Saturday, February 15, 2014

Susahnya Jadi Cikgu....

Sebenarnya aku ada je kerja nih. Tapi bosan dengan takde mood, baik aku mengadap blog sambil layan running man. Untung-untung ada idea nak masak apa untuk malam ni. Uncle D  takde. gi sekolah. ari ni ada sekolah ganti..hu hu hu..*jadik perempuan bosan sebab balik rumah,  yang tinggal bau perfume laki. laki nya dah gi keja*



Biasanya Uncle D sampai umah kul 7.15 malam. Aku memang dah standby ngan nasi lauk suma. Sebab ayat dia tiap kali lepas balik ialah "Win. Nasi  win." kahkah. kadang cam kesian je tengok. Selalu gak dengar dia mengadu. Ari ni penat sebab turun naik tangga. Setelkan itu ini. Mintak borang lah, tanda tangan lah, masuk kelas lagi bla bla bla bla. aku tadah je telinga. sebab bukan tak pernah mengajar. aku pun dah pernah merasa. so aku tau jadik cikgu tu macam mana.



bagi aku, jadik cikgu tak stress asalnya. tapi kerja 'merepek' cam key in data itu ini, dengan sistem yang macam siput bila berjalan, memang boleh mendatangkan stress. tambah pulak dapat anak murid yang perangainya mengalahkan *&*^%$#. aku tak nak sebut apa. yang jelas, perangai yang boleh menambahkan stress sedia ada.



tak boleh jentik, cubit, denda berdiri atas kerusi, berjemur.... alaaahhaaaaaiiiiiiiiiiii. manja betul budak sekarang. aku dulu masa sekolah pernah gak kena rotan ngan cikgu. balik mengadu kat mak ayah dengan harapan mak ayah gi marah cikgu. sekali kena jerkah ngan datin nor.
" Mana satu tangan ko yang kena rotan tu?"
aku tunjuk tangan kiri. sebelum kena rotan, cikgu akan tanya tangan mana yang nak kena sebat. aku bagi tangan kiri. sebab tangan kanan untuk makan. kang kalo sakit, susah pulak nak makan. kalo tangan kiri, setakat susah nak cebok time berak kencing je. kahkahkah
"Nah. ambik ni." Dasssss! kena sebat ngan hanger pulak tangan kanan.
"Sekali lagi ko mengadu cikgu rotan ko, mak tambahkan !"
Trauma aku pastu. Tak pernah dah nak mengadu apa-apa.
Haji Medan pun buat derk je. langsung tak pujuk. tsk tsk.




Tapi, bila difikir balik, itu lah cara yang betul. Bila sampai sekolah, anak-anak adalah tanggungjawab cikgu.
Setakat nak denda berdiri, cubit, rotan,  aku tak de hal. asal jangan sampai tahap mengganas udah le.  nama pun mendidik anak. tak anak kita, anak orang.




mak aku mungkin tak se-educated mak ayah sekarang (termasuk aku le tu. ngeh ngeh.educatedddd sangat). tapi cara dia berfikir, cara dia mendidik aku adik beradik, aku memang tabik hormat. aku mengaku mak aku lagi garang dari ayah aku. tapi, garang-garang dia pun, dia tetap manjakan anak. cara manja dia bukan bagi duit berkepuk-kepuk, ikut je apa anak nak. tak. kalo ko demam, sakit, dia akan jaga ko abis-abis. kalo yang lelaki nak-nak adik aku, siap mintak picit kepala lagi. kemain manja. ubat suma dia bawakkan.




dari segi lain, yang perempuan terutamanya, mak aku ajar kekdah-kekdah duduk kat dapur. dengan mak aku, jangan harap ko dapat bangun lambat. siap la dia gegarkan pintu bilik, pastu bagi penyepit ketam kat celah kelengkang ko. tu time aku lah. time adik aku, agaknya dia dah tua. dah tak larat nak piat-piat. kalo aku ada, memang aku yang tukang piat tu. tapi sejak dah kahwin, slow sikit lah. kahkah




rasanya, aku lagi senang praktikkan cara mak ayah aku. anak-anak tetap kena pukul, rotan. tapi lepas tu kita kena explain kenapa kita rotan. bukan saja-saja je amik rotan pastu pukul.


samalah macam cikgu. diorang pun bukan saja-saja je nak denda anak kita. mesti ada kesalahan anak kita.
tau je lah budak. lagi sekarang zaman IT. depan ko, kemain lagi eloknya. kat sekolah, keluar taring jahat dia. ko tau ke? ko ada ke kat sekolah time anak ko dalam kelas?




pada aku, bila KPM keluarkan denda-denda yang tak boleh cikgu buat, ibarat jadik cikgu, kena tutup mata telinga. apa budak buat, lantak depa. janji, mak ayah tak report polis, saman cikgu. abis citer.



mak ayah yang selalu sangat back-up anak ni, asal anak mengadu sikit terus percaya pastu serang cikgu,
jawapan aku satu je.
"Pergi le buat sekolah sendiri. nun jauh dalam hutan sana. ko le cikgu, ko le kerani, ko lah pengetua."
:)




Isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

komen aku : bimbingan = kaunseling. berlambak lagi kerja cikgu kaunseling. penyudahnya, masalah budak-budak zaman sekarang, abang angkat tak layan saya, adik angkat bla bla bla bla. sebab tu saya tak ada mood nak siapkan kerja sekolah..... kwang kwang kwang.






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)