Thursday, January 23, 2014

Jodoh.




Baru baca latest entry gadisjahat : my best friend's diary.
Rasa sebak, terharu. akhirnya dia dipertemukan jodoh.
aku antara silent reader blog ni. jatuh bangun dia, hasil tulisan dia, awesome :)




Perjalanan cinta semua pasangan berbeza-beza. ada orang bercinta sampai 10 tahun, kemudian baru kahwin.
tu pun if ada jodoh. errr.
ada jugak yang bercinta-putus cinta sampai 10 kali, baru jumpa the right person.
ada jugak yang langsung tak bercinta, tak kenal, mak ayah jodohkan, terus kahwin.
ada.
semua versi ada.




versi aku adalah kenal, terpisah 7 tahun, bermesej di facebook, diajak kahwin lepas 2 kali bertemu.
nampak macam, aik, macam tu je?
yup. macam ni aje.




tapi tak bermaksud bila diajak kahwin, aku terus setuju. semua benda harus difikir baik buruknya.
tapi yakin lah satu perkara, kalau orang ikhlas terhadap kita, mohon lah Allah permudahkan jalan untuk bersatu walaupun pada waktu itu, perasaan kita tak seperti perasaan dia terhadap kita (meluap-luap nak kat kita lah orang kata.haha)




aku bermain mesej dengan uncle D sebulan. puas jugak main tarik tali time tu. sampailah kitorang berjumpa. aku ingat dia main-main. tak sangka memang betul dia datang. hari ni jumpa borak-borak sambil makan kat secret recipe, esok pulak teman dia cari baju. dan-dan 'tersangkut' time tu. masa dia keluar dengan kemeja putih  tersarung kat badan, penuh dengan gaya mutu dan keunggulan : p
imej dalam bayangan sehingga kini ialah muka uncle D, dan kuntuman bunga di keliling wajah. cis.



sampai sekarang, bila kitorang borak malam-malam before tido, or dalam keta sama ada nak balik umah mak aku, umah mak dia ke, or mana-mana, kita still lagi akan gelak bila teringat balik. sebab rasa macam POYOOOOO sangat time mengurat-dimengurat dulu.




bila dah kahwin, cinta tadi tetap ada. malah makin mekar. sebab kita yang create 'kemekaran' tuh. sebelum kahwin, kita kena tau kehendak pasangan kita. maksud aku, perkahwinan impian. bukan time majlis kahwin, tapi kehidupan selepas berkahwin. macam aku, aku nak kemesraan berpanjangan. contoh terbaik : parents aku. so aku nak macam tu. ada mandi sama, bergurau, peluk masa aku tengah sibuk masak, membasuh. aku nak life macam tu. bila keluar, pimpin tangan. dalam kereta, suap kan makan. uncle D suka. dia pun nak jugak macam tu.





so, lepas je kahwin, aku 'didik' dia supaya jadik macam tu. jangan malu nak peluk or cium aku depan orang even mak ayah dia sendiri. ni depan mak ayah or adik beradik aku, dia tak malu. depan mak bapak dia pulak yang dia malu. entah apa nak dimalukan pun aku tak tau.kahkah. tapi sekarang dah ok. dia dah tak segan.


 mandi sama? kan dulu duduk umah mertua and uncle d balik sebulan sekali?


sebab tu bila dia balik, kitorang tido hotel. dapat sehari pun jadiklah. tak payah mahal-mahal. yang satu malam RM60 pun dah ok. janji dapat spend masa sama-sama. time tu lah kau nak mandi sama, bergurau batalkan wuduk masing-masing and macam-macam lagi. semua nya dalam bilik hotel kecik tuh. cukup.
sebabkan ni jugaklah, aku dengan uncle d suka tido hotel sekali-sekala. walhal 45 min je dari umah. wahahahaha




pesan aku, siapa yang baru kahwin ni, silalah create kemesraan korang macam mana. kalau tak, bila dah lama kahwin baru nak buat, akan rasa janggal. hu hu hu. biasa-biasakan diri, cium tangan and kiss pipi suami isteri before kerja, pegang tangan masa tidur, berjalan. saling mengusik antara satu sama lain.

tips dari dr fadzilah kamtumi

:)




No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)