Thursday, December 26, 2013

Disember Yang Penat.




Semasa bujang, aku tak fikir apa sangat. Fikir duit gaji yang harus dibelanjakan pada hutang itu ini, fikir keluarga, shopping (perempuan kannnnn..wajibul ghunnah benda-benda gini). Benda yang sama, difikir setiap hujung bulan. Selepas kahwin, putaran hidup sekelip mata bertukar 360 darjah. Celik mata, eh. sarapan apa ek nak buat hari ni? Tengahari nak makan apa? Semalam aku masak lauk apa? Sibuk berjalan ke hulu hilir, masuk dapur, keluaR dapur, pergi bilik air, masuk bilik, nampak pulak bakul baju. Bila pulak nak basuh baju? Baru aku perasan, aku tak cukup WAKTU = MASA.  -_-




Dengan keadaan aku sekarang, kepenatan menjadi berganda-ganda. Suami tak tolong ke? Ishh. Tolong. Tapi tau je lah tolong orang lelaki ni macam mana. Kau terpaksa buat-buat sedap mata even sebenarnya batin kau menjerit, eh banggggg. bukan camtu sidai baju. bukan camtu susun pinggan mangkuk. sudu ngan garfu bukan pakai sumbat je. semua barang kan ada space dia. -_- sobs sobs.  Lalu hati berkata-kata, time kasih la sebab tolong binimu. walau pun kerja mu tidak seperti yang didambakan *bagilah ucapan time kasih sambil kiss pipi kiri kanan dengan harapan, tolong improvekan skill buat kerja rumah*





Disebabkan kepenatan yang sebegini, aku selalu mempositifkan minda bahawa 'banyak pahala dapat. kau tu sembahyang belum tentu khusyuknya "sampai". so ini jelah amal ibadat yang kau boleh buat'. Tiap kali lepas solat, aku selalu mintak Allah bagi aku kekuatan dan stamina. sebab aku nak terus jadik superwoman. Yang kalau buat kerja rumah, superb. masuk dapur memasak, superb *superb ah sebab gigih bangun pagi buat sarapan ngn masak tengahari*. basuh baju, sidai baju,lipat baju, superb. part layan suami, superb. Eh eh.





Disember ni dah nak berakhir beberapa hari lagi. Aku takde dah nak buat list cam dulu-dulu. Yang ada, harapan berbekalkan doa : kerja aku, family aku, kehidupan aku laki bini, dalam keadaan aman damai sentosa. Kalau Allah bagi rezeki laki aku pindah dan kitorang dah boleh hidup macam pasangan normal yang lain (maksudnya hidup berdua dalam satu rumah. yang jauh pun, aku kira normal. sebab aku dah rasa. he he) , harap Allah bukak lagi pintu rezeki untuk kami di tahun hadapan.





Selamat tinggal Disember 2013. Selamat datang Januari depan. Selamat datang Disember depan. Selamat merasa bonus kerja dan hidup :)



                            *sumber google : sekarang ada mood nak belajar benda-benda gini lak. pe ke
                                                 nama dia? kain felt? ececeehehehehehe*



No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)