Sunday, January 12, 2014

Perbezaan Hidup Bersama Sebumbung Vs Hubungan Jarak Jauh.

Ok.
Hubungan jarak jauh ni bagi mereka yang dah berkahwin. yang belum tu, tak masuk dalam list untuk dibicarakan. teeeheeee.



Aku tak nak cakap pasal orang lain, aku nak cakap pasal aku je. Dengan uncle D la kan. Selepas kahwin, kami duduk berjauhan. sorang nun kat sarawak, sorang kat k*****. Jumpa uncle D sebulan sekali tak sama dengan jumpa dia hari-hari, duduk sebumbung. sangatttttt berbeza. apakah perbezaan yang telah dialami oleh aku?  *ayat skema*




1) Masa

Sangat suntuk. Aku kemengahan menyiapkan banyak benda.  Ibarat kalau boleh tambah masa dalam sehari, aku nak tambah lagi. Melayan lelaki bernama suami ini amat memenatkan. aku tak merungut. cuma nak bagitau yang perkahwinan tak seindah kita baca novel cinta, macam dalam drama  ke nak-nak  drama love you mr arrogant playboy itu suamiku sebenarnya saya isteri dia  tuh. Perkahwinan menuntut masa, pengorbanan dari banyak segi. Orang boleh cakap, tak ada anak pun nak masak ke? Kalau hari-hari makan luar, sekali makan untuk seorang dah mencecah  RM6, pagi dengan malam makan, dah RM24. RM 24 X 30 = RM 720. Tu untuk orang laki bini bekerja, takde hutang pape,bolehlah nak bazirkan duit makan kat luar hari-hari :p
Berbalik pada masa, sebelum gi keja, aku akan pastikan sarapan ada, makan tengah hari da siap. Baju biasanya aku basuh malam-malam, and esoknya nak tak nak, uncle D lah kena tolong sidai. sebab kalau harap aku, memang tak dan. mau terkangkang aku dari dapur sampai ke depan. balik rumah, paling lambat pun 5.40 petang, tu pun kalau tak ke kedai beli ikan sayur. kalau pergi, adalah kul 6 petang. rehat 10 minit, kasik lurus pinggang, pastu terus masak. lari-lari jap solat asar. tu yang kadang-kadang lauk overcooked *bak kata masterchef* kahkah. Uncle D balik kul 7.15 malam, terus makan. tup tap tup tap, dah pukul 8 malam. mandi, pikir esok nak masak apa semua. tengok barang-barang dalam peti ais. baju suami dah siap gosok lum? belum. kena pergi gosokkan. baju dah lipat belum? belum. ok. cukup kan seminggu. baru lipat baju menggunung ;p



dulu masa uncle D kat sarawak, dia just spent masa 2-3 hari dengan aku. paling lama pun seminggu. memang penat. tapi tak sepenat sekarang. maknanya, kami masih ada masa nak berenjoy-enjoy lah konon. boleh tengok wayang, gi karaoke sama-sama. sekarang, dia ada kerja, masa kami pun tak sama. masa duduk jauh, borak kat tipon sekejap-sekejap. kalau rindu, berjam-jam jugak. sekarang, kalau called, more to ask  'kebaboom' questions, "Win, mana sikat d? tak ingat la letak manaaaa"
tak pun, aku yang called dia, "Awin tak sempat masak nasi tadi. Nanti masaklah sendiri k."



see? Beza hokeyyy




2) Perangai Sebenar Lebih Terserlah dan Wajib Difahami

Part ni, memang sangat mencabar jiwa raga i youuu. Sebelum hidup sebumbung, aku tak pernah tengok uncle D jealous. biasa dia jenis cool. pastu, marah. bohong lah kalau cakap kitorang ni tak pernah gaduh. takkan ada perkahwinan yang tak gaduh punya. mesti ada konflik. tinggal lagi tak lah macam dalam drama. kahkah. aku belum la tahap sampai bawak diri ke tempat terasing ke hape. wahahaha


kalau masa kitorang PJJ, uncle D memang akan pujuk aku. tapi biasalah. dalam tipon. sesekali dia balik, ada gak aku merajuk. biasanya perkataan merajuk tu kata orang lelaki. tapi pada aku, aku bukan merajuk. cuma aku menahan diri dari 'naik hantu' or 'jadik singa'. bila dah duduk satu rumah ni, dua-dua perangai keluar. baik aku or uncle d. yang bagus nya, kita akan lebih faham pasangan kita.
"owh. dia ni kalau marah, ayat dia macam taik sikit. "
"owhhhh. rupanya dia jealous. apa ke buruk rupa dia jealous tuh"

p/s : ayat kat atas adalah ayat samaran oleh penulis tak bernama samaran.kof kof.




3) Lebih Jimat Duit ?


Hmm. ye ke? Boleh lah. Nak kata jimatttt sangat-sangat, tak jugak. cuma, ada lah jugak duit untuk ditabung. Ye la kan. akan datang, bilangan keluarga akan  bertambah. insya allah.*aminnnn* jadik, banyak duit nak pakai. memang share lah sorang sikit. tak dapat nak bayangkan, kalau aku kat sini, uncle D kat sana. memang aku tahap menyanyi lagu survivor destiny's child la gamaknya. kahkah.




4) Kurang Mood Bercinta


Bukan tak cinta. tapi maybe sebab masa. kalau time berjauh-jauhan, hari-hari cakap I love You. Tak jemu lak tuh. kahkah. La ni, cakap i love you pun time nak tido. tu pun, bila aku yang berbunyik,
"Eeeii. dah lama tak cakap i love you,kan?"
baru lah dengar sebaris ayat keramat tu.


sebab tu orang selalu cakap, bila jauh, baru merindu. ececehhh. cam best gak bila duk jauh. feeling chenta je.
wahahaha




ok. tu je la kot yang aku rasa beza nya. maybe ada lagi. tapi tak dan nak taip.



babai *sambil pegang iron nak iron baju laki. kof kof*






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)