Tuesday, November 12, 2013

#kahwin # - Tahun Satu

10 November 2012. 

Hari nikah - hari disatukan dengan lelaki yang aku minat dalam diam-diam   9 tahun dulu dan dia macam tak minat kat aku. kihkih.  Selepas kenal sebulan, dua kali berjumpa, diajak kahwin dengan cara yang paling tak  romantik, dan berdasarkan gerak hati, aku terima *dengan redha. * 


Aku tak tahu pengalaman orang lain macam mana. Aku dengan Uncle D jarang jumpa. Tapi entah macam mana boleh menyemai rasa cinta tu *geli lak ai ayat cinta-cinta ni. wahaha*  Sepanjang tempoh bertunang, tiap kali dia balik, itu lah waktu kitorang berjumpa. tempat dating tak lain tak bukan JUSCO TEBRAU. sebab dua-dua bukan tau berdating sangat. Aku suka duduk dalam kereta dan Uncle D suka bawak kereta. Sesuai, kan? Jadik kesudahannya merayau kat kedai dalam Jusco, ada barang berkenan beli, kalau takde, duduk lepak kat mana-mana  bangku. berborak. Pastu ngeteh, ngeteh,ngeteh. Uncle D hisap rokok, aku sedut asap rokok. tu jelahhhhhh cara kitorang dating. Ada masa tengok wayang. Takpun aku merajuk dalam kereta, dengan Uncle D yang blur tak tau nak pujuk *dah kahwin pun dia tak reti lagi nak pujuk. sadis mak noksss*




Itu kisah belum kahwin. Zaman aku termalu-malu lagi dengan Uncle D. Yang kalau Uncle D  nak amik aku kat UTM, aku nervous tak tau nak pakai baju apa, tudung apa, kasut apa. Masuk hari nikah. Hari berdebar-debar. Tulah hari pertama nak pegang tangan lama-lama, nak pegang pinggang, paut bahu, tengok anak mata memasing *walhal dua-dua mata Jawa* . Bab malam pertama plak aku tak boleh cerita. Kang kena cop blog porno. muahahaha





pejam celik, dah setahun rupanya kitorang kahwin. dari aku melalak macam meroyan bila first time Uncle D tinggalkan aku sebab balik Sarawak, sampai aku bawak baju dia ke hulu ke hilir, malam tido pun letak baju dia and cium baju dia *apakah yang ku buat ketika itu? owhhhh* sampailah sekarang aku dah OK dah. Dah kuat semangat dah. Ni dah duduk sorang handle banyak benda tanpa dia. memang lah sedih kekadang tu. tapi ini lah namanya dugaan. tiap orang dugaan dia lain-lain. ni bahagian aku. aku kena terima *tsk tsk*





So apa beza sebelum dan selepas kahwin? Nak-nak dah setahun dah.

1) Magis tidur sebantal

- Aku lagi tau siapa Uncle D. Dia pun lagi tau aku macam mana. maknanya, dengan tidur sebelah menyebelah, kita lagi kenal pasangan kita. cara tidur dia, perbualan dari hati ke hati, perbincangan masa depan, apa dia suka dan tak suka. See? Kahwin tu seronok tau. Kalau kau bercinta 10 tahun pun, hari-hari jumpa pun, takkan sama dengan spend masa bersama selepas kahwin. feel dia lain. eceh.



2) Duit nafkah

- Masa tunang, aku tak pernah mintak duit Uncle D. lepas kahwin, aku selalu gak mintak duit belanja aku. kahkah. nak kata aku takde duit, tak jugak. ada je. tapi gedik nak merasa duit laki bagi. rasa cam chumil je. memang jumlah dia tak banyak mana pun, tapi perasaan tuh. mahalllll. aku kalau sayang orang, suka belikan barang untuk orang tu. tapi uncle D jenis lain plak. kau tak mintak, tak dapat. aku pulak pesen tak reti nak mintak. tapi sebab dah laki perangai gitu, wajib lah aku mintak. sebab aku tengok dia buat dont know je nanti walhal aku dah bagi hint dah ni. contoh :

" D. Handbag yang ni lawa ek. tengok dia punya design. awin suka design gini."
"Ntah. sama je."

*hampeh*

start dari tu, terus tukar taktik.

"D....(kena panjang sikit panggil dia. siap berlenggok lagi). Awin ada RM 50 je. tak lepas kalau nak beli handbag ni. D ada bajet lebih tak?" *sengih kerang busuk wangi*

Baru aku merasa laki belanja. kalau tak, harammmmm. kahkah.



3)  Kawan bermanja, kawan bergaduh yang lebih ekstrem

- Kalau pakwe makwe, time ko nak manja, even ko pegang tangan pun, takkan sama bila dah halal. macam aku cakap tadi. feel dia lain. eceh eceh. masa aku kawan ngan Uncle D, banyak kali gak kitorang gaduh. biasalah. time tunang. darah manis. cepat aje panas. aku lah yang cepat baran. Uncle D jenis cool. kadang-kadang je ke'cool'an dia hilang. ha ha. bila dah kahwin, nak marah tu jadik lebih 'outspoken' compare before kahwin. maybe kita dah tau pasangan kita dan pasangan kita pun dah tau kita.


ada satu kisah yang aku rasa paling kelakar sepanjang tempoh  kahwin ni. aku kat tempat keja time tu. dalam pukul 10, Uncle D tipon dan cakap ada orang nak pasang water filter kat rumah. free je, katanya. aku cakap aku tak nak. tup - tup balik tengahari tu, aku tengok ada benda besar gedabak ala roket dah terpacak kat rumah aku. terus aku bengang. dia dengan muka sengih-sengih," Diorang cakap test je dulu. kalau nak, baru ambik." Aku bebel. Company mana? resit ada tak? dah banyak kes yang jadik orang tu tak datang- datang nak bukak balik water filter yang diorang pasang. Lagipun, aku tak nak pasang benda pelik-pelik kat rumah sewa. tak pasal-pasal aku nak melabur. lainlah kalau rumah sendri.  barulah Uncle D macam tersentak. Aku memang dah nak jadik 'singa' dah.
yang tak boleh blah, dia pun sama naik angin. dia angin sebab 'kepandaian' dia 'berurusan' dengan orang yang jual tu. siap hentak-hentak lantai lagi bila aku marah-marah.
*gerammmmm je aku tengok. cam nak lambung-lambung time tu. pakkal la dia lagi besor*
aku balas," Kalau tak bukak lagi menatang tu, awin tendang sampai  terbelah dua!"
*macam kuat je nak tendang kan.kahkah.maklum la,tengah marahhhh*



kesudahannya, bini dia jugak lah yang jadik hero selamatkan laki. aku tipon orang tu esoknya (berbekalkan dengan no ofis dan cakap yang aku nak beli water filter dari perempuan yang jual - padanlah Uncle D bagi pasang sebab yang jual nya perempuan.haha). bila dapat cakap, aku terus introducekan diri. kata yang aku bini cikgu yang ada bagi pasang water filter semalam. aku mintak dia bukak menatang tu hari tu jugak sebab malam nya aku nak balik kota *menipu weh menipu*. ayat aku," Saya tak berminat lah nak beli water filter ni. Saya sorang je yang duduk rumah tu. Hasben saya jarang balik. dia tak tau sangat condition rumah."

haa. gitulah kisahnya. antara benda lawak yang jadik kat aku laki bini.


So, kesimpulannya, tahun pertama kahwin ni adalah tahun mengenal lebih mendalam lagi karakter suami isteri. tahun untuk menyesuaikan diri dengan pasangan. Itu pun aku rasa masih ada lagi karakter yang belum keluar. Tu untuk tahun-tahun seterusnya lah kot -_-




                  gambar raya tahun ni. sarung baju nikah. motif? save budget. next year if ada baby, dengan baby pakai baju putih. save sikit budget mak ayah. muahahahahahaha 

No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)