Friday, March 7, 2014

# 9 Bulan # - Tips Mendapatkan Anak

Masa zaman anak gadis (anak gadis la sangatttt...;p), orang akan tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang akan tanya bila nak ada anak. Soalan-soalan ini membuatkan asalnya aku tak terfikir, akan menjadi berfikir. berfikir. dan terusssss berfikir. Lepas tu, stress. tsk tsk.



Dulu, aku stress bila mak aku suruh kahwin. Sebab aku takde boyprenggg. Tambah plak lagi ada member yang macam bergurau tapi nada menyindir "tut tut dah kahwin  u bila pulakkkk". zas! tersentap! makin member yang duk cakap gitu bila diselak laman muka bukunya jelas-jelas bergambar ngan boypreng. diri sendiri takde sorang pun. nak kata muka tak lawa (lawa ke ko nie. jawa je aku tengokkkk.kahkah), tak jugak. manis tu kira ada lagi lah *_*




Tapi itu lah jodoh. Kalau Allah dah kata ada untuk kita,maka ada lah. Tercampak lah jauh mana pun, terpisah lah ceruk mana sekalipun, mesti akan jumpa jugak kalau dah jodoh. eceh. Oleh kerana sudah berniat, barang siapa yang mahu kenal lalu membawa keluarganya berjumpa dengan Haji Medan dan Datin Nor, confirm aku pilih dia jadik suami aku. Yang berani pulak Uncle D. Kira orait lah tu. Ada iras-iras Ajit, hero filem Tamil. muahahahahahahaha.



Maka berkahwinlah kami. Selepas kahwin, orang pun tanya-tanya dah ada isi ke. susah nak jawab. Masa awal-awal kahwin, memang ada 'lekat'. Tapi tulah orang tua-tua cakap, benda belum jadik, jangan mengharap,jangan heboh2,jangan excited. Rupanya peranakan aku jatuh. Bila peranakan jatuh, memang cepat lekat, tapi cepat gak 'hilang'.  Aku dengan Uncle D tetap hidup cam biasa. sebulan sekali dia balik. tu lah waktu nak bersama, tu lah waktu nak bertekak, tu lah jugak waktu nak bermanja. Ada masa dia balik, buat mengharap je. pasal bini didatangi 'best friend'. dah terbantut hajat nak berusaha. kahkah.




dipendekkan cerita, allah bagi jugak rezeki untuk kami.  aku ingat macam dah give-up je. yelah. Bukan kitorang tak pernah bergaduh pasal anak ni. Nak-nak aku yang cepat stress. semua orang suka tanya kat orang perempuan. padahal keja buat anak ni,keja orang lelaki okayyyy! Aku memang akan menangkan diri sendiri. sebab sah-sah lah period aku normal. tiap-tiap bulan datang. On time lak tu. Takkan aku yang tak subur? Adik beradik pun 8 orang. kaaaannnnnnn.....




Sepanjang 'kosong', macam-macam tips aku dapat.pantang tau satu tips, cepat je aku cite kat uncle D. pastu suh balik cepat. nak praktis lah konon. kahkah. last-last, aku cam malas. ada rezeki, ada lah. tapi usaha tetap usaha. Usaha pertama, urut. kasik 'naik' balik peranakan aku. masa gi urut, mak, mokteh, Uncle D ngan danish teman aku. tapi time jumpa nenek  yang urut tu, mak dengan mokteh je yang ada. Uncle D kuar minum bawak danish.



maka, nenek yang mesra alam  membahasakan diri dia 'WAN' tu pun tanya da berapa bulan kahwin, period lah apa lah. nasib baik mak aku yang jawab. nenek tu ketawa je bila tau aku baru je berapa bulan kahwin dah beria-ia nak urut. aku cakap, aku nak urut sebab bila aku period, aku rasa macam ada 'benda' dalam perut macam nak jatuh. memang sedap lah dia suruh aku baring. terussssss urut. perggghhh. trauma mak noks. sakit rupanya nak 'naik' kan peranakan. sampai ada satu tahap tu, aku rasa macam nak bagi flying kick je kat wan tu. tsk tsk.



dari apa yang  wan cakap, kalau nak pregnant, elak makan benda-benda ni : AIS, AIR TEBU,AIR KELAPA, AIR BERGAS, MINUMAN BERKAFEIN, TAPAI, NENAS. banyakkan minum air suam. lepas urut, dia suruh aku datang lagi kalau tak de khabar gembira. aku beria-ia angguk. pastu jalan terkepot-kepot pasal sakit kat perut. dah uncle D kesian tengok aku. kah kah.




aku rajin gak google tips mendapatkan anak. macam-macam cara. ada yang cakap, letak bantal kecik bawah punggung lepas 'bersama', angkat kaki setinggi boleh. macam-macam lah. pada aku, teknik tu satu hal. yang paling penting, pemakanan. kalau perempuan je berusaha, orang laki tak, tak ada gak gunanya.
dari hasil pembacaan aku, baik lelaki atau perempuan, digalakkan minum air jus delima. tak pun buah delima. bagus. kemudian untuk lelaki especially yang merokok (cam laki aku lah. nasib baik tak salahkan aku lambat pregnant. kalo tak, nahassss. ha ha ha), rajin-rajin lah minum jus habbatus sauda. tak pun, makan habbatus sauda dalam bentuk pil kalau tak silap. nak-nak yang hitam tuh. orang perempuan, tak elok minum or makan habbatus sauda tu. rahim panas.





maka, hari tu jugak aku gi beli jus delima. RM 8 je kat giant. kah kah. jus habbatus sauda aku ada. mak aku bagi. tu pun sebab Uncle D mengadu ngan aku, badan dia lesu-lesu, letih memanjang. aku malas nak bertekak. dah kalau kau asyik mengadap game je, memang la lesu. cuba gi exercise. hilang lah lesu tu. adoyai




pastu, time uncle D balik, aku bagi dia minum jus delima ngan habbatus sauda 2 kali. pagi dengan sebelum tidur. dengan harapan, 'lekat' la cepat dan ada lah 'rezeki' untuk kitorang ni. jenuh aku nak usaha. kahkah. and bila uncle D tanya, air apa ni. aku jawab terus terang je. 'Air nak kasik kuat. kita memang dah kuat, subur. awak kita xtau lagi." terus kawan tu minum. laju je. saja bagi dia pulak stress. asik aku je. ha ha ha




tu tips makanan or minuman yang aku amal kan lah. tips yang paling berkesan dan aku rasa, patut dicuba dan jangan putus asa ialah berzikir MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH 101X selepas solat SUBUH. contohnya, lepas korang laki bini bersama, esoknya lepas sembahyang subuh, terus bersujud dan membaca zikir di atas 101x dengan niat, ALLAH bagi rezeki yang satu ini. amalkan setiap hari tanpa jemu.




pengalaman aku, bulan pertama aku amalkan, tak de hasilnya. tapi aku tak give-up. aku fikir, oh. maybe sebab timing tak kena. yelah. laki bini jauh. takpa takpa. try lagi next time.aku tetap amalkan zikir, jaga pemakanan sampai lah datang bulan seterusnya. timing pun cantik. 3 hari lepas uncle D balik semenanjung, aku habis period. sila usaha time ni. sebab ini adalah waktu subur. waktu subur adalah 2-3 hari selepas period bagi mereka yang period nya normal. yang tak normal, korang kena sentiasa usaha. sebab tak tau bila waktu subur korang.





dan ada jugak rezeki untuk kami seterusnya. macam mana aku tau aku pregnant? ada tak alahan teruk cam ibu lain? macam mana aku survive sebab uncle D kat sarawak dan aku sorang-sorang kat sini? yang tu, next entry. malas pulak nak taip.



anyway, untuk orang yang period nya tak normal, korang jangan putus asa. cuba lah macam-macam produk. tapi jangan pakai hentam belasah je apa yang ada. kena tengok kesesuaian. apapun, anak ni anugerah allah. kalau DIA bagi, ada lah untuk kita. kalau DIA tak bagi, mungkin ada hikmahnya. mungkin DIA bagi rezeki dari segi lain. masa, rumah, harta, hati senang, cukup tido dan macam-macam lagi. siapa kita untuk persoalkan bila masuk bab anak? Tu semua kuasa ALLAH, DIA yang MAHA PENCIPTA.











No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)