Sunday, September 28, 2014

Perubahan Selepas Jadi Emak

Mak - mak sangattttt  entri kali ni T_T
Diam tak diam, sedar tak sedar, dah lebih 4 bulan jadik mak haa.
baru sorang. tu pun dah macam-macam yang berubah pada diri ini. eceh



1) Lebih Sabar/ Lebih Penjelasan
 
Sabar la sangat kan. Haha. Tapi, memang lebih diakui, aku makin sabar dan sikit relaks. Mula-mula lepas abis pantang, start keja, aku sangat penat. Memang jaga Uwais bergilir-gilir dengan Uncle D. tapi tau je lah orang laki jaga kan. Aku selalu masam muka, muncung sedepa before gi keja. kalau marah sangat dengan uncle D, sampai tak nak salam (jangan ikut. ni kuang ajaq namanya.kuikui) sampai lah satu tahap, kitorang buat sesi luahan hati. ni memang biasa lah ni bila jadik laki bini nak-nak aku. bwahahaha. Start ari tu, aku lebih cool sikit. lebih relaks. dengan uncle D, kena explain. Bila pakaikan pampers anak, kena sapu itu ini bla bla bla bla. BIla malam, masa salinkan pampers anak, jangan ajak anak berborak. diam-diam aje. Ini aku baru cakap semalam. sebab 2 hari lepas, dia yang gatal nak tukarkan pampers Uwais, dibantainya bercakap, pastu layan  anak main. anak pulak bukan boleh nampak emak (emak tengah tido...hmmmm). last-last, aku dengar suara uncle D," Win. uwais nak awin haa. dia datang dekat awin."
Kau rasa nak jerit tak time tu?
Dapat pulak anak kau tak boleh tidur (confirmed lah. sebab dah seronok nak main-main), laki kau pulak dah berdengkur, tinggal kau terkebil-kebil.
*aummmmmmmm*
so, aku kena explained banyak benda kat uncle D. kenapa bila anak nangis, cek pampers, rasa berat, aku tukar dulu then baru nyusu. kenapa tak susukan anak dulu kemudian baru tukar pampers? Sanggup pulak biarkan anak nangis masa tukar pampers?
*tak sangka cikgu pun tak tau kan? Uncle D nyonyoiiiiiiiii...wahahahahhahaha*




2) Lebih Bijak Mengatur Masa

 Dari dulu aku da terer bab mengatur masa. bila dah jadik emak, perghhh. skil yang ni memang lagi mantap. Kahkah. Balik kerja, amik anak. main-main kejap. kalau anak mood ok, cepat-cepat solat. Solat pun depan anak tau. Cek nasi. cukup tak untuk makan malam ni. Kalau rasa macam tak cukup, kena masak. tapi sekarang memang aku suruh uncle D masak lebih. jadik aku tak payah terkejar-kejar nak masak nasi. tinggal lauk je. Uwais bila da penat, nyusukan, dia akan tidur. so, waktu tidur dia lah, aku akan masak secepat yang mungkin. sebelum uncle D balik. ada gak lambat. so,kena tunggu. laki tak komplen. dia kena paham da ada anak. bini pun penat. sama-sama keja kannnnn.....haha. biasanya aku akan masak sekaligus untuk esok. means,lauk untuk uncle D makan sebelum gi kerja. hari ahad bukna lagi hari cuti, leh bangun lambat-lambat, golek-golelk peluk laki bini sambil kiss lembut-lembut (...????). hari ahad adalah hari mengemas sedunia. buat breakfast, kalau ada duit lebih, gi makan luar. balik, suh laki layan anak, aku sapu rumah, siap-siap nak masak tengahari, mandikan anak. kalau rasa toilet kotor, sental pulak toilet. yup. orang laki, dia tahu labuhkan bontot je kat jamban, cuci nye tidak lerrrrrrrrr T_T . Lepas uncle D gi keja, aku layan anak sampaila tertidur. kot la boleh pejam mata. kalau tak, aku sidai baju, lipat baju. lipat baju tu mungkin dibawak ke malam. pasal apa? anak nya tidur sekejap aje.  -_-





3) Pengangkut barang

Haa...kalo da ada anak kecik ni, tak payah heranlah if bonet kereta rasa cam tak muat. Serius.aku kalau nak gi holiday ke hape, sah2 lah tukang kemas.baju seluar anak ngan suami mesti cukup.pampers,baju etc. Tapi bila da sampai tempatnye, aik. Tshirt mak sehelai  je.seluar? Takde...tertinggal...hurmmmmmm.sarung seluar bapak uwais lah...hikhik





4) Cari Duit Lebih


Eh. ko kan keja? laki keja gomen lagi. takkan nak carik duit tepi? A'ah. Memang kena carik duit. sebab aku laki bini berhutang. bukan saja-saja ek  nak hutang. tapi takde la sampai keliling pinggang ;p. hutang rumah, hutang kereta. hutang-hutang dunia aku panggil. dan hutang-hutang ni bukan lah sepuluh dua puluh ringgit. sekarang aku meniaga jual kek coklat yang super moist super sedap (promote weh promote). satgi aku wat entri khas untuk kek je. start next year, aku plan nak ajar tuisyen lak. uwais pun dah besar sikit. selepas jadik emak ni, ada pulak 'orang baru' ni, pastu 'hutang' baru. maka kewangan kami laki bini sedikit menaik. so, kena carik duit. standby weh kot-kot ada emergency kang. kalau dulu setakat aku dengan uncle D, tak heran sangat. kitorang rileks je. kahkahkah. la ni jangan dibuat pasai. OK. rasanya aku akan share lepas semua dah settle.








  • 5) Imej mak-mak



Jangan terperanjat. aku pernah cakap takkan sesekali pakai tudung instant. tapi sekarang, alu dah tergila-gila beli tudung instant ni ha. kahkahkah. asalnya, kawan ada jual kat kilang. aku panggil geng surau. pasal apa? sebab kitorang jadik baik selepas selalu terjumpa bila nak solat zohor kat surau. dia suh aku try pakai. aku cakap, aku tak suka.pasal nampak muka aku besar. pastu, rasa cam cikgu besarrrrrr sangat. wakakakakaka. tapi, bila dia ajar cara pakai, eh eh. cam selesa pulak. sambar dua. 1 untuk aku, 1 untuk mak aku (sebab mak aku ada belanja kain ela time raya. ni kira balas balik la. orang memberi,kita merasa.hihihi).
 uncle D cakap, tak suka. nape pakai tudung gini? alah yang. tudung sarung gini la yang boleh buat saya siap cepat. tak payah nak gosok-gosok bagai.lagipun, u tiap-tiap hari tengok cikgu2 kat sekolah pakai. dari tengok diorg, baik tengok bini sendiri. kihkih




        Mokcik da kito ni....gyabooooooo*da pandai berselfie pas ada anak ni* Kahkah





P/s: kurus semulajadi slps ada anak. Penat nyah. Tu psl kurus.melantak nasi 2 pinggan. Hambek ko!♥♥♥♥







2 comments:

  1. Hihihiiii...pengalaman lepas ada anak memang jauh berbeza ketika zaman bujang/ berdua dulu....masa rehat memang tak berapa nak ada...tapi tak pelah, yang penting hati jadi senang bila tengok anak membesar dengan baik dan sihat :-)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)