Wednesday, November 6, 2013

Resepi Nasi Beriyani

Dan-dan taip resepi nasi beriyani. gila ah macam mak-mak sangat. kahkah. sebenarnya aku masak ni sebab Uncle D balik. Disebabkan dia sangat lah taksub dnegan nasi beriyani ni, maka terpaksalah bini belajar masak. kalau takkkk, asik lah puji Nasi Beriyani Dollah lah, Nasi Beriyani Wak Sarip lah. Berbulu aku dengar. First time aku masak, dia cakap takde rasa. tawar.  Yang sedap cuma ayam masak merah aku. Huh.  *Nak siku, suami sendiri. Kang jadik derhaka lak. terpaksa kupendam sebuah duka*


second time masak, aku sorang-sorang kat rumah. konon practise sebelum dia balik. kahkah. menjadik. tapi kaler lak tak berapa nak nampak. aku sampai bengang sebab mesej ayah dia cakap, Wak Sarip tu just bubuh sunquick je. masalahnya, aku dah bubuh, dah calit kat nasi tu, tapi warna dia tak naik-naik.hampeh. bau kemain lagi mencanak-canak satu rumah. kahkah.



so,inilah kali ketiga aku masak. dengan berkat pewarna oren Nona. wahahahahaahaha *gelak berlagak*







Ok. Bahan-bahan: Minyak sapi, bawang merah + bawang putih (kisar), empat sekawan (kayu manis ngan rakan2.haha), rempah beriyani, garam,gula batu, beras basmathi (sikit yang telah direndam dengan pewarna kuning telur or oren Nona), air.  Cara masak: Tumis bawang merah ngan bawang putih dengan menggunakan minyak sapi. campak empat sekawan dan rempah beriyani. tumislah dengan kasih sayang sampai naik bau. Masukkan beras, air, garam, gula batu. Gaul selalu sampai beras jadik separuh masak.





Kemudian, tutup api kuali. Sediakan kukus. Nampak gambar kat atas? Aku letak air mawar dengan daun ketumbar. kalau ada daun pandan, sila bubuh. kasik wangiiiiiii sampai jiran cakap, "sedapnya bau. masak apa tue?" kahkah.







So, korang masukkan beras separuh masak tadi dalam pengukus. letaklah kain putih. kalau ada daun pisang pun boleh. aku pakai tudung bawal yang tak jadik nak pakai time nikah tahun lepas. sebab lembut sangat. brand aidijuma. last-last jadik alas pengukus. wahaha. kukuslah sampai beras masak lalu menjadi nasi.







Aku panggil ni jelata. tapi maybe ada orang panggil acar sayur *ye kot. ke aku salah? haha* Sepatutnya letak nenas. tapi aku pantang nenas lepas kahwin. nak pregnant lah konon. kuikui. so aku ganti lobak. rebus dulu lobak tu. pastu potong. campur ngan timun and bawang. letak gula,garam. gaul sampai sebati. nak pedas,bubuh cili. konfem kalau dengan aku, aku pakai cili api. baru sedap nak 'melabur' esok. muahahaha.









akhirnya. siap jugak. ayam masak merah? Senang gila. takkan ni pun nak aku bagitau. kehkeh. 





Uncle D cakap, ayam masak merah aku makin sedap. aku dah jampi dah bang. kasik kau gila bayang kat aku. hahaha. masak penat-penat, bagi markah kat aku 9/10. dari belum kahwin sampai dah kahwin, asik laaaaaa 9. tak pernah yang full mark. grrrrrrr






TIPS : - Jangan letak pewarna kat beras dalam jumlah yang banyak. Aku punya nasik jadi terang menyala sebab aku letak pewarna kat 1 pot beras. gila sengal. hahaha. sepatutnya segenggam pun dah cukup. 

- Gula batu pun jangan letak banyak. depend ada kuantiti beras. kang tak pasal-pasal nasi peroi tapi keras.huhu *aku la tu* 

- Masak lah dengan penuh kasih sayang.




Sekian. Selamat mencuba *ketuk sudip ngan kuali* 


No comments:

Post a Comment

nak komen? silalah. terima kasih daun keladi, senang-senang komen lagi:)