Thursday, July 24, 2014

Nilai hantaran kahwin.





Kannnnnn?
Saja bukak topik ni sebab selalu sangat orang duk share-share kat fb pasal duit hantaran.
(gila gedabak lama menatang ni kat fb, ko br nk ckp kat blog)
reason : mak bz jaga anak nokksssssss


Ok.
pada aku, berapa duit hantaran, biar lah pasangan pengantin yang tentukan sesama mereka. yang mak bapak ni jangan lah menyibuk. pantau tak apa *teeeheee*
bukan apa. yang nak kahwin, depa. so depa lah yang buat keputusan berapa depa mampu.



sesetengah parent suka masuk campur bab-bab gini nak-nak kalau anak nya perempuan. dengar orang tu letak RM10 K, dia pun nak letak gak. tapi tak nak lah sama value, nak up lagi nilainya tu.
macam aku, memang aku yang tanya uncle D berapa dia mampu bagi.
mula-mula tu dia gurau cakap RM5K je, aku balas, kalau RM5K, kau dapat anak jari aku je lah. kahkahkah



bukan sebab aku rasa rendahnya duit hantaran aku kalau RM5K. tak. tapi lelaki tu pun kena peka yang zaman sekarang tak macam dulu. duit photorapher yang paling rendah punya bajet pun dah makan RM1200. Kalau bagi aku RM5k, pakai kerusi plastik je la atas pelamin. tsk tsk.



Then uncle D cakap dia mampu bagi RM10K. aku OK. takde hal. dah itu yang kau mampu (mampu yang sebenar-sebenarnya. bukan mampu pastu pura-pura tak mampu pasai kedekut taik idung masin). aku tak nafikan mula-mula ada jugak komen-komen dari belah aku. tapi aku stand up untuk uncle D. sebab yang nak kahwinnya kita. kita saja yang kenal pasangan kita. kita yang akan hidup dengan pasangan kita. kalau kita mintak duit hantaran dengan jumlah tak munasabah or senang cakap, melangit duit eh. Jangan terperanjat lepas kahwin, melopong. Kehkeh






Lagipun, pada aku, aku sedar aku ni ada kekurangannya. Bukan lawa mana pun. Memasak, boleh lah sikit2. Menjahit, konfem penakut ngan mesin.so, nak letak tinggi2 pn , rasa macam seram lak. Kahkah. Tapi kalau kau rasa kau berbaloi dengan hantaran tinggi, silakan.




Tetiba teringat mak aku citer time aku pantang  ari tu. Ada kawan mak aku ni, berceritalah kat mak aku masa diorang berjumpa kat surau. Makcik ni memang becok, bising. Tapi yang bagusnya dia tak menjaja cite orang. Dia citer pasal dia aje. dia baru dapat menantu. so, keluar lah dialog dua sahabat bila berjumpa.
sebab nak taip, takut orang tak paham lak. ke selama ni memang selalu orang tak paham aku bebel? wahahahha



mak aku : Eh eh. lama tak nampak awak. pekaba?

Makcik A : Baikkkkk. kita sihat aje. amboi. seronok le orang tu. nak dapat cucu *merujuk pada aku yang sedang sarat time tu. sarattttttt sangat*

mak aku :  alahhhhh. awak pun apa kurangnya. da dapat menantu. alim lagi.

mak cik A : alim ke hape nye.... pesennnn. pesennnnnn (pesen = fashion. cakap sambil jungkitkan mulut)
mak aku : kenapa cakap macam tu A....

makcik A : akak tak tau. hati kita sakit kakkkkk. sakitttttt sangat. menantu kita duduk satu rumah. tapi haram jadah nak menolong. kita ni dah lah penat meniaga. balik-balik, rumah tetap bersepah. pinggan mangkuk tak bercuci. macam mana kita tinggal, macam tu lah kita balik. kerja dia duduk kat rumah, jadik puteri. berkurungggggg aje. tapi time makan, pandai pulak dia keluar. tu pun lepas abis makan, terus melenggang masuk bilik. kita rasa nak terkam je kak. eeeiiii. naik jugak darah tinggi kita ni kang.


mak aku : lahhh. kenapa dia buat macam tu. sikit pun tak menolong awak ye...?


makcik A : tak kak. langsung tak. kita dah hilang sabar dah. kita terus telefon besan kita. kita tanya, macam mana awak boleh nak kahwinkan anak awak? duduk rumah mertua, langsung tak reti nak menolong. ke dapur tidak, apa pun tidak. macam tuan puteri duduk dalam bilik. letak hantaran bukan main lagi. tapi apa pun tak tau.


mak aku : .........????? *speechless lalu teringat anak2 perempuan dia. lantas berdoa, janganlah ada besan yang call dia cakap macam ni. kahkah*



aku ketawa terbahak-bahak lepas mak aku cerita. bukan ketawakan makcik A yang dapat menantu macam tu. tapi ketawa sebab aku dapat bayangkan macam mana makcik A tu bercerita. serius. korang kalau jumpa dia, jagan harap dapat bercakap. memang dia je akan bercakap. non-stop. hahahahaha




so, moral of the story, lengkapkan diri sebelum kahwin. bukan nak menambat hati mak mertua. tak. tapi untuk diri sendiri. sebab di kemudian hari, kita jugak yang akan menguruskan rumah tangga.
based on my pengalaman, keje berlambak2 ko. tak terlarat nak buat lagi-lagi kalau kau bekerja. pastu ada anak lak.terkangkang-kangkang. kahkahkahkahkah *gelakkan diri sendiri pastu ingat rumah bersepah nak kena kemas b4 raya. mantapppppp*











Mak

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)