Monday, October 20, 2014

#Jaga Anak# Tips Bekalan dan Menyimpan Susu EBM

Yeah
semangat cerita pasal susu pulak. muehehehe
sebelum uwais lahir, aku sangat bersemangat (pe banyak nau bunyi ngat-ngat ni??!) nak menyusukan dia.
tapi itu lah. lepas je si kecik ni lahir, dibantai nya tak nak menyusu.
ku sua-sua tak mau. mula-mula, semua cakap aku kekok lah, salah posisi lah, walhal, budak tu yang tak nak.
sudahnya, 24 jam pam kat tangan.
tidur tak cukup.
pantang tak macam pantang.
phewww~




terus terang cakap, masa dalam pantang lagi aku dah bagi uwais FM. sebab mana cukup mengharapkan susu yang aku pam je. kalau dia hisap gak, bolehlah pengaliran susu tu bertambah *amboih ayat.haha* lagipun, masa baru-baru pam, nak dapat 1 oz pun susah. rasa nak pakai pelocok jamban je kasik pam. kahkahkahkah. bila da lama-lama,  baru mantap. sekarang kalau pam, alhamdulillah dapat 7-8 oz.




awal-awal aku start keja, aku ingat, bila balik baru uwais boleh nyusu badan. sebab aku rasa cam tak sempat nak pam nak-nak bila aku masuk production. tapi anak aku ada masalah jarang berak lak. so, aku usahakan jugak pam susu badan. carik-carik masa -_-




bila dah diusahakan mengepam susu, sama jugak masalahnya. jarang benor berak. kadang sampai seminggu. paling lama 11 hari. yang kes 11 hari ni, aku bawak gi klinik kanak2. masuk ubat bontot. sian lah haiiii. doktor kata, anak ok. aktif, tak kembung, bukan prob usus. memang ada baby yang nyusu badan jadik gini. soalan dia," berapa percent anak awak minum FM?"
amboih. Tu dia soalan doktor no.
puas gak aku nak kira ke percent tuh. muahahaha
"dalam 10%." dengan konfidennya aku jawab.
maka doktor mintak aku tukar susu formula pada enfalac. sebelum ni, ak bagi lactogen. ok.
pakai susu ni sebagai tambahan, 4-5 hari, uwais berak da. so, aku rasa ok.janji dia tak nangis-nangis time berak. masa minum susu lactogen, sampai 1 taman kot aku rasa boleh dengar dia menangis. sian plak tengok dia time tu. bila taik keluar, tak keras pun. just likat sikit lah.*pada aku lah*
 janji,  bukan tahap ketul2 leh baling dinding. kihkih. untuk baby, maybe keras sikit. tu yang meragam bila nak membuang tuh.huhuhu




ok. da melalut lak cite pasal taik anak.
kira hokeyyyy what. bukan aku bubuh pic taik uwais. muahahahaha. tapi kalau boleh bubuh, konfem aku bubuh dengan bau-bau nye sekali. baru korang tau camne harumnya taik budak nak-nak bila 5 hari tak membuang. perghhhhh.wakakaka




hmm. sambung balik part mengepam susu ni. sebab kan aku selalu keluar masuk production, so aku amik 2x pam. 1st, time rehat pagi. dalam 10.30 camtu. 2nd, time solat zohor. aku sembahyang dalam kul 3.30 petang camtu. dapatlah dalam 12 -16 oz. tengoklah apa yang aku makan, or sejauh mana kesempatan aku untuk minum banyak air -_-.  demi anak, gigihkan jugak. bagusnya mengepam ni, selain leh kuruskan badan, dapat gak kurangkan penggunaan FM. jimat sikit duit bapaknya. 1 tin susu enfalac tu je dah berapa. dalam 100. aku beli yang dalam kotak. lebih kurang 70++. dengan harapan, bertahanlah sebulan. hahaha *pam pam pam*








maybe, lepas uwais 6 bulan, dah start makan, aku nak tukar susu lain. try anmum lak. akan dibincangkan dengan bapaknya. mana tau, bapaknya nak save budget. tapi kalau nak jugak bagi enfalac, yeah. silakan. duitmu, bukan duitku. duitku keluar bila duitmu nyawa-nyawa ikan. tu pun jika duitku bernyawa lagi. teehhhheeeee






ok. berbalik pada topik asal. asik lari topik je kan. memang failed la jadik hos TV lagu ni. kahkah.
aku simpan susu uwais dalam cooler bag. orang kat kilang ni semua cam pelik bila aku bawak beg tu masuk surau. ada aku kisah? selamba badak mengepam  ada lah. haha.
kat mana nak beli? senang je. taip je autumnz.com. pek ais pun aku beli kat situ gak. lepas pam, masuk dalam storage bottle, simpan kat dalam cooler bag yang dah ada ice pack. aku masukkan 3 ice pack. leh tahan susu tu sampai 14 jam sebelum ko balik rumah, simpan lak kat dalam fridge.  pagi esoknya, masukkan dalam bakul uwais. tu la stok yang mak ada, nak. kalau tak cukup (konfem tak cukup), topuplah dengan FM.









cooler bag yang aku order dari autumnz.com. 
harga pun tak mahal sangat.
masih mampu milik :)
dia ada2 compartment. atas leh bubuh pam. 
bawah leh letak storage bottle ngan 3 ice pack.
ice pack tu ko kena masuk dalam freezer kurang-kurang 8 jam.
harga tak ingat lak.
pi je la website autumnz tuh.









                                                                         rasa meriah bila dah pam.
                                                                            ekekekekekkk












Itu kalau aku dapat pam ikut time dia. kadang ada meeting, terus terlajak laris  time. pernah meeting dari kul 10 sampai 1.30 petang. abis je meeting, terus keluar gi surau tak sempat join staf lain lunch dengan big boss. gila kau. kul 1.30 baru dapat pam. macam batu haa rasanya. nak meletup-letup. bila pam, terus dapat 10 oz. wakakaka. paling lawak bila meeting petang. adeh. kul 5.30 baru abis. tau-tau masuk kereta, t-shirt dah basah ngan air susu. kihkih









Kelebihan Menyusu Badan



- Antibodi anak kuat. in sha allah.
- Badan mak cepat kurus. sebab sekali menyusu leh bakar kalori nyah. gila kentang kau.
- bonding antara mak dan anak kuat. yeah. ni aku setuju. sambil nyusu, leh ngadu dengan anak apa jadik kat mak sepanjang hari sebab kalau citer kat ayah, belum tentu ayah nak dengar -_-
- dengan menyusu badan, susu akan bertambah banyak. stimulate omputih kata.
- mak akan lebih menutup aurat. yang ni aku kot. gi kilang pakai tudung bawal pin depan. takde dah selempang-selempang or tudung style puncak kasih. upgrade lagi, tudung awning.  bwahahahhaha



*update : lepas dah pam, aku tak basuh pun pam nya. terus masuk balik dalam cooler bag. sekali lagi nak pam, terus pakai. balik rumah baru basuh semua. jangan risau. tak kotor pun :)

** Cara nak cairkan susu yang dah dimasuk dalam fridge? rendam saja dalam  1 cawan air paip, 1/2 cawan air panas. jangan didihkan plak susu tuh. kang tukar kaler lak kang. muaahhahahahaha























No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)