Monday, February 10, 2014

Resepi Ikan Siakap Stim Bersama Bunga Kantan dan Sambal Ikan Bilis Garing Bersama Kentang.




*resepi lama*



Muahahaha.
Tajuk gila panjang haa.
Hari ni kan Maulidaur Rasul. Cuti.
Memang saja nak masak special sikit.
Aku dah naik menyampah hari-hari fikir masak apa.




1)  Resepi Ikan Stim Bersama Bunga Kantan


1 ekor ikan siakap (suka hatilah ikan apa yang korang nak stim kan)
bunga kantan
daun kesum sikit
halia sikit
kunyit hidup sikit
garam sikit
bawang merah
bawang putih
jus limau/lemon
air (agak-agak. aku suka ada kuah sikit sebab sedap)


pendek kata, aku tak reti nak bajet kan berapa. semua main sikit-sikit.
blendkan semua bahan kat atas.
perap ngan ikan.
stim kan aje.








2) Sambal Ikan bilis Garing bersama Kentang


Ikan bilis
Kentang
Cili kisar (cili kering, bawang merah and putih, halia, air, minyak sikit)



- hiris kentang nipis-nipis. goreng sampai garing/rangup (laki aku suka)
- goreng ikan bilis garing-garing gak
- tumis kan cili kisar. perlahan kan api. masukkan gula, garam. gorenglah sampai sambal garing.
- pastu masukkan kentang dengan ikan bilis tadi












sekian. resepi hari ini.
selamat mencuba u ollsss....







2 comments:

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)