Tuesday, September 23, 2014

# 9 Bulan # - Petua Mendapatkan Anak Cantik and Bijak

Amboih
Kemain lagi nak berpetua-petua. wakakaka
Saja je. Masa aku baru-baru disahkan mengandung, gila ko kalau tak google sana sini.
carik tips itu ini. tu tak termasuk yang tanya kawan-kawan, mak, makcik.



Yang aku tau dan sangat-sangat DIGALAKKAN adalah selalu membaca surah Yusuf. Ni nak kasik anak sempurna. In shaa allah. Lepas aku tau aku pregnant, tiap-tiap malam aku akan pastikan aku mengaji surah ni selain surah yasin. sampai 4 bulan kalau tak silap. Pastu aku bantai baca surah luqman. Kemain nak anak pandai. sape tak nak ooiiiiiiiiiii ;p
last-last, aku selalu baca surah luqman je memanjang sampai da nak beranak. tu yang agaknya c-zer kot. pasal jarang baca surah maryam (bagus untuk mudahkan bersalin). kahkah


Pastu, aku suka makan kismis, kurma. Gigih carik kurma sampai ke Batu Pahat. Jimat-jimat makan kurma. Pastu time mengandungkan Uwais, aku teriiiiinnnginnnnn minum air zam-zam. Nak dari Mekah tau. tak mau yang orang jual dah siap packaging. Kebetulan, makcik Uncle D bawakkan jugak. Dapat lah aku meneguk. Siap simpan baik-baik. teguk air pun sikit-sikit. konon nak dibawak sampai hari bersalin sok. tercerita pasal air zam-zam Ucu bagi ni, baru aku teringat bekas air dia aku tak pulang-pulangkan lagi. adeeehhhhhh. Tupperware kot. bukan TIPUware.




Ok. Satu lagi yang aku buat hari-hari dan mendatangkan gelak tawa Uncle D ialah latihan matematik. Ya. Aku duk pulun jawab soalan budak UPSR hari-hari. Alah. bukan lama pun. dalam 15 min sebelum pergi kerja. masa tu dah 4 bulan. aku selalu pesan kat anak aku, ikut apa mak buat. Khennnn...kemain khennnnnn





Air sarang burung/ jus tembikai. Air sarang burung, mak aku bagi. Cam jus la. Elok untuk kulit baby. Yelah. Nak anak putih, mak bapak Melayu lak. Lagi-lagi laki aku. Versi Hang Jebat (kang cakap abang Jebat versi Shahnaz, ramai lak muntah kang.hahaha). Kira anak aku kulit bersih, dah lah. gelap tu, belakang kira. tu KETURUNANNNNNNN jangan dibuat pasal.





Jus tembikai pun bagus untuk kulit baby. Memang sepanjang mengandungkan uwais, aku asik la meng'order' air tembikai. Sampai pernah gi Secret Recipe just untuk teguk air tembikai. Pergh. asalkan dapat bang oi.




Lagi, apa ek yang aku buat?
Rasanya tu je kot. lain macam berzikir selalu, kurangkan mengumpat (iye je.kahkah)
maksud aku, jaga tutur kata.
tu je lah.

Klik di sini :)

9 bulan - Tips Mendapatkan Anak
9 bulan - Bila Tahu Mengandung
9 bulan - Pengalaman Bersalin Anak Sulung Secara C-zer




*gambar telah didelete atas sebab2 tertentu

                                                                            buah hati saya :)


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)