalkan. setakat ini lah. akan datang, tak tau. ngeeeeeee



XOXO
Mak nye uwais
;p

















1 comment:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)