Sunday, March 16, 2014

# 9 Bulan # - Bila Tahu Mengandung

Pergh.
Siap berpart-part.
pastu hilang part. pasal malas nak taip entri. kuikuikui.




Ok. Based on previous entry, lepas Uncle D balik, aku teruskan hidup cam biasa. Yelah. Laki jauh. pandai-pandai lah bawak diri. Zikir lepas Subuh tu aku tetap amalkan. Sampai lah hari yang ditunggu-tunggu datang period tiba. Aku sepatutnya datang period hujung bulan tu. tup-tup 30hb da keluar da. Hati pun sedih.
"Usaha gagal lagi. sob sob." bisik hatiku.




Kebetulan family aku pun ada datang sebab nak melawat keluarga arwah pokteh. aku pun layan cam biasa. masa pakai T-shirt dengan kain batik, mokteh tegur aku. "Lain macam je perut ko,win. ko mengandung ke?"
aku gelak. "Dah berdarah da haa. nak mengandung apa nya." *frust tul time nih*



esoknya, kitorang gi jb. pergi rumah arwah pokteh, kakak arwah semua. ibarat berkunjung sempena raya. sampai rumah maklong ina, aku gi toilet. asik la nak terkencing. da orang bagi minum, kita minum. tu yang pundi kencing macam 'sesak' je. kahkah



Aku pun terperanjat. sebab bila aku tengok pad aku, bersih. tak keluar darah. bila kencing, yang keluar lendir putih. macam dah habis period. eh eh. cepat betul. takkan sehari je aku period? aku dah risau.
tak pelah. tunggu esok. malam tu jugak aku gi kota bawak family semua. sampai rumah, terus terbongkang.
esok nya diorang balik. dah babai-babai, aku masuk rumah, termenung. period still tak datang lagi.



lepas dua hari, period tak datang jugak, aku pun dah siap mandi bersih, terus rasa teruja nak buat UPT. dalam hati, tak nak la mengharap. kang sedih lak kalau takde. yela. maybe hormon aku tak betul. stress sebab kerja, so period tak datang. jadik singkat. balik kerja, terus beli UPT tu. beli yang paling murah je.
beli mahal-mahal kalau ada takpe gak. kang membazir duit aku. hu hu hu




esoknya, aku bangun pagi-pagi buat test. dalam pukul 5.30 dah bangun. air kencing yang first tu paling bagus untuk di test. masa buat test memang nervous. aku tak cakap dengan uncle D. tapi dia tau period aku sehari je sebab apa-apa hal pun, aku mesti cerita punya kat dia.kahkah. dalam seminit, aku tengok double line. terang pulak tuh. berapa kali aku gosok mata sambil berzikir. ya allah. ya allah. ya allah. lutut dah ketaq da. menggigil satu badan.




aku tarik nafas dalam-dalam. "Alhamdulillah. Kalau ini rezeki yang KAU bagi ya Allah, syukur sangat-sangat." aku cool kan diri. mandi. ambik wudhu. solat subuh. pastu baru called uncle D. Dia dah excited da. siap merajuk lah konon sebab tak bagitau dia pun aku nak buat test. lah. kang aku buat test, kosong, ko sedih pulak. biar la da happy2 baru aku cite. adehhhh.
lepas aku called uncle D, aku mesej mak aku. dia balas, syukur kalau dah ada. jaga diri,jaga makan. jangan heboh-heboh dulu.jangan seronok-seronok sangat. buat biasa aje.




balik tu, aku pergi beli lagi satu UPT. This time yang digital. boleh tunjuk pregnant tak pregnant tu. kahkah. malam tu, test lagi. memang konfem pregnant. Uncle D balik 2 minggu lagi. time tu baru dia nak bawak aku gi klinik. hari yang dia nak bawak, hari tu jugak ada spotting. ok. apa ke menatang haram jadah nya spotting tu?


spotting tu macam ada darah setompok. yang kalau kita period, dia keluar time hujung-hujung nak habis period. kaler coklat-coklat gitu. aku dah cuak. sebab bila google, takut keguguran. uwaaaaaa. tapi aku tak sakit perut. kalau sakit perut disertai keluar darah, baru kau boleh consider as gugur. aku cakap dengan uncle D. petang tu jugak kitorang gi klinik. tinggal lah parents in law aku kat umah. ha ha




sampai klinik, dia cek la hape semua. sekali nak scan, tak dapat detect. sebab pundi kencing aku kosong. so tak berapa nak nampak. dia suh aku datang malam nya. dengan pundi kencing yang sangattttt penuh. gigih la aku mandi pas maghrib tanpa kencing. pergh.




malam tu pergi, doktor scan, ada. alhamdulillah. dia suruh aku banyak rehat. jangan jalan jauh. duk kat bandar K ni je (K lah sangat... kahkah). lepas 3 hari, spotting tu hilang. aku pun lega. mak aku pesan, tak payah pergi mana-mana waima balik seremban sekalipun sampai lah da lepas 3 bulan. aku pun redha. duduk lah aku kematu kat umah even uncle D da balik sarawak. tsk tsk.




ada tak loya-loya ke, pening ke, mabuk ke?
alhamdulillah. tak ada.
loya ngan pening ada tapi tak de lah sampai tahap, muntah. makan je, muntah.
aku kalau muntah pun, pagi-pagi. tu pun lepas gosok gigi.
keluar air je lah. ha ha ha



yang dahsyat, aku mengalami keletihan melampau. sebulan mak tak masak noks. mak tak daya.
kat tempat keja,letih. balik umah, letih.
satu badan lenguh-lenguh macam berjalan kaki 5 km.
bangun pagi, pening kepala. berat nya kepala ni. sampai rasa nak tidur terus je time sujud solat subuh.
mengadu dengan mak, dia balas," Tu lah kau. aku dah cakap, tunggu nuar balik semenanjung baru mengandung. gelojoh kau dua orang ni. bila dah pening sakit macam ni, sapa nak tengok? dah la aku jauh. laki kau jauh." ceh. membebel.
tapi tengahari ke, petang ke. dia called aku. "ok tak? pening tak? kau makan apa?"
ha ha ha ha




aku mabuk-mabuk letih tu tak lama. dah 2 bulan lebih pregnant, semua tu hilang. yang datang adalah selera besar membuak-buak. fun fries  McD. memang mantap. tu yang berat badan naik 2 kg. kah kah kah



ok. cukup lah sampai situ. nanti aku cerita pasal buat buku merah lak.
tu pun kalau aku tak lupa. kalau tak, tunggu je lah part 2- abis beranak. muahahahha






13 comments:

  1. sis,sy period sehari then ni hari ke 2 n 3 bersih kt pad..Apa patut buat yer sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pregnant ke? if not, then memang period. tapi on off. mebi sbb hormon inbalance.

      Delete
  2. Sis period byk ke sikit..sy ni period da lwt sgt.hri ke 42 bru period..biasa hari ke 35 period...tp ni lewat..sy xthu ade same sy period atau bercak..tp mmg byk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tau pregnant tu...setitik dua je. kalau byk n xpregnant, memang period la tu. kadang hormon kita yang tak balance. maybe stress kerja, perubahan berat badan....

      Delete
  3. Salam. Maaf bertanya, masa 1day awak period tu darah banyak tak? Maksud saya darah period mcm biasa ke? Then 2nd day period stop terus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Macam dot dot gitu je.... esoknya terus xde. Mcm da last period la lbh kurang....

      Delete
  4. Smela kita..dot2 je..nk cek upt tkot kecewa je..adoi..

    ReplyDelete
  5. Saya alami kes macam ni, Setelah 2 bulan setengah saya baru dapat kesan saya hamil. Simptom mengandung yang saya alami hampir 2 bulan ini rupa-rupanya memang saya mengandung walaupun telah check UPT hampir berbelas kali -ve. Tempoh masa ini sangat mendebarkan dan mencelaruhan fikiran. Saya alami pendarahan seperti period yang singkat tersebut selama 2x. Alhamdulillah baby saya sihat dan lahir 3.6kg pada tarikh EDD mengikut scan. Nk kira ikut period memang tak boleh la kan. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Saya ada alami yg sama.. sebulan lebih tak dtg period, saya try beli upt check double line.. 2 3 hari lepastu masa saya buang air kecil saya ada nmpak kesan darah skit2.. hari kedua ada jugak.. susah hati jugak ni.. kdg terpikir btl atau tak preggy.. tapi upt double line
    .

    ReplyDelete
  7. Bulan 10 last bsetubuh..bln 11,12,1 period dtg mcm biasa..bila masuk bulan 2,sy rasa lain..perut mcm buncit tetapi sy mmg buncit pun..sakit belakang..krem d perut..mcm ada ciri2 org hamil..then buatla upt..2 kali lg tu..result nya negative..lg satu darah ada kuar tetapi sikit2 xmcm biasa..sedangkn waktu sy period sbnarnya minggu dpn..adakah saya pregnant?

    ReplyDelete
  8. Bulan 10 last bsetubuh..bln 11,12,1 period dtg mcm biasa..bila masuk bulan 2,sy rasa lain..perut mcm buncit tetapi sy mmg buncit pun..sakit belakang..krem d perut..mcm ada ciri2 org hamil..then buatla upt..2 kali lg tu..result nya negative..lg satu darah ada kuar tetapi sikit2 xmcm biasa..sedangkn waktu sy period sbnarnya minggu dpn..adakah saya pregnant?

    ReplyDelete

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)