Wednesday, June 25, 2014

# 9 Bulan # - Pengalaman Bersalin Anak Sulung Secara Caesarean


*entri da lama bertaip*


Yeah.
Diam tak diam dah 15 hari aku melahirkan Uwais.
Rasa macam baru semalam je kena toreh *seriau tak dengar perkataan toreh? kuikui*



Nak ikutkan, aku takde masalah dari awal mengandung sampailah nak masuk minggu ke 35. Masa aku kena buat check-up kat KK Mengkibol, Dr suruh aku refer Hospital Kluang. Katanya, dia detect aku mengandung twin. aku macam, what? twin pregnancy? boleh tak kau jangan buat kelakar time ni? aku scan 3D,4D menatang tu semua, just ada seketul je umat dalam perut aku. tetiba kau kata ada dua. kau ingat aku boleh tidur malam pastu?




so aku dengan uncle d pergi hospital. kena tahan wad sebab uri bawah, placenta praevia type 1-2. aku ingat duduk wad 2-3 malam je. sekali Dr cakap kena tahan wad sampai aku bersalin. terus buat muka sedih, kuarkan dialog,"eh. tapi saya tak nak beranak kat sini DR. saya nak bersalin kat seremban. sebab nak berpantang kat sana. macam mana ekkk". maka, lepas sesi surat menyurat bla bla bla, aku duduk lah wad hospital seremban.



pendek cerita, hari aku bersalin.
pagi tu, kena seluk lepas induced. dah bukak 3cm. so Dr nak masukkan tiub or "belon". kasik cepat sikit bukak. tetiba, aku rasa cam ada something yang kuar memancut. betul-betul dari celah bawah tu. Dr cina kacak yang dah aku lupa nama dia tu menjerit " owh shit. damn. call dr aishah now!" aku dah panik. terus tanya nurse."kak, nape kak? saya rasa macam bocor." nurse suruh aku jangan panik. walhal muka dia macam gerun je pas tengok 'benda' yang kuar tu. aku angkat kaki pelan-pelan sebab rasa panas. darah okey. darahhhhhhh. masa tu, aku tau aku akan kena c-zer.





terus bilik rawatan jadik macam drama medik tv. wayar dah sana sini dah. kejap-kejap check jantung baby. yang aku pulak asik tanya, " anak saya okey nurse?" dah la nervous pasal nak kena operate, risaukan baby yang ada dalam perut. time tu pulak boleh ingat laki sendiri. mamat tu tau ke kat mana bilik bedah? sume cam berlegar-legar. eceh



sepanjang nak pergi ke bilik bedah tu, aku asik kena sign itu ini. sampai aku punya nervous bertambah naik level dia. kahkah. dalam bilik bedah, diorang pasang wayar apa ntah, pastu cucuk bius kat tulang belakang (xsakit pun. cam gigit semut je). yang sakit, sebab kau kena bongkok. da la perut besar, lagi suruh orang bongkok. adeh. senak perut. bla bla bla gitu gini, setel. tau-tau, aku dengar suara uwais melalak. bergegar bilik bedah. hahaha. pastu doktor pelatih bagitau yang berat baby aku, 3.85 kg. aku gelak dalam hati. besornye ko nakkkkkkkk. sib baik mak tak teran. entah lepas ke tak. tsk tsk






bila dapat tengok uwais, aku paham kenapa perut aku besar sampai orang ingat aku mengandung kembar (masin mulut orang, len kali aku pregnant kembar ye...???). anak aku memanjang. maksudnya tinggi dan rangka berat. patut la perut omak ko raso padat bonar uwais ooiiiii.





papepun, aku dah selamat dah bersalin. lega sangat. ringan sikit perut ni haa. hahaha. yang tak berapa best, perut tak berapa cun. buncit sikit compare zaman anak dara.dah la perut aku jenis tebal. tsk tsk. kalau aku tau, aku suruh doktor yang operate tu sedut lemak aku time diorang operate ari tuh.kahkah. dan, yang paaaaaling tak best time pantang, bila laki sendiri asik cakap kat baby sambil jeling, "mesti uwais nak adik lagi kan?"


aku sua penumbuk sebijik.
tunggu la anak ko dah cerdik, dah boleh jalan, baru aku mengandung lagi.
sakit berjahit tak hilang lagi. lagi nak adik-adik. zasss!!!
aku ni trauma tau bang.
mengandung takde masalah.
yang masalah, bila nak beranak. tragedi tul.
yang buat aku seram nak pregnant lagi, bila mak ngan makcik aku tengok puting tetek uwais, timbul.(if timbul, baby boy. if tenggelam, baby girl)
diorang cakap, kalo ko beranak lagi, mau nya lelaki lagi nih.
meremang bulu roma aku. sambil memikirkan apa pulak kejadian yang bakal dihadapi. owhhhhhh noooooo



TIPS BERSALIN CAESAREAN

- Pastikan korang kena gerak-gerakkan anggota badan pas 6 jam dibedah. kasik darah berjalan lancar.eceh
- nak tak nak, kena bangun dari katil. pergi toilet. sila pegang perut macam menampung semasa bergerak. korang boleh gak tahan nafas masa nak bangun. yup. caesar memang saaaakit masa nak bergerak. azab oi.
- yang buat ko rasa sakit adalah sebab angin kat perut. try la minum jus pudina.
- boleh bertungku. lepas operate, perut memang buncit cam pregnant 4-5 bulan. pakai la batu panas letak kat perut untuk kecutkan peranakan.
- pantang makan jugak ya. makan la pati ikan haruan selama ko berpantang. memang mahal tapi luka cepat baik dan kering. aku amalkan pati ikan haruan and spirulina.



tu je la kot sikit tips dari aku. nak tanya, leh email or tinggalkan komen. eceeeehhhh


1 comment:

  1. Alhamdulillah. Pastinya suasana akan meriah. Pasti ibu, nenek2, oyang2 makcik2 akan gembira. Selalunya yg paling kecoh nie Org tua la kan. :)

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)