Tuesday, September 9, 2014

# Penjagaan Anak - 0 - 3 bulan

Weeehoooooo
Uwais da nak masuk 4 bulan.
Makin comel (anak sendiri. wajib ar puji. kat blog sendiri kottt..kahkah). Last checkup time cucuk, berat da 7 kg, tinggi 62 cm. semalam dah pandai meniarap. hihi



ok. hari ni aku saja je nak share camna aku jaga uwais dari pantang sampai la ni.
masa dalam pantang, memang aku bersyukur sangat2 sebab family aku banyak tolong. ye lah. aku operate kot. da la first time jadik mak bapak. banyak benda tak tau. tak biasa and tak reti. mak aku yang mandikan uwais sampai la sebulan. lepas aku dah ok, dah boleh duduk bersila, baru aku berani nak mandikan anak. disebabkan mak aku yang mandikan, sampai sekarang kalau dia datang umah, dia yang excited nak mandikan cucu. kuikui *senang sikit aku..ngeeeeee*




baby dalam hari ni, memang sebagai parents, kita kena banyaaaaakkkkkkk sabar. sebab kejap-kejap, budaknya nangis. uwais memang mencabar kesabaran aku. selang sejam, melalak. selang sejam, melalak. mula-mula memang aku tak tahan, sebab aku tak cukup tidur, sakit luka c-zer lagi.  masa tu pulak, uwais tak nak menyusu badan. sampai aku demam la dibuatnya. bengkak susu kot. dah satu pekerjaan pulak, kena pam. nak susu badan, tapi tak nak direct dari maknya. macam mana tu? faham-faham je lah, susu kalau pam, tak sekenyang yang direct. tambah kalau ko pam, berjam2, dapatnya secoet. dah tu, bagi kat anak, sekejapppp je disedut.





seminggu sebelum habis pantang, baru uwais nak menyusu. tu pun sampai mak aku (mak aku bahasakan diri nenda. kemainnnn nenda ko!) pujuk, kalau menyusu, nanti nenda hantar kan pisang kat masjid. terus uwais 'tangkap' tuutttttt and menyusu cam biasa. perghhhhhhh...kemain nak berhantar2 pisang baru nak nyusu. nasib baik nenda kata pisang.kot kata KFC, tak ke naya....ingat gaji mak ayah banyak ke nak? hutang banyak laaa.....hukhuk





aku tak tau anak orang lain. yang aku tau, anak aku, bedung tak mau. panas. tak selesa.seingat aku, ada la seminggu lebih je kitorang dapat bedung. ko bedung dia, tak lama lepas tu, kain bedung tutup muka, pampers sume kat bawah, dah terbukak. bedung pakai kain batik, pun terbukak jugak. menangis2, berpeluh. kesian tengok. maka anakku tidaklah berbedung macam baby lain.




habis pantang, aku terus balik rumah. sebab nak biasakan anak dengan rumah. nak carik bbsitter pun iya gak. bbsitter aku dapat last minute. jiran aku yang carikan. mula-mula nak suruh dia jaga, tapi dia cakap dia dah tak larat. bbsitter memang nak jaga anak aku sorang je. dan dia pun memang nak baby yang baru abis hari. kira memang dah rezeki uwais. bagus family bbsitter ni. anak sume dah besar-besar. bila laki ngan anak die dah gi keja,sekolah, tinggal lah dia sorang2. so, bila ada uwais, dapat lah dia kawan. dia pun bahasakan diri 'nenek'. siap belikan stoking untuk anak aku lagi. hihihihi






jaga baby ni, bukan lah benda senang. kena kuat mental and fizikal (since baby cepat membesar. its not easy to carry the baby since he already 7 kg. phewww). alhamdulillah, uwais tak payah berbuai. so, nak gi mana-mana, senang dah. tak tau lah kot2 pasni nak berbuai lak kalau nak tidur. huuuuu



ok. untuk mommies to be, rileks jelah. pengalaman akan mengajar kita. rajin2 gak bertanya ngan orang lain. if rasa pendapat tu tak ok, tak kena ngan kita, jangan ikut.



- Teruskan menyusu. Tak kisahlah kau bagi anak kau susu badan ke, susu formula ke, janji WAJIB bagi susu. 0 - 6 bulan, hanya susu. jangan lah cuba-cuba campurkan susu dengan nestum ke, tepung beras ke. sebab usus baby kecik. and baby pun baru nak sesuaikan diri dia.


- masa mandikan baby, pastikan tali pusat tu dicuci dengan pembersih yang hospital bagi tuh. jangan memandai-mandai, gatal, duk pakai krim itu ini. naya budak.


- suami mesti bantu isteri menguruskan anak. jangan biarkan isteri sorang2, terkial2 handle anak. isteri yang dalam pantang perlukan rehat. kalau anak tak nak susu, just nak tukar lampin. anda boleh bangun kot untuk tukarkan. bantu apa yang patut. perempuan yang dalam pantang tak boleh stress. takut bentan. apa tu bentan? macam nak demam. badan tiba2 sejuk sangat. aku tau sebab aku dah rasa =p (stress sebab tak cukup rehat, tidur )



- if nak berjalan jauh. contoh macam aku, lepas habis pantang terus nak balik rumah. pastikan semua barang baby dah sedia. sebab budak ni, ada aje ragam kalau naik kereta. setakat ni, uwais masih boleh control lagi lah. akan datang, tak tau lah pulak. kahkah




ni je kot. dah tak teringat. kalau ada, sila tambah sendiri lah ek.
pic anak?
aku pakai laptop company. takleh nak bluetooth haa.
kalau boleh, memang aku tempek banyak2 kat dalam blog.



*_*






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)