Thursday, January 30, 2014

Mentaliti Melayu Kita.



Sebenarnya, ni kisah sorang budak perempuan yang mintak jadik exec kat kilang tempat aku keja (bukan kilang aku) tapi malangnya kos dia lain. so, HR offer dia jadik supervisor kat dalam lab. Dah nama pun kilang jubin, of course lah keja kau akan bermain dengan tanah liat. takkan emas pulak. ye dak?



atas dasar ingin mencari wang, budak ni terima. dalam lab ni, ada lagi 3 orang lab assistant yang levelnya supervisor, sorang lab assistant, dua lagi exec cam aku. tarikh masuk pun lebih kurang sama. maka, dalam lab ini sudah ada 4 supervisor dan sorang lab assistant. memang standardlah kalau ada dua gajah, pelanduk mati kat tengah-tengah.



4 supervisor ni, ada 2 orang perempuan (termasuk yang baru tuh), 2 orang lelaki. Yang kategori melampau, tahap #$%&*, yang perempuan. selama ni aku dengar orang bercerita. tak pernah nampak and dengar depan mata sendiri. suka membebel, penat keja itu ini, gaji seciput.



dulu aku baik gak ngan budak baru ni. tapi baik macam boleh lah layan borak. tapi asik la mengadu yang keja dia penat, gaji sikit. aku pulak jenis pantang orang suka merungut. aku cakap, apa citer ko masuk company ni? kalau orang offer ko jadik supervisor walhal ko mintak exec, nape ko ambik? once bila ko dah ambik, ko kena buat kerja. jangan membebel. dalam dunia ni, takde keja yang tak penat. jadik pelacur pun penat tau! *ayat marah sangat tahap nak sekeh*
 ko nak makan pun, ko kena kunyah dulu. dah kunyah, baru boleh telan la adik....




ayat yang selalu aku dengar dari budak ni, dia ada degree. so, kalo ko ada degree, ko nak keje yang macam mana? ko ingat boleh duduk goyang bontot kaki, hujung bulan dapat duit? macam tu? pada aku, ko kerja je lah dengan level supervisor tuh sambil carik peluang job lain. dah disebabkan nak duit, jangan lah merungut itu ini. gaji supervisor pun, RM 1500. tu tak termasuk elaun minyak lah, kedatangan lah. insentif pun ko merasa gak. so dah kira alhamdulillah. bulan-bulan paling kurang ko dapat 2K lebih. lepas la duit keta, mak ayah sorang sikit.




ini ko merungut, gaji sikit. nak beli barang untuk diri sendiri pun tak lepas. hallooooo.... ko duk umah mak ko kot. bukan rumah sewa or bilik sewa. yang aku hangin tu, gaji 2K, pastu gatal beli handbang purse yang harga tahap ratus-ratusan. memang lah ko semput bulan tu dik non. kita ni, berbelanja mengikut tahap ekonomi kita. bukan tengok tahap artis *tepuk dahi*



aku pun pakai gak handbag mahal. tapi tu lah. ikut bajet. mebi setahun sekali baru beli. kahkah. kalau zaman bujang dulu bolehlah. 2-3 bulan sekali boleh beli. sekarang kena kurang. yang penting, mesti ada saving untuk diri sendiri. emergency gitu.




so, moral of the story, jangan ingat kita belajar tinggi-tinggi, dapat terus kerja bagus. TAK. kena usaha jugak. bila dah dapat, buat lah kerja dengan baik. jangan lah asik merungut tak tentu pasal. rezeki nak datang pun boleh jadik takut. takut dengan kita. pastu, berbelanjalah dengan bijak. buat lah bajet tiap kali dapat gaji. mebi kalo kita jenis suka barang ada brand ni, walhal gaji tak besar mana, try kumpul sikit-sikit tiap bulan. sampai masa, kita beli. list kan benda yang tak sepatutnya kita bayar, or macam merepek je kalo kita bayar, sebab dari situ kita boleh cut duit and guna pada benda lain yang lebih perlu.  kalo ko cakap mak ko pulak suka suruh beli itu ini untuk dia, berterus teranglah pasal perbelanjaan ko tiap bulan. kadang-kadang ada jugak parent macam ni. gaji anak 2K tapi pandang macam 20K. bukaklah pemikiran bahawa anak baru nak mula hidup. ajar anak macam mana nak survive, bukan kerjakan lagi duit anak sampai anak naik stress.





sekian. mentaliti melayu kita. adik-adik yang tengah belajar kat U sekarang ni, persiapkan mental anda untuk tempuh hidup bekerjaya.






No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)