Friday, December 20, 2013

Curang Selepas Kahwin.




Masa aku taip ni, aku tengah rindu kat Uncle D *rindu lah sangat.kahkah*. Dia balik sarawak rabu lepas, nak pos barang dari sana. Esok balik dah. berapa hari je kena tinggal. tapi mengada-ngada jadik lebih. bak kata Uncle D, makin manja. eleh. aku manja salah, aku garang salah. ha ha ha



Sebenarnya ada satu story lah pasal Uncle D yang buat aku nak tergelak. Tau je lah aku kerja swasta. Bukan macam government. Tambah lagi sejak kena involved QA. Ada masa, keja aku berlambak-lambak. Satu hari, aku balik lambat. Uncle D kena ambik aku. sebab biasanya tengahari aku balik.lunch sama dengan dia. pastu dia antar aku balik ke kilang. asal nya aku nak balik dalam 5.15 petang camtu. tup tup ada report yang aku kena setelkan. disebabkan esoknya aku half day dan report tu nak ditunjukkan kat GM, maka by hook or by crook, aku kena siapkan petang tu jugak. maka kesudahannya aku balik pukul 6.40  petang.



keluar pada kilang, nampak muka laki sendiri,. hilang semua penat, aku senyum panjang campur gedik. "sorry lambatttt. kena siapkan report. baru tadi Soufi bagi." Pandang muka laki, laki takde respon. senyap tak bercakap. eh eh. pe ke hal pulak mamat ni?



sampai ke malam dia diam. aku bagi makan, makan. langsung tak bercakap. perghhhh. hangin gak aku ni. takkan pasal aku balik lambat nak mengamuk. aku keja hokeyyy. bukan goyang kaki dapat duit. haa...haa..nak marah ni. nak jadi naga dah ni.



part tido. aku masuk tido, dia pun masuk tido. takde peluk-peluk cam biasa. takde nak usik-mengusik macam selalu. aik. ini sudah lebih. angin kus-kus ke apa? aku buat bodoh. kau tak nak peluk aku kan? kau tak nak cium rambut kembang aku kan? lantak. tapi bila dah tido, ada gak aku kuis-kuis kaki dia. saja letak kaki aku atas kaki dia. aku tengok dia diam je. aku tak salah. nak buat apa nak marah-marah ye dak?



esok pagi pun sama. aku buat sarapan, dia makan. tapi dalam keadaan senyap. salam macam biasa, cium pipi cam biasa. tapi takde balasan lah weh. cipan sungguh. terjejas maruah aku. tapi takpe. sampai bila kau nak meroyan camtu? kehkeh.



petangnya, dia ambik aku. ajak gi minum petang. sampai restoran, keluarkan rokok,kaki silang, sambil hembus asap rokok, dia tanya. "Keja awin ni macam mana sebenarnya?" ceh. penuh macho lah kononnya.
aku jawab. explained dari awal sampai akhir. "Azie dengan ratna tu bahagian apa pulak? diorang tak masuk production?" Aku jawab lagi. penuh jujur. "Helmi tu sape pulak?"  Aku berdegup. sambil berbisik di dalam hati, sah. ni mesti kes pikir bukan-bukan. jeles tak tentu pasal.



"Helmi tu junior staff. bawah awin." jawabku relaks. Aku tak buat hal weh.
"Awin makan asam lagi?"
aku geleng. "Bukan sebijik. bila tekak rasa gatal je awin makan. tu pun amik hujung-hujung dia je."
"Tak elok makan asam tu."



Makan macam biasa. balik tu aku mintak dia bersihkan bekas ikan. disebabkan geli, laki bini boleh gelak-gelak balik kat sinki dapur. ok. maknanya kitorang dah berbaik. tapi, apakah punca sebenar Uncle D bengang?



malam tu tidur cam biasa. dia cium pipi aku. Tapi takde lak belai-belai rambut aku. sebab nak sangat tau kenapa dia berangin camtu, aku cakap,"Eeiii. Napa tidur tak peluk orang?" Uncle D try pujuk aku. sebab aku bantai melalak. kahkah. yelah. dia tak nak cakap kenapa dia senyap dari semalam.


last-last, dia cerita jugak. dia sebenarnya marah pada diri sendiri. sebab fikir bukan-bukan pasal aku. dia ingat aku ada skandal kat kilang. dia tau aku macam mana orangnya. tapi ada 1% dalam hati yang berbisik jahat.  sebab 1% ni sangat kuat dari 99% yang mengatakan aku memang bekerja, takkan buat perangai belakang dia.




aku memang gelak habis-habis. sebab aku geli hati gaya uncle D bercerita. apa yang aku boleh cakap, terpulang. kalau aku nak curang, dari masa kawan lagi boleh terserlah 'perangai gatal' tu. tapi dia lagi tau aku macam mana.luar dalam aku. sebelum aku buat perkara terkutuk, sebelum laki aku 'berangin' dengan aku, percayalah yang mak ayah aku akan jadik orang pertama belasah aku.




mungkin memang banyak kes curang lepas kahwin. tapi itu semua atas kita. pucuk pangkalnya hati kita,nawaitu kita.  aku  berkahwin sebab aku sayang. aku cinta. dari hari pertama aku jadik yang halal untuk uncle D, aku harap biarlah ia kekal sampai bila-bila :)




p/s: dan-dan penghabis cerita ayat penuh pengharapan. muehehe







                                                                             *_*









No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)