Monday, December 2, 2013

Kahwin Lagi.




Malas nak taip panjang-panjang. Adik aku no 2 dah kahwin jumaat lepas. majlis rumah aku semalam, yang perempuan nya sabtu. Sebab banyak keja, aku pun nak gerak balik dah ngan Uncle D, so aku tepekkan gambar je lah. ha ha
\



 jumaat : nikah kat masjid. hantaran biru hijau, dari lelaki. tukang gubah : aku. macam biasa, sponsor gubahan hantaran. bajet : RM 120. dapat murah, RM 90.60. wahahaha. yang bulat2 macam buah anggur tu coklat. mokteh yang buat. katanya, nak hidupkan adat. kehkeh.









selamat nikah. selamat menjadi ahli keluarga kami. sila 'meramaikan' kami. :) 









dengan mak ayah. da dapat menantu perempuan pulak ya. hi hi. alhamdulillah. mak ayah sihat. harap Allah S.W.T memelihara kedua orang tua kami hingga hujung nyawa mereka.









time kasih semuaaaaaa ! to syafiq and mek cah, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. banyakkan bersabar dalam rumah tangga. sorang naik angin, sorang lagi mesti sejukkkkk. tips rumah tangga dari orang yang baru kahwin taon lepas. hahaha




majlis rumah kami dah ada da gambar nya,. tapi malas nak edit pastu upload. cukup lah 4 keping. saja menambah entri. ha ha. lega sebab semuanya berjalan dengan lancar, baik. tapi kami tetap sedih gak. kehilangan 2 orang kuat, tersayang, takda di sisi kami kali ni. ayat arwah pak long aku masa aku kahwin tahun lepas," ni last pak long join korang. lepas ni, long nak buat tak tau je korang adik beradik kahwin."
memang betul-betul dia buat tak tahu -_- tsk tsk.





gubahan bunga yang arwah buat masa aku kahwin, masih kami simpan. buat kenang-kenangan. bunga tu memang aku plan pakai untuk sume adik-adik aku yang akan kahwin nanti. semalam, orang yang amik upah buat haji untuk arwah pun datang. time kasih lah sebab tolong. untuk arwah pokteh pun dah selesai haji nya. walaupun diorang dah takde, tapi kenangan bersama tu akan kekal dalam ingatan. anak-anak arwah pokteh pun memang aku adik beradik anggap macam adik sendiri.




eh. dari citer kahwin, dah jadik cite sedih pulak. cis. kata nak taip pendek, last kemain panjang. ha ha.
k bai.









No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)